NIO Bakal Memberi Saingan Yang Sengit Kepada Tesla Dalam Segmen Kenderaan Mewah

Perkembangan teknologi kereta elektrik kini semakin memuncak dengan pelbagai syarikat automotif dunia berusaha untuk membangunkan kenderaan tersebut. Tesla kini merupakan syarikat kenderaan elektrik pertama yang berjaya membangunkannya pada skala besar.

Banyak pengeluar kenderaan sama ada yang bergelar start-up kini cuba menyaingi dominasi pasaran kenderaan elektrik ini. Syarikat lama yang berpengalaman seperti Volkswagen dan juga Toyota juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan tersebut.

Di antara syarikat start-up baru yang gagal untuk bersaing dengan Tesla dan yang paling terkenal adalah syarikat Faraday Future yang kecundang dalam persaingan dengan Tesla. Kini, sebuah syarikat yang jarang dikenali mula menunjukan taring di dalam penghasilan kenderaan elektrik yang bakal mencabar dominasi Tesla dalam pasaran China.

Baca: Syarikat Faraday Future, Pencabar Utama Tesla Diisytiharkan Muflis

Asal-Usul NIO

Syarikat ini diasaskan oleh William Li yang merupakan seorang graduan dari universiti Peking. William Li berasal dari keluarga miskin di daerah Anhui.

Beliau mengambil jurusan sains komputer di Universiti Peking pada tahun 1990-an di mana pada ketika itu, beliau melihat perkembangan komputer semakin meningkat dengan begitu pantas.

Selepas tamat pengajiannya di universiti, William Li telah mengasaskan Syarikat Bitauto yang merupakan salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan jual beli kenderaan di China. Syarikat tersebut berjaya dan menjadikan dirinya seorang bilionaire di China.

Syarikatnya itu kemudian diapungkan ke New York Stock Exchange (NYSE). Kini syarikat tersebut telah melakukan penggabungan dengan syarikat Yiche bagi mengembangkan operasi mereka.

Minat William Li terhadap kenderaan elektik ini bermula apabila beliau melihat kejayaan Tesla ketika pertunjukan kereta di Paris. Dari situlah beliau melihat kenderaan elektrik bakal menjadi sesuatu yang besar pada masa hadapan. Dia dapat melihat potensi kenderaan elektrik seperti Tesla di pasaran China.

Pada tahun 2014, William Li secara rasmi telah menubuhkan syarikat kenderaan elektrik yang bernama NIO. Syarikat ini mendapat wang pelaburan daripada syarikat gergasi terkenal di China seperti Baidu dan Tencent.

NIO merupakan syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik yang terpantas di dunia pada ketika ini.

Kredit Gambar: Luvioni

Syarikat ini kemudian menyenaraikan saham mereka di NYSE pada tahun 2018. Seperti banyak syarikat yang lain, NIO juga ada pasang surutnya yang tersendiri di dalam industri ini.

Syarikat ini hampir bankrap pada tahun 2019 disebabkan berlakunya kerosakan pada bateri kenderaan tersebut yang memaksa mereka untuk memanggil kembali 5,000 unit kenderaan yang telah pun berada di pasaran.

Apakah Perbezaan Di Antara NIO Dan Tesla?

Walaupun bakal menjadi pesaing terdekat di dalam pasaran kenderaan elektrik, NIO dan Tesla mempunyai banyak perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. NIO merupakan syarikat OEM yang tidak menghasilkan kenderaan elektrik sebaliknya menggunakan teknologi pihak ketiga untuk menghasilkankannya.

Berbeza dengan Tesla yang menghasilkan semua bahagian kenderaan mereka sendiri.

Kredit Gambar: Clean Technica

Selain daripada itu, NIO turut menggunakan teknologi battery swap membolehkan kenderaan keluaran mereka menukar bateri di Power Station jika bateri itu sudah lemah. Buat masa ini, NIO menyediakan Power Station di beberapa bandar utama di China.

Mereka juga turut menawarkan model kenderaan tanpa bateri dan bateri tersebut boleh disewa.

Berbanding dengan Tesla, mereka menggunakan teknologi supercharge yang dapat mengecas bateri kereta dalam masa 70 minit.

Perkembangan Masa Depan NIO Dalam Industi Kenderaan Elektrik

Kredit Gambar: WSJ

Ketika permulaan musim pandemik pada tahun lepas, NIO telah mengalami penerunan jualan disebabkan permintaan yang semakin berkurang tetapi kembali meningkat apabila kerajaan China memberi bantuan kewangan kepada syarikat tersebut.

NIO mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut yang telah meningkatkan harga saham syarikat. Pada tahun lepas, syarikat ini menduduki tempat kelima pengeluar kenderaan terbesar di dunia daripada segi market capitalization selepas Tesla, Toyota, Volkwagen dan BYD.

Kredit Gambar: CNBC

Dengan kejayaan yang dimiliki, William Li kini mempunyai nilai kekayaan sebanyak USD6.7 bilion. Penganalisis melihat NIO bakal menjadi syarikat kenderaan elektrik  yang mampu untuk bersaing dengan Tesla di dalam pasaran elektrik pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.