Melayu Mindset Purba

Sikit lagi tahun 2020. Masih ada dilema tentang Islam dan kaya?
Kaya itu tak baik… ?
Kaya itu akan jauhkan kita daripada agama… ?

Rezeki itu memang datang dari Allah. Mungkin sekarang kita biasa-biasa, tapi dengan akal dan fikiran yang Allah anugerahkan mungkin kita boleh menjadi lebih dari itu.

Kaya atau miskin adalah soal mindset.

Cuba tengok, adakah kau masih ada mindset purba ini?

1. Kau percaya yang duit banyak adalah punca masalah?

Melampau sangat tengok drama, sebab itu mungkin terbawa-bawa ke dunia realiti.

Kalau ada watak datin kaya je mesti jahat.

Pantang ada watak awek anak orang kaya mesti nak sailang suami orang.

Duit tak ada kuasa mengubah orang jadi jahat. Kalau masa susah dia dah suka tolong orang, nanti bila dah banyak duit inshaAllah makin laju dia tolong orang.

“Biarlah hidup miskin asalkan bahagia…”

Cakap balik dekat dia;

“Bila kita ada duit, kita boleh buat orang lain bahagia….

Ramai orang miskin dekat luar sana yang kita perlu tolong.

Bila ada banyak duit ni juga sebenarnya inshaAllah boleh mengurangkan masalah. Hidup rasa lebih aman. Hubungan suami isteri juga bertambah baik sebab tak perlu pening kepala dengan yuran tuisyen anak, duit belanja dapur, duit untuk emak ayah dan sebagainya.

2. Kau percaya yang kau hanya layak hidup biasa-biasa?

“Hidup ini tak perlu kaya untuk mendapat kebahagiaan…”

Selalu nampak kan orang update status sebegini dekat Facebook? Kau sebenarnya terpengaruh dengan kehidupan orang lain yang dekat dengan kau. Kau memilih untuk hidup seperti mereka – tidak mengambil risiko.

“Hidup ni memang tak perlu nak kaya,
tapi biarlah semua keperluan orang lain tolong bayarkan, kehendak pun orang lain tolong bayarkan.”

Haa, kalau orang update status macam ni jangan salah faham. Ini tandanya dia tak ada masalah dengan duit sebab ada banyak rumah sewa atau selalu untung dalam saham.

Tak salah untuk hidup biasa-biasa, tak dosa pun. Tetapi pastikan kau tiada masalah terbeban dengan hutang, tiada masalah kewangan, ada masa untuk-Nya dan ada masa bersama keluarga.

3. Kau percaya orang miskin impossible boleh jadi kaya

Mentang-mentang kau lahir dalam keluarga yang susah, maka tak semestinya kau kena percaya yang takdir kau adalah mewarisi kesusahan itu.

Zaman mak ayah kita mungkin peluang dan teknologi masa tu membantutkan mereka untuk meraih pendapatan yang lebih banyak. Tapi zaman dah berubah, kita hidup dalam dunia yang cukup berbeza berbanding 20 tahun lepas.

Berkat kemajuan yang negara kita dah capai, makcik dekat kampung dah boleh berniaga online. Brader tengah melepak kopitiam pun dah boleh jual beli saham guna Oppo.

Baca lagi dekat 9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal

Sebetulnya kau kena percaya ini…

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

4. Kau percaya menyimpan tu bijak

Dulu-dulu mesti mak kau pesan supaya belajar rajin-rajin, dah kerja nanti simpan duit. Bila sebut simpan duit, kau mesti terbayang simpan duit dekat bank.

Bila ada duit dan kau simpan dalam bank tu bagus. Tapi tak bijak sangat. Orang dulu-dulu tak simpan duit kertas ni, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta macam tanah, emas ataupun rumah-rumah sewa.

Simpan duit berkoyan-koyan dalam bank tu bagus kalau kau sedang membina portfolio untuk buat pembiayaan/loan yang lebih besar.

Simpan duit sebagai tabung kecemasan memang bagus. Tapi tabiat tu takkan jadikan kau kaya. Sebab simpanan kita tu hanya akan bertambah sikit saja tapi takkan berkembang. Kita hidup dalam dunia yang ada inflasi, pakej pula tu dengan kenaikan kos sara hidup.

Berapa harga teh tarik 20 tahun lepas?
50 sen?

Berapa harga teh tarik hari ini?
RM1.50 kot.

Nampak tak bezanya? Kenapa?
Sebab inflasi.

Melaburlah. Transfer duit jadi aset. Tak kisah lah nak melabur dalam hartanah, saham, unit trust atau emas.

5. Kau percaya pergi seminar tu buang masa

Jangan percaya sangat cakap kawan kau yang kata pergi seminar tu buang masa. (Lagi jangan percaya cakap orang yang kutuk seminar orang lain, kemudian dia promosikan seminar dia).

Kalau kau rasa cukup dengan bergurukan Google dan YouTube, baguslah. Janganlah pula hasut orang lain jangan pergi seminar semata-mata dia nak belajar dengan bergurukan orang.

Kalau ada ilmu, duit akan datang. Kalau ada duit tetapi tidak ada ilmu, duit itu akan habis. Kalau ada ilmu dan duit, duit yang ada itu akan berkembang menjadi lebih banyak.

Akhir sekali jangan percaya ceramah yang kata nabi Muhammad S.A.W hidup miskin. Purba sangat mindset ni. Idea sebegitu menghasut supaya kita membenci duit. Nabi bukan orang miskin, sebaliknya harta baginda digunakan membasmi kemiskinan di kalangan pengikutnya.

Nabi Muhammad S.A.W seorang peniaga dan memilih hidup besederhana.

Haritu ada orang sebut, pepatah yang paling dekat dengan sifat nabi adalah ; “Make more money and be happier with less.. “

Pernah dengar yang nabi suruh para sahabat jadi miskin supaya masuk syurga cepat? Tak ada kan….

Orang suruh jadi kaya bukan pasal nak jadi jutawan untuk diri sendiri. Sekarang sedang musim #BMF. Untuk sokong ekonomi Islam kena galakkan umat Islam kaya. Bila kaya, kita ada kuasa beli yang tinggi.

Sudah sampai masa untuk ubah mindset purba ni. InshaAllah lepas ni kau tak perlu lagi beratur terima bantuan BR1M/BSH dari kerajaan. Anak kau nak belajar masuk U pun boleh bayar cash.

Apa pun, kami doakan kepada anda yang membaca ni kaya, rezeki melimpah ruah InshaAllah. Hiduplah dengan keberkatan, kaya dunia untung akhirat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.