Tips Pengurusan Kewangan Dengan Gaji RM1,600 Di Kuala Lumpur

Pengurusan kewangan adalah sangat penting, sama ada untuk peribadi dan juga perniagaan. Apatah lagi ketika zaman ekonomi gawat seperti hari ini, kita kena bijak mengurus kewangan agar tidak berlaku pembaziran dan dapat meneruskan kehidupan.

Jom kita baca tips dari seorang yang bergaji RM1,600 sebulan yang hidup di bandar raya Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba ini.

6 Tips Urus Kewangan Dengan Bijak

1) Jangan pergi ke pusat membeli-belah dan jangan tengok iklan yang banyak lalu-lalang. Jangan termakan dengan promosi jualan. Dengan cara ini kita boleh elak daripada nampak barang cantik-cantik dan tergoda untuk membelinya.

2) Guna pakej internet yang paling murah. Cukuplah sekadar dapat online sekali-sekala untuk update media sosial. Lagi pun dah banyak tempat yang menyediakan wifi percuma.

3) Jangan layan Instagram, instafamous atau artis. Kenapa? Sebab kita akan terdorong untuk menjadi seperti mereka. Kita kena faham, dalam bank diorang duit berkepok-kepok. Daripada kita makan hati tengok gaya hidup mewah mereka, maka tak perlulah layan.

4) Sekali-sekala nak makan sedap, boleh takde masalah. Tapi biasakan diri untuk mengawal nafsu untuk makan sedap. Sebab itulah, kita kena elak daripada tengok iklan.

5) Jangan selalu keluar kalau tiada urusan penting. Dapatlah jimat duit minyak dan masa yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat.

6) Elakkan berhutang. Tak kisahlah berhutang dengan sesiapa saja. Tak payah nak advance-advance duit gaji. Sebab hutang adalah bersamaan dengan kita mencuri duit sendiri pada masa hadapan.

RM1,600 Cukup Untuk Survive

Macam mana nak bahagi-bahagikan duit, kerana RM1,600 sememangnya tak cukup. Tapi cukuplah untuk survive. Mungkin ada yang berkata, buatlah part-time, berniaga dan bermacam-macam lagi. Tak semua orang ada passion dan skill untuk buat semua tu.

Kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu kenapa beliau tak boleh nak buat macam yang korang cadangkan dan mereka hanya boleh bergantung kepada duit gaji mereka sahaja.

    1. Benda utama adalah tempat tinggal, iaitu sewa bilik. RM200
  1. Pengangkutan. Guna alternatif paling jimat. Biarpun kena guna tenaga dan perlu bangun awal dan berjalan kaki menunggu bas. Lepas tu naik bas free, kemudian kena naik LRT. Jumlahnya RM2. RM100
  2. Komitmen ASB. RM200
  3. Loan study. RM150
  4. Ibu bapa. RM100
  5. Tabung Haji. RM100
  6. Internet. RM50
  7. Keperluan diri macam barang mandian dan yang sewaktu dengannya. RM100
  8. Makan, cukup dengan bajet sehari RM10 setiap hari. RM300
  9. Hiburan dan lain-lain. RM50. Contoh kawan ajak tengok wayang ke, nak beli hadiah kahwin kawan ke, atau sedekah. Kalau tak guna, masuk tabung untuk bawa ke bulan depan. Bila asyik tak guna, maka bolehlah nak makan sedap-sedap, belanja keluarga atau beli baju baru ke.

Ada lagi baki RM250. Yang ni boleh simpan dalam ASB untuk kecemasan, deposit rumah, duit kahwin, travel, shopping (bila jumlah sasaran sampai). Kalau ada hutang yang terdahulu, boleh jelaskan hutang tersebut.

Bukan bayar secara lump sum tetapi buatlah jadual bayaran balik. Bila buat jadual, kita akan nampak bila akan habis bayar. Bila dah tahu bila akan habis bayar, so kita bolehlah nak tambah di bahagian savings ke atau boleh tambah lagi duit untuk bagi ibu bapa ke.

Sumber Rujukan: Media Maklumat

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA