4 Teknik Untuk Tingkatkan Rental Yield Hartanah Anda

Hari ini, ramai pelabur hartanah yang masih ‘berdarah poket’ setiap bulan dan terdesak untuk menaikkan rental yield mereka.

Prestasi rental yield yang tidak memberangsangkan sepanjang tahun 2020 dilihat berterusan untuk tahun 2021.

Tidak ramai pelabur hartanah yang berani untuk mengambil moratorium kerana kadar faedah hartanah dilihat meningkat dan merugikan mereka untuk jangka masa panjang.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Berdasarkan pemerhatian penulis, punca utama ramai pelabur hartanah terdesak untuk meningkatkan rental yield mereka adalah :-

  • Kadar sewaan sekitar di lokasi itu rendah.
  • Pelabur membeli rumah pada harga mahal.
  • Kadar sewa lebih rendah daripada bayaran pinjaman bulanan bank.

Kadar faedah bank yang ada turun dan naik sebenarnya memberi kesan langsung kepada pelaburan hartanah anda.

Ini juga salah satu pelaburan hartanah anda berjaya atau melingkup di kemudian hari.

Untuk pembaca yang belum jelas apa itu rental yield, rental yield adalah pulangan yang diperoleh pemilik rumah apabila menyewakan kediaman mereka kepada orang lain.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Setiap masalah di dunia ini ada penyelesaiannya, kecuali mati.

Dan masalah yang anda hadapi ini telah dibincangkan ramai pelabur hartanah tempatan & luar negara dan mempunyai strategi bersifat ‘feasible’.

Sebelum itu, anda perlu ubah cara fikir anda buat sementara waktu sebagai seorang ‘penyewa rumah’.

Baca : Penyewa Rumah Anda Akan Kekal Dengan 5 Cara Ini

Rumah atau kediaman bersifat peribadi dan sentuhan peribadi yang betul mampu meningkatkan nilai sewa rumah anda.

Untuk itu, jom kita lihat 4 teknik untuk tingkatkan rental yield hartanah anda.

1. Dapur & Tandas

Seorang penyewa rumah akan berminat dengan rumah yang mempunyai kabinet dapur tak kira samada mereka adalah bujang apatah lagi yang telah berkeluarga.

Puncanya? Kabinet dapur memerlukan kos yang mahal dan lama untuk dipasang.

Sangat jarang seorang penyewa rumah ingin mengeluarkan kos ribuan ringgit untuk memasang kabinet dapur di ‘rumah sewa’.

Baca : 6 Elemen Yang Mempengaruhi Kejayaan Pelaburan Hartanah Anda

Peralatan asas memasak seperti dapur gas, kuali, sudip dan pinggan mangkuk juga harus anda titikberatkan.

Memasuki ruang tandas pula, penyewa rumah biasanya akan menyukai tandas yang bukan sahaja bersih tetapi cantik.

Maksud cantik di sini adalah detail pada paip dan pili air. Anda boleh keluarkan sedikit modal untuk membeli paip dan pili air yang lebih menarik.

Tips : Gunakan paip dan pili air yang moden dan minimalis dan mudah dibeli sekiranya rosak.

Seterusnya, jangan lupa untuk melabur pada tandas kediaman dengan menukar tandas cangkung kepada tandas duduk, sinki yang lebih besar dan pemanas air.

Orang Malaysia rata – rata takut untuk mandi air sejuk di awal pagi.

2. Perabot

Jika berkemampuan, apa salahnya anda membuat transformasi kediaman anda menjadi galeri perabot serba lengkap.

Tetapi jika tidak berkemampuan, tidak salah sekiranya anda hanya mampu menyediakan perabot asas.

Penyewa rumah lebih gemarkan ruang tamu yang lengkap dengan perabot rumah seperti :-

  • Sofa
  • Rak TV
  • Rak Buku
  • Meja Makan

Baca : Analisis Pelaburan Hartanah Sewa

Ingat, bukan semua penyewa mampu membeli perabot.

Akan tetapi, sebagai pelabur hartanah yang berwawasan, anda perlu sediakannya sebagai satu pemangkin dalam meningkatkan rental yield anda.

Tips : Beli perabot lebih murah secara terus dari kilang perabot dengan tawaran dan promosi mereka.

3. Daya Penarik Lain (Kehendak)

Teknik ketiga ini bakal menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan lebih kos tetapi mampu meningkatkan nilai sewaan anda.

Caranya adalah dengan mengenal pasti apakah kehendak bakal penyewa anda.

Sekiranya mereka adalah golongan bujang, apa kehendak mereka?

Dan sekiranya mereka adalah pelancong / pengembara, apa pula kehendak mereka?

Antara daya penarik yang anda boleh cuba adalah dengan :-

  • WiFi
  • Smart home device
  • Sofa 2-1 yang boleh dijadikan katil
  • Penyaman udara pada bilik utama dan ruang tamu

4. Sasarkan Penyewa Berkeluarga

Teknik yang terakhir adalah dengan mensasarkan penyewa berkeluarga kerana logiknya, penyewa jenis ini akan menyewa di satu tempat untuk tempoh yang lama.

Lebih – lebih lagi buat mereka yang mempunyai anak yang bersekolah di kawasan sekitar kediaman anda.

Anda boleh sahaja membuat kontrak tahunan dan menaikkan 10% kadar sewa setiap 2 tahun.

Jangan lupa untuk membuat kiraan kadar inflasi semasa pada tahun itu kerana ianya memberi kesan kepada pelaburan anda.

Dan sekiranya semua teknik di atas telah anda cuba dan rental yield anda masih lagi di takuk lama, mungkin anda boleh cuba teknik rental arbitrage dan sublet pula.

Lain strategi pelaburan tetapi tetap memerlukan anda mengeluarkan modal untuk menaikkan nilai sewaan kediaman anda.

Dan disebabkan itulah, perlunya anda membuat kajian secara holistik akan lokasi kediaman anda.

Baca : 6 Angka Penting Dalam Menilai Pelaburan Hartanah

  • Adakah wujud ‘commercial viable’ di kawasan itu?
  • Adakah akan ada projek mega di kawasan itu?
  • Bagaimana potensi dan populasi di kawasan itu?
  • Siapakah golongan yang memerlukan rumah sewa di kawasan itu?

Dengan mengenal pasti semua persoalan di atas, anda sebenarnya sudah mendapat gambaran sebenar akan potensi pelaburan hartanah di kawasan itu.

Baca : 5 Jenis Strategi Dalam Pelaburan Hartanah

Natijahnya, tidak terlambat untuk anda mulakan semula teknik pelaburan anda.

Apa yang penting, pastikan cashflow dalam pelaburan anda tidak sangkut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Kenapa Sunway Menyerupai Berkshire Hathaway Versi Malaysia

Bila orang sebut Sunway, kebanyakannya akan terbayang Sunway Pyramid atau Sunway Lagoon.

Sunway bukan sekadar itu. Kalau tengok betul betul, ia sudah berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Ia lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar yang mengawal pelbagai lapisan kehidupan moden daripada rumah, beli belah, pendidikan, kesihatan sehinggalah pelancongan dan infrastruktur.

Mereka sedang membina satu empayar aset dan cara ia berkembang semakin menyerupai model Berkshire Hathaway. Sunway memiliki dan mengendalikan pelbagai sektor yang menyentuh kehidupan seharian orang ramai.

Mereka membina rumah dan bandar.
Mereka memiliki pusat beli belah.
Mereka mengendalikan hotel dan taman tema.
Mereka mengurus universiti dan sekolah.
Mereka memiliki hospital.
Mereka juga membina lebuh raya dan pusat data.

Ini penting kerana setiap sektor ini menjana aliran tunai yang berbeza. Bila segmen hartanah perlahan, hospital masih ada pesakit. Bila pelancongan turun, universiti masih ada pelajar. Bila jualan rumah lembap, mall masih ada penyewa.

Model ini sama seperti Berkshire yang tidak bergantung kepada satu industri untuk hidup. Sebagai bukti betapa besarnya empayar ini, Sunway Berhad mencatatkan rekod hasil tertinggi pada tahun kewangan 2024, iaitu sekitar RM7.88 bilion, meningkat lebih 28% berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan pertumbuhan hasil di hampir semua segmen perniagaan kumpulan.

Warren Buffett pernah berkata bahawa kekayaan sebenar datang daripada memiliki perniagaan yang menjana aliran tunai berulang dan boleh bertahan berdekad lamanya. Itulah falsafah di sebalik Berkshire Hathaway. Ia bukan terkenal kerana satu industri, tetapi kerana memiliki banyak perniagaan yang orang guna setiap hari, dari insurans hingga elektrik dan pengangkutan.

Bandar dan pembangunan hartanah

Sunway bermula dengan Bandar Sunway dan kini mempunyai pembangunan berskala bandar di beberapa tempat lain seperti Sunway City Iskandar Puteri di Johor dan Sunway City Ipoh di Perak. Ini bukan projek kecil tetapi kawasan bersepadu yang merangkumi perumahan, komersial, pendidikan dan kemudahan awam.

Selain itu, Sunway juga telah membangunkan lebih daripada 100 projek kediaman dan hartanah merangkumi rumah teres, kondominium serta bangunan komersial di seluruh negara dan luar Malaysia. Ini memberi mereka aliran projek yang berterusan untuk jangka masa panjang.

Mesin trafik melalui pusat beli belah

Sunway memiliki rangkaian pusat beli belah yang besar dan ikonik seperti Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, Sunway Square Mall dan Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang). Mall ini bukan sekadar tempat orang membeli belah tetapi berfungsi sebagai pusat aktiviti yang menggerakkan ekonomi kawasan sekeliling.

Kehadiran mall besar ini meningkatkan nilai hartanah, menarik penyewa berkualiti dan mencipta aliran tunai yang stabil kepada kumpulan Sunway.

Pelancongan dan hotel sebagai enjin ekonomi

Sunway Lagoon berperanan sebagai tarikan utama kepada Bandar Sunway dengan menarik jutaan pelawat setiap tahun. Pelawat ini kemudiannya mengisi hotel, restoran dan pusat beli belah di sekeliling, mewujudkan kitaran ekonomi yang berterusan.

Di bawah Sunway Hotels and Resorts, kumpulan ini mengendalikan sekitar 12 belas hotel dan resort di Malaysia, Kemboja dan Vietnam dengan hampir 4,000 ribu bilik, suite dan vila. Ini menjadikan pelancongan satu sumber pendapatan penting yang tidak bergantung kepada jualan hartanah semata mata.

Kilang bakat melalui pendidikan

Melalui Sunway Education Group, mereka mengurus 23 institusi pendidikan merangkumi universiti, kolej berbilang kampus, sekolah antarabangsa dan institut khusus. Semua ini berada di bawah Jeffrey Cheah Foundation yang juga menyediakan biasiswa dan menyokong aktiviti penyelidikan.

Kesihatan sebagai aset strategik

Sunway turut mengendalikan rangkaian hospital melalui jenama Sunway Medical Centre di lokasi utama seperti Penang, Kuala Lumpur, Damansara dan Ipoh. Hospital ini melayani pesakit tempatan dan juga pelancong perubatan, menjadikan sektor kesihatan satu lagi sumber pendapatan yang stabil.

Kehadiran hospital juga meningkatkan nilai kawasan dan menyokong pembangunan bandar bersepadu Sunway.

Sunway Healthcare Holdings Bhd (unit penjagaan kesihatan di bawah Sunway) telah membuat persiapan untuk penyenaraian awam (IPO) di Bursa Malaysia. Prospektus awal menunjukkan cadangan untuk menawarkan sehingga hampir 1.97 bilion saham dalam IPO ini, termasuk jualan saham sedia ada dan terbitan saham baharu.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings di pasaran utama Bursa Malaysia, termasuk langkah pecahan saham pra-IPO untuk memperluas asas saham syarikat tanpa mengubah nilai keseluruhannya.

Jika berjaya, IPO Sunway Healthcare berpotensi menjadi salah satu penyenaraian besar di Malaysia dalam beberapa tahun, dengan dana yang besar dan memperluas peluang pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan swasta.

Baca juga Panduan Asas Bagaimana Nak Beli Saham IPO di Bursa Malaysia

Keupayaan membina dari dalam

Sunway tidak bergantung sepenuhnya kepada kontraktor luar. Mereka mempunyai keupayaan pembinaan dan infrastruktur sendiri melalui anak syarikat yang terlibat dalam projek seperti Kajang SILK Highway, South Klang Valley Expressway, lebuh raya NH844 di India serta pembinaan pusat data bernilai lebih satu bilion ringgit.

Ini memberi mereka kawalan kos, kelajuan pelaksanaan dan keupayaan untuk mengambil projek berskala besar.

Tanah sebagai masa depan Sunway

Dengan rizab tanah sekitar 2,200 ratus ekar, Sunway memiliki cukup tanah untuk membina hampir tiga buah Bandar Sunway baharu. Ini memberikan mereka stok pembangunan jangka panjang yang boleh dibangunkan secara berperingkat selama bertahun tahun.

Akhirnya, semua ini menunjukkan Sunway bukan sekadar menjual rumah atau membina bangunan. Mereka membina, memiliki dan menggerakkan keseluruhan ekonomi sebuah bandar. Itulah sebabnya Sunway hari ini lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar moden di Malaysia.

Pemegang saham utama Sunway Berhad. Sumber: Bursa Malaysia.

Prestasi harga saham Sunway Berhad

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.