Penemuan Audit – Seronok Pakai Lambo, Mustang, Alphard Sehingga Terlupa

Kepada pemilik syarikat yang ada membeli Lamborghini, Alphard, BMW atau Mustang menggunakan duit syarikat, boleh baca sehingga habis.

Untuk mengurangkan cukai, lazimnya syarikat akan menuntut perbelanjaan penggunaan kereta-kereta yang diberikan kepada pengarah atau pekerja. Semakin banyak belanja dituntut, semakin kuranglah keuntungan syarikat. Semakin kurang keuntungan syarikat, semakin kuranglah cukai pendapatan yang perlu dibayar. Contohnya belanja duit minyak, servis, road tax dan interest loan.

Kalau pakai Lamborghini, setahun berapa agak-agak belanja hangusnya?

Selain daripada itu, syarikat juga boleh menuntut belanja Elaun Modal. Kenderaan mewah yang tidak dilesenkan untuk tujuan komersil (harga bawah RM150,000), perbelanjaan modal layak untuk tuntutan Elaun Modal adalah terhad kepada maksimum RM100,000 sahaja. Kenderaan komersial seperti van dan lori tidak tertakluk kepada ketetapan ini.

Panduan : Ketetapan Umum 6/2015

Tak salah beli kereta atas nama syarikat tetapi digunakan untuk tujuan peribadi (walaupun tujuan asal adalah untuk kegunaan syarikat). Syaratnya pengarah / pekerja syarikat yang dapat manfaat kereta tadi kena pastikan kira Manfaat Berupa Barangan (MBB) atas penggunaan kereta tadi dan laporkan dalam Borang BE (e-filing).

Macam mana nak kira MBB? Boleh rujuk contoh yang diberikan dalam Ketetapan Umum 11/2019.

Syarikat (Majikan) pula perlu laporkan Manfaat Berupa Barangan ini dalam Borang E (e-filing) dan isikan juga dalam EA/EC Form pekerja.

Bahasa mudahnya dua-dua pihak kena lapor.

Menurut sumber kami (syarikat ejen cukai), antara penemuan audit yang biasa ditemukan oleh pihak LHDN adalah pengarah syarikat akan gagal melaporkan MBB ini dalam Borang BE mereka. Sama ada terlupa atau mungkin tidak tahu.

Untuk pengetahuan, bukan semua MBB yang diterima oleh pekerja dikenakan cukai, terdapat MBB tertentu yang dikecualikan cukai. Antaranya :

  • Manfaat pergigian.
  • Manfaat penjagaan anak.
  • Pusat jagaan kanak-kanak disediakan oleh majikan untuk anak-anak pekerja mereka.
  • Makanan dan minuman disediakan dengan percuma.
  • Pengangkutan percuma dari perhentian tertentu atau rumah ke tempat kerja (pergi/balik).

Boleh rujuk Ketetapan Umum 11/2019.

Borang E 2020 – Sumber LHDNM

Jadi kepada pemilik bisnes dan syarikat di luar sana mungkin boleh menyemak semula sama ada telah melaporkan manfaat kereta syarikat dalam Borang BE sebelum ini ataupun tidak.

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama