Penyewa Rumah Anda Akan Kekal Dengan 5 Cara Ini

Dalam pelaburan hartanah, mimpi ngeri semua pemilik unit kediaman adalah apabila rumah mereka sepi tanpa penyewa.

Rental yield tahunan yang telah dikira sejak awal lagi sedikit terganggu sekaligus menganggu aliran tunai bulanan anda.

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan rumah anda gagal dihuni penyewa.

Faktor harga dan lokasi hartanah memainkan peranan yang besar kerana rakyat Malaysia amat sensitif dengan benda yang berkaitan dengan harga.

Baca : Analisis Pelaburan Hartanah Sewa

Kedua, kebanyakan besar rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang memilih untuk menyewa kediaman yang terletak 1KM dari pengangkutan awam seperti LRT, MRT, KTM atau stesen bas kerana tidak gemar memandu dalam kesesakan lalu lintas atau tiada kenderaan sendiri.

Hari ini, kes hartanah disita pihak bank dan dilelong semakin rancak diperkatakan lebih-lebih lagi pada unit kediaman yang sifatnya memang untuk pelaburan.

Portal lelong online juga semakin banyak mengiklankan senarai hartanah lelong di sekitar Lembah Klang dan ada yang dilelong sehingga 40% daripada harga pasaran semasa.

Baca : Perancangan Bandar Berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD)

Nak mendapatkan penyewa pun sukar, apatah lagi mendapatkan penyewa yang bertanggungjawab dan mampu membuat bayaran pada masa yang ditetapkan.

Bukan satu dua kes pemilik rumah menularkan kisah penyewa rumah dari neraka yang mengotorkan rumah, mencuri barang perkakas rumah dan ada juga yang memusnahkan kelengkapan rumah.

Untuk itu, artikel kali ini bakal menghuraikan tips dan strategi supaya penyewa rumah anda kekal dengan 5 cara ini.

1. Jaga Kebajikan Penyewa Anda

Image by H. Hach from Pixabay

Tips ini berkemungkinan kedengaran agak membosankan, tetapi inilah perkara pertama yang pemilik rumah perlu lakukan.

Jika unit kediaman anda jenis high-rise, rajin-rajinlah keluarkan sedikit modal untuk lakukan PEST Control kerana rumah jenis high-rise lazimnya menghadapi serangan lipas.

Baca : Kenapa Sekarang Lebih Ramai Penyewa Daripada Pembeli?

Atau sekurang-kurangnya, tanyakan kepada penyewa anda bagaimana anda boleh bantu untuk membuatkan mereka selesa menetap di kediaman anda.

2. Urus Kediaman Anda

Tips kedua pula berkaitan dengan kewajipan anda mengurus kediaman anda dengan memastikan barang-barang elektronik seperti mesin basuh, televisyen, mesin pemanas air di selenggara dengan baik untuk kebajikan penyewa kediaman anda.

Untuk pemilik rumah jenis landed, lakukan pemeriksaan secara berkala untuk memastikan laman rumah anda tidak menjadi sarang haiwan buas seperti ular dan biawak.

3. Sentiasa Berhubung Dengan Penyewa

Photo by Torsten Dettlaff from Pexels

Caranya bukanlah dengan membuat penyewa anda seperti adik anda. Sebaliknya, laporkan kepada mereka akan isu atau berita terkini yang berkaitan dengan lokasi kediaman anda.

Hal ini kerana, anda sebagai pemilik kediaman mempunyai akses informasi akan apa yang berlaku di sekitar kediaman anda menerusi WhatsApp Group taman perumahan atau menerima emel secara langsung dariada pihak pengurusan kediaman anda.

Baca : Apa Kita Boleh Buat Jika Penyewa Tak Bayar Sewa?

Dengan cara ini, penyewa akan rasa lebih selesa kerana mereka tahu apa yang sedang berlaku di sekitar mereka.

4. Harga

Kaji dahulu pasaran sewa di sekitar kediaman anda. Jika unit kediaman anda adalah undercon, semak harga sewa unit yang lebih lama di kawasan sekitar anda supaya harga yang anda tawarkan tidaklah terlalu mahal.

Anda perlu ingat yang anda sedang bersaing dengan taman perumahan atau kediaman sedia ada yang telah matang.

Jika anda tahu penyewa mempunyai beban kewangan seperti baru diberhentikan kerja atau baru mendapat zuriat, apa salahnya jika anda berikan semula RM50 kepadanya sebagai tanda sokongan moral anda.

Baca : Kadar Sewa Di Malaysia Dijangka Tidak Meningkat Bagi Tahun 2021, Disebabkan 3 Perkara Ini

Dengan cara ini, penyewa akan tahu anda seorang pemilik rumah yang mengambil berat akan nasib si penyewa.

5. Kontrak

Supaya anda tidak stres dan buntu untuk mencari penyewa baru setiap tahun, apa kata anda tawarkan kontrak sewaan 2-3 tahun kepada penyewa dengan syarat anda tidak akan menaikkan kadar sewaan.

Atau anda boleh tawarkan kontrak jangka panjang dan penyewa akan diberikan diskaun untuk deposit awal.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Fokus dan objektif pelaburan hartanah anda adalah pulangan sewaan. Anda perlu ingat yang anda berurusan dengan manusia.

Oleh yang demikian, cara terbaik untuk memastikan pelaburan hartanah anda berjaya mendapat aliran tunai yang positif adalah dengan menjaga kebajikan penyewa anda.

Sumber Rujukan: Speedhome

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian