Kontroversi Banque Havilland, Perbankan Swasta Yang Mempunyai Kaitan Dengan Keluarga Diraja Britain

Bank merupakan institusi yang menjadi nadi utama sesebuah negara. Selain daripada berfungsi sebagai tempat menyimpan duit para pelanggan, bank turut menyediakan perkhidmatan pinjaman dan juga pelaburan kepada orang ramai.

Antara bank yang terkenal di dunia yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi adalah bank di Switzerland yang menjaga privasi para pelanggan mereka dengan begitu ketat sekali.

BACA: Bank Switzerland, Bank Yang Paling Selamat Dan Dipercayai

Selain bank di Switzerland, terdapat juga beberapa bank di Eropah yang turut sama menyediakan perkhidmatan yang hampir sama dengan bank di Switzerland dan kebanyakan bank tersebut merupakan bank yang dimiliki oleh individu.

Bank jenis peribadi ini kebiasaanya mempunyai pelanggan yang terdiri daripada golongan kaya, di mana bank tersebut hanya memberikan pinjaman kepada golongan yang berada.

Di antara bank peribadi yang menjadi perhatian buat masa sekarang adalah Banque Havilland yang terletak di Luxembourg.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah bank telah mencetuskan kontroversi kerana melibatkan kerabat diraja Britain secara tidak langsung.

Bagaimana Banque Havilland Ini Bermula?

This image has an empty alt attribute; its file name is Kontroversi-Banque-Havilland-Perbankan-Swasta-Yang-Mempunyai-Kaitan-Dengan-Keluarga-Diraja-Britain2-700x463.jpg
Kredit Gambar: Flickr

Orang yang bertanggungjawab di dalam penubuhan bank ini adalah David Rowland. Beliau merupakan seorang yang kurang dikenali dan boleh dikatakan sangat misteri kerana kurang terdedah kepada publisiti.

Beliau merupakan seorang pelabur dalam pelbagai jenis perniagaan termasuklah hartanah.

Sepanjang bergelar pelabur, beliau telah membeli pelbagai jenis syarikat dan yang paling mencetuskan kontroversi adalah pembelian sebuah bank di Luxembourg pada tahun 2009.

Pada ketika itu banyak bank di Eropah mengalami krisis subprime yang bermula di Amerika Syarikat. David Rowland pada ketika itu mengambil peluang dengan membeli bank Kaupthing Bank Luxembourg dengan harga yang murah.

Bank ini kemudian ditukar nama kepada Banque Havilland setelah menjadi milik sepenuhnya David Rowland.

Walaupun bank ini kecil dan dianggarkan bernilai sekitar USD1 bilion, kebanyakan pelanggan yang menggunakan bank ini terdiri daripada orang kenamaan.

Penglibatan Putera Andrew Dalam Bank Banque Havilland

Kredit Gambar: Daily Mail

Tentu sekali pelik bagaimana bank yang sekecil ini boleh menjadi pilihan para pelangan VVIP. Semua ini terletak kepada pengaruh yang ada pada Putera Britain iaitu Putera Andrew.

Beilau merupakan anak ketiga dan putera kedua dan merupakan anak kesayangan Ratu Elizabeth. Putera  Andrew mula berkawan rapat dengan David Rowland sejak tahun 2005 lagi.

Disebabkan Putera Andrew merupakan putera yang paling berpengaruh di Britain, maka David Rowland senang mendapatkan kenalan untuk pelanggannya yang terdiripada dari golongan VVIP dari seluruh dunia.

Kerajaan Britain melantik Putera Andrew sebagai wakil negara untuk mencari rakan perdagangan untuk Britain. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh Andrew, beliau telah menggunakan Banque Havilland sebagai bank perantaraan untuk pelanggan yang ingin meminjam wang dari Britain.

Di sinilah Banque Havilland mendapat pelanggan berkelas atasan dan sangat berpengaruh walaupun kadangkala penjenayah kolar putih turut sama terlibat.

Individu Terkenal Yang Menjadi Pelanggan Bank Banque Havilland

Putera Andrew (kiri) bersama Presiden Azerbaijan (kanan). Kredit Gambar: Independent

Di antara pelanggan terkenal yang menggunakan perkhidmatan Banque Havilland adalah Presiden Azerbaijan. Negara ini sememangnya terkenal dengan rasuah dan kleptokrat dalam pentadbiran mereka.

Selain Azerbaijan, bank ini turut memberi pinjaman kepada Kola Aluko yang merupakan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan bekas Menteri Nigeria yang kini sedang disiasat kerana kes rasuah.

Disebabkan perkara tersebut, bank ini menjadi perhatian umum kerana dikatakan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang terkenal mengamalkan penyelewengan dalam pentadbiran mereka.

Putera Andrew juga dikatakan terlibat dalam permainan politik ini yang sekaligus telah mencemarkan nama baik keluarga diraja Britain.

Bank ini kini dalam siasatan pihak berkuasa Britain kerana menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Istana Buckingham memberi komen mengenai peristiwa ini dengan mengatakan bahawa Putera Andrew bukanlah duta rasmi bagi Banque Havilland ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.