7 Nasihat Kejayaan Sifu Silicon Valley, Sam Altman

Maksud kejayaan adalah subjektif untuk setiap orang. Kejayaan daripada perspektif seorang atlet seperti Khabib Nurmagomedov dan ahli politik seperti Syed Saddiq juga adalah berbeza.

Ada orang merasakan kejayaan adalah apabila mereka berjaya mencapai ‘financial freedom’ dan ada juga yang merasakan kejayaan adalah apabila mereka mencapai satu taraf sosial hidup yang tinggi dalam masyarakat.

Apa pun maksud kejayaan itu, objektifnya tetap sama yaqni ingin mencapai sesuatu dalam kehidupan mereka sungguhpun jalan yang diambil dan perspektif adalah berbeza sama sekali.

Bercakap soal kejayaan, ini merupakan perkongsian tentang kejayaan dari Sam Altman, seorang usahawan dan pelabur yang banyak membantu membangunkan startup di Silicon Valley.

Kredit Gambar: Market Watch

Sam Altman yang dilahirkan pada 22 April 1985 merupakan bekas dropout di Stanford University dan dikenali sebagai pengasas dan bekas Presiden Y Combinator.

Y Combinator merupakan sebuah syarikat yang melabur ke syarikat-syarikat startup seperti Stripe, Airbnb, Dropbox, Reddit, Instacart dan lebih daripada 2,000 syarikat yang lain.

Buat masa ini, beliau merupakan CEO kepada OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan berteraskan Artificial Intelligence yang diasaskan oleh Elon Musk dan menerima pelaburan US$1 billion daripada Microsoft Corporation pada tahun 2019 yang lalu.

Baca : Rahsia Terbesar Bill Gates Dalam Membangunkan Microsoft

Beliau menerangkan bahawa dalam pemerhatiannya selama bertahun-tahun berjumpa dengan pengasas dan CEO syarikat ternama di Silicon Valley, terdapat rahsia dalam kejayaan mereka.

Dan beliau merumuskan terdapat 7 perkara yang menentukan jatuh bangun dan kejayaan seseorang dalam mencipta kejayaan yang luar biasa.

Apa yang menarik adalah semua orang mampu mencapainya asalkan mempunyai disiplin diri dan ketabahan.

1. Majukan Diri

Syarikat dengan saiz sederhana mampu berkembang 50% setiap tahun dalam masa yang singkat dengan memajukan dalaman mereka menerusi modal, teknologi, penjenamaan, jaringan dan pengurusan kerja yang betul.

Sentiasa cabar diri dan bisnes untuk lebih maju daripada masa silam dan bukannya lebih maju daripada orang lain.

Dengan cara ini, kita akan dapati tahap peningkatan kemajuan dalam diri atau bisnes anda akan meningkat.

2. Kepercayaan Diri Yang Tinggi

Orang yang paling berjaya yang beliau kenali adalah mereka yang sangat mempercayai diri mereka sehingga ke satu tahap obses dan khayalan.

Lebih banyak data yang kita tahu mengenai diri sendiri, lebih mudah untuk menilai dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri.

Pada saat itu, percayalah pada diri sendiri dan konsisten dengan pendirian kita.

Kredit Gambar: Tech Story

Beliau turut berkongsikan kisah saat Elon Musk membawa beliau ke kilang SpaceX sambil beliau menerangkan secara terperinci satu demi satu bahagian pembuatan roket tersebut.

Baca : Elon Musk VS Steve Jobs, Daripada Kacamata Bill Gates

Apa yang menakjubkan beliau adalah Elon Musk sangat yakin dengan ideanya untuk menghantar roket ke Marikh.

Akan tetapi, kepercayaan diri harus mestilah seimbang dengan kesedaran diri kerana terlalu kuat dalam mempercayai diri sendiri menyebabkan anda mengelak dikritik.

Berfikir secara realistik bahawa anda tidaklah sempurna dan mula belajar untuk mendengar kritikan dan menerima input untuk mengubah diri atau bisnes anda.

3. Berfikir Secara Berdikari

Dunia keusahawanan adalah satu pelajaran yang sulit untuk diajar kerana kita sebenarnya mengajar seseorang itu cara berfikir.

Sekolah tidak mengajar cara untuk berfikir, sebaliknya mempraktikkan kita menghafal untuk berjaya dalam setiap peperiksaan.

Berfikir adalah satu seni dalam membentuk satu idea baru, mencari orang yang tepat untuk berkongsi idea dan akhir sekali menguji idea-idea baru ini ke dunia yang sebenar.

Baca : 5 Nasihat Berharga Warren Buffett Untuk Berjaya Dalam Pelaburan Dan Kehidupan

Pelajaran terbesar yang kita bakal perolehi apabila kita belajar untuk berfikir secara berdikari adalah bersiap sedia dalam setiap situasi dengan solusi.

4. Pandai Menjual

Kepercayaan diri yang tinggi sebenarnya tidak mencukupi. Kita perlu mempunyai skill untuk meyakinkan orang lain atas apa yang kita percaya.

Belajar untuk menjual, meyakinkan orang, menemu ramah bakal pekerja dengan visi yang jelas, kemahiran komunikasi yang mantap, karisma dan bukti kemampuan pelaksanaan idea anda.

Tanpa skill menjual, idea hanya akan kekal sebagai idea.

Dengan menambah baik skill menjual, kita sebenarnya sedang mengubah pelbagai skill lain sekaligus mengubah gaya kerja.

5. Berani Ambil Risiko

Ramai orang yang merendahkan risiko dan mengabaikan ganjaran yang sebenar. Mengambil risiko adalah penting kerana adalah mustahil untuk kita tepat atau betul sepanjang masa.

Kita perlu sentiasa mencuba benda baru dan belajar perkara-perkara baru.

Dalam karier, jangan terlalu selesa dengan posisi dan tugasan kita. Beliau melihat perkara ini sering berlaku kepada pengasas syarikat atau CEO yang pernah bekerja di Facebook dan Google.

Kredit Gambar: Venture Beast

Apabila seseorang terlalu selesa dengan kehidupannya, pekerjaan seharian yang berulang dan reputasi syarikat, sangat sukar untuk mereka meninggalkan semua itu.

Sifat manusia itu beradaptasi, sukakan cabaran dan keinginan membina sesuatu yang hebat.

Sekiranya kita tidak berani mengambil risiko, ianya seumpama kita membunuh potensi diri dan skill sendiri.

6. Fokus

Kebanyakan orang berjaya yang beliau jumpa, mereka bergerak dengan sangat cepat. Daripada melakukan mesyuarat, menulis dan berjalan semuanya dilakukan dengan cepat.

Hal ini kerana, mereka merupakan orang yang fokus dengan tugasan seharian mereka.

Mereka mengabaikan perkara-perkara remeh yang memakan masa yang lama dan fokus kepada satu perkara dalam satu masa. Fokus berfungsi sebagai pemangkin kekuatan pada kerja anda.

Disebabkan itu, adalah lebih baik untuk kita mengambil masa yang lama untuk tahu apa yang perlu difokuskan berbanding duduk berjam-jam membuat perkara yang tidak penting.

7. Tabah

Sebenarnya, lebih mudah untuk kita membuat permulaan hidup yang sukar berbanding permulaan hidup yang mudah.

Ini kerana, kita suka menjadi sebahagian daripada perkara yang menggembirakan dan merasakan bahawa mereka penting.

Jangan takut dengan apa yang kita kerjakan sungguhpun kerap kali berhadapan dengan masalah.

Benarkan diri sendiri untuk bercita-cita tinggi dan jangan takut untuk melakukan apa yang kita impikan.

Sekiranya kita ingin membuka syarikat perkapalan dan rakan anda ingin membuka syarikat teknologi, biarkan mereka, fokus dan ikut rasa ingin tahu anda. Hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan.

Baca : 7 Pengajaran Yang Kita Boleh Ambil Daripada Colonel Sanders, Pengasas KFC

Sekiranya kita tidak dilahirkan bertuah dan kaya, kita perlu mencari jalan sendiri untuk membuat perubahan yang besar.

Beliau telah melihat ramai orang yang dilahirkan susah tetapi berjaya dan mencapai kejayaan yang luar biasa kerana mereka ingin tahu bahawa idea dan apa yang mereka percaya itu boleh terjadi atau tidak.

Dengan menyedari bahawa saya tidak dilahirkan bertuah dan kayalah menyebabkan beliau mampu mencapai tahap kejayaan hari ini.

Sumber Rujukan:

Mungkin kita tak mampu membangunkan syarikat-syarikat yang hebat, tetapi kita boleh melabur ke dalam syarikat-syarikat yang hebat di luar sana.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.