Dua Syarikat Bumiputera Disasar Tersenarai Di Bursa Malaysia Menjelang Akhir Tahun – TPM Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya dua syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Program Bumiputera Rapid Acceleration and Value Enhancment (BRAVE) dilancarkan hari ini akan menjadi game-changer (pencetus perubahan) bagi membina dan melonjakkan ekosistem keusahawanan Bumiputera ke arah merealisasikan sasaran itu.

Beliau berkata BRAVE akan menyediakan pembiayaan alternatif sehingga RM1 juta bagi syarikat Bumiputera berprestasi tinggi pada kadar keuntungan hanya 3.5 peratus, selain memperkenalkan pembangunan kapasiti menyeluruh bagi memastikan syarikat berupaya melonjak ke satu tahap lebih baik.

“Sebanyak 15 syarikat akan dipilih untuk fasa awal dan daripada jumlah itu, lima syarikat akan menerima bimbingan intensif untuk bersedia menembusi Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam ucapan sewaktu menyempurnakan peluncuran Program BRAVE di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata setakat tahun 2022, daripada sejumlah 945 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 62 daripadanya bersamaan sekadar tujuh peratus dimiliki majoriti Bumiputera.

“Lebih membimbangkan, sepanjang empat tahun kebelakangan, hanya satu syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan berbanding 96 syarikat bukan Bumiputera, ini cerminan realiti mendesak, kita tidak boleh terus berpuas hati dengan ‘status quo’ sebaliknya mesti keluar dari zon selesa dan mencipta perubahan.

“Untuk capai sasaran ini, latihan strategik seperti pengurusan pelabur, komunikasi korporat, strategi pertumbuhan pasca-IPO (Tawaran Awam Permulaan) penyediaan prospektus dan proses due diligence (usaha wajar) mesti dilaksanakan dengan penuh ketelitian, selain perkukuh kerjasama strategik bersama rakan industri,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Ahmad Zahid berkata sektor berkenaan ketika ini merangkumi sejumlah 97.4 peratus daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia.

“Pada tahun 2023, sektor ini menyumbang lebih RM631.1 bilion kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara dan RM152.2 bilion kepada eksport, paling paling membanggakan, ia turut menyediakan lebih tujuh juta peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Namun di sebalik kekuatan ini, PMKS kita masih dibelenggu tiga cabaran utama iaitu akses terhad kepada modal, daya saing yang lemah dan kekangan untuk naik ke liga seterusnya,” katanya.

Justeru beliau berharap program BRAVE yang diwujudkan akan turut menjadi pemecut atau catalyst berimpak tinggi kepada sektor berkenaan.

— BERNAMA

Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.