Strategi Pelaburan Dengan Wahed Tatkala Ketidaktentuan Pasaran

Mesti ramai yang tengah kira kerugian disebabkan kejatuhan pasaran saham baru-baru ini? Ianya mengambil berbulan-bulan lamanya untuk naik, namun ianya boleh jatuh dengan mendadak hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Jadi apakah pilihan kita sebagai seorang pelabur?
Menangis di bucu katil?
Berlari dan takkan kembali?

Turun naik pasaran adalah perkara biasa, tetapi orang kata pasaran saham kini berada di dalam fasa ‘bear’ iaitu mengalami kejatuhan lebih daripada 20% daripada kemuncaknya. Bukan di Malaysia saja, tetapi di seluruh dunia sedang mengalami kejatuhan yang ketara ini.

Apabila ketidaktentuan pasaran berlaku, kita sebenarnya disarankan agar terus-menerus melabur agar tidak terlepas peluang meraih keuntungan apabila pasaran kembali pulih.

Merentasi Pergolakan Pasaran Dengan Disiplin Melabur

Seram sejuk melihat pergolakan pasaran dan bagaimana ia mempengaruhi pegangan portfolio bagi sesiapa yang melabur. Kita tidak sepatutnya panik dan bertindak secara beremosi, sebaliknya bertindaklah dengan ilmu dan strategi.

Strategi yang mudah terlepas pandang pada waktu ketidaktentutan ini adalah strategi disiplin untuk terus melabur melalui kaedah dollar cost averaging. Dollar cost averaging ialah satu strategi pelaburan dibuat secara berterusan dengan jumlah yang tetap pada masa yang tetap.

Tujuan utama cost averaging sebenarnya ialah untuk menyebarkan risiko yang pada asalnya tinggi menjadi rendah. Ini kerana Pelabur yang tidak dapat meramal pasaran terjunam biasanya juga tidak dapat meramal permulaan kepada pemulihan dan lonjakkan naik kepada pasaran.

Dari sudut pandangan lain, dengan kaedah dollar cost averaging juga pelabur dapat membeli saham/pelaburan dengan harga yang murah (atau semakin murah) dan berpotensi untuk menjadi lebih berharga apabila pasaran melonjak semula.

“Beli apabila semua orang menjual dan pegang sehingga semua orang membeli. Ini bukan satu slogan yang popular, tetapi asas kepada kejayaan melabur.”

J. Paul Getty

Kita perlu tahu bahawa keadaan tak menentu ini takkan kekal buat selama-lamanya. Jika kita lihat balik kepada sejarah, tahun 1997 dan 1998 krisis ekonomi berlaku disebabkan Krisis Kewangan Asia. Kemudian pada tahun 2008 krisis ekonomi berlaku disebabkan oleh Krisis Subprime di Amerika Syarikat.

Kenapa? Pastinya Yang Jatuh Akan Naik Semula

Setiap kali krisis ekonomi berlaku, apa jadi setahun selepasnya? Adakah pasaran semakin teruk dan krisis berlanjutan?

Jawapannya adalah pasaran kembali pulih. Kita telah lihat 13 krisis dan 8 pasaran saham sedunia jatuh (bear markets) sepanjang 40 tahun yang lalu. Dipukul rata, itu adalah lebih kurang sekali setiap tahun. Dalam masa yang sama, pasaran saham sedunia telah meningkat 17 kali ganda!

Dan kalau tahun 2020 merupakan krisis ekonomi disebabkan wabak Covid-19, perang minyak dan perang perdagangan; maka kita boleh jangkakan bahawa keadaan akan kembali pulih tahun depan.

Daripada kita simpan di bawah bantal dan tidak menjana sebarang pulangan, beralihlah ke aset safe haven seperti pelaburan ke dalam emas atau sukuk. Sekurang-kurangnya dapat juga duit kita menjana pendapatan untuk kita. Mungkin tidak setinggi pasaran saham, sekurang-kurangnya ada juga sedikit sampai keadaan baik semula.

Orang yang bijak adalah mereka yang pandai mengambil peluang. Jika sebelum ini kita sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi, apa kata kita tukar dan mengambil risiko yang sedikit pula. Jika kita tak mampu untuk berdepan dengan risiko tinggi apabila berlakunya kejatuhan ekonomi, seeloknya kita tukar strategi pelaburan kita dan menyesuaikan risiko kita dengan pulangan.

Sudah pastinya kita boleh melabur sendiri, tetapi elok juga sekiranya kita menggunakan perkhidmatan Robo-Advisor untuk melabur bagi pihak kita. Di Malaysia, kita ada 3 Robo-Advisor yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), namun hanya Wahed Invest satu-satunya yang patuh syariah.

Jadi sementara kita nak tunggu pasaran kembali pulih, apa kata kita pelbagaikan portfolio kita buat sementara waktu.

Siapa Wahed Invest?

Wahed Invest adalah platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham di Amerika Syarikat, saham Malaysia, sukuk dan emas. Sekiranya kita mempunyai toleransi risiko yang agresif, sudah pastinya portfolio kita lebih banyak yang dilaburkan di dalam pasaran saham.

Namun apabila pasaran saham merudum, kita boleh tukar toleransi risiko kita kepada yang lebih konservatif yang lebih banyak melabur ke dalam sukuk dan emas.

Kini Kita Boleh Tukar Sendiri Portfolio

Bagi para pelabur Wahed Invest, sudah semestinya kita mempunyai kelebihan apabila terdapatnya portfolio yang pelbagai.

Dan terbaru, kini kita boleh tukar sendiri portfolio kepada yang bersesuaian dan menepati tahap toleransi risiko yang terkini.

Cuma ikuti langkah-langkah di : How do I change my portfolio?

Memang sungguh mudah, semuanya di hujung jari saja. Boleh pula tukar setiap 3 bulan sekali.

Maknanya bila pasaran kembali pulih semula, kita boleh tukar kepada portfolio yang lebih agresif pula.

Bagi mereka yang belum mengenali Wahed Invest ni, jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja.

Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar:

MOHAHM884

Anda akan memperolehi RM10 RM40 sebagai tambahan modal pelaburan

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Sememangya rakyat Malaysia tidak boleh melepaskan peluang keemasan untuk melabur. Dengan wahed invest, pelaburan kita akan lebih terjamin dan risiko pelaburan adalah berdasarkan portfolio kita sendiri. Guna refferal code ini 👇👇
    muhmoh1285
    Utk mendapatkan Rm20 apabila anda mendaftar dengan wahed invest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.