Berita Baik. Pembeli Rumah 1, Pemaju Perumahan Kaki Ngelat 0

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita gembira di mana Mahkamah Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kejaraan Tempatan (KPKT) tidak berhak untuk memberikan lanjutan masa kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ini pasti membuat semua pembeli berasa selamat lepas ni, kerana mereka telah sekian lama mengamalkan taktik untuk berjumpa dengan pihak KPKT dan minta untuk dilanjutkan masa.

Sekiranya penangguhan tersebut lulus sebagai contoh untuk 12 bulan, pemaju dapat mengelak daripada membayar pampasan kepada pembeli rumah. Malah pembeli rumah hilang hak untuk menuntut gantirugi. Mengikut kepada kontrak, pembeli rumah ada yang boleh claim sebanyak 10% daripada harga pembelian jika berlakunya kelewatan. Banyak tu!

Kemenangan Besar Buat Pembeli Rumah

Bayangkan, anda telah diberikan janji-janji manis daripada pemaju dan ejen hartanah mengenai rumah idaman anda, dan telah menunggu 2-3 tahun untuk rumah tersebut siap. Duit deposit pun dah bayar, S&P pun dah sign, tapi menjelang tarikh ia dijanjikan siap, anda diberi pelbagai alasan.

Nak beli rumah lain, harga makin mahal ikut kepada kenaikan harga 2-3 tahun lepas anda buat pembelian. Disebabkan itu, ‘dana’ anda tersangkut di sini, tak kisahlah rumah untuk didiami atau pun untuk pelaburan.

Ramai Dah Kena, Jadi Harap Dijadikan Iktibar

Kalau ikutkan, pemaju terpaksalah menyiapkan rumah mengikut tempoh masa yang telah dijanjikan. Kerana rata-rata rumah yang sedang dalam pembinaan, kebanyakannya memang laris macam pisang goreng panas, jadi tiada alasan yang kukuh untuk melewatkannya. Duit deposit dah dapat daripada pembeli, maka adalah adil sekiranya pembeli dapat menunaikan hak dengan menuntut gantirugi sebanyak 10% daripada harga belian rumah tersebut.

Ramai tak tahu bahawa di bawah Akta Perumahan 118, sekiranya terdapat masalah dalam pembinaan rumah yang ditimbulkan oleh pemaju, pembeli berhak untuk menuntut ganti rugi.

Diharapkan berita baik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk buat keputusan membeli rumah dan usah bertangguh lagi.

Kalau tak tahu berapa harga rumah yang anda mampu beli, jom kita kira Formula DSR (Debt Service Ratio).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sunway REIT Isytihar DPU Tertinggi Dalam Sejarah FY2025 Sebanyak 14.48 Sen, NPI Setahun Penuh Meningkat 15.5%

Sunway City Kuala Lumpur – Sunway REIT Management Sdn. Bhd., selaku Pengurus kepada Sunway Real Estate Investment Trust (“Sunway REIT”), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4 2025”).

Prestasi Kewangan Utama

Suku KeempatKumulatif Setahun
S4 2025S4 2024PerubahanYTD S4 2025YTD S4 2024Perubahan
RM jutaRM juta%RM jutaRM juta%
Hasil227.6220.93.1%894.3767.116.6%
Pendapatan bersih hartanah (NPI)165.0165.6(0.4%)658.0569.715.5%
Keuntungan sebelum cukai181.8206.5(11.9%)547.7527.73.8%
Keuntungan direalisasi bagi tempoh/tahun yang diagihkan kepada pemegang unit112.694.718.9%451.2343.831.2%
Agihan seunit (DPU)8.805.3464.8%14.4810.0044.8%

Sunway REIT mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.1% pada S4 2025 kepada RM227.6 juta berbanding RM220.9 juta pada S4 2024. Walau bagaimanapun, pendapatan bersih hartanah (“NPI”) susut sedikit sebanyak 0.4% kepada RM165.0 juta berbanding RM165.6 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“FY2025”), Sunway REIT merekodkan hasil sebanyak RM894.3 juta dan NPI sebanyak RM658.0 juta. Prestasi kukuh setahun penuh ini didorong terutamanya oleh sumbangan penuh tahun daripada hartanah yang diperoleh pada tahun 2024, pemerolehan AEON Mall Seri Manjung sepanjang tahun, serta prestasi mantap segmen Runcit dan Industri & Lain-lain.

Prestasi Mengikut Segmen

Pada S4 2025, segmen Runcit mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan hasil meningkat 16.2% kepada RM173.1 juta berbanding RM149.0 juta pada S4 2024. Peningkatan ini didorong terutamanya oleh sumbangan hasil baharu daripada Sunway Kluang Mall dan AEON Mall Seri Manjung yang diperoleh masing-masing pada Disember 2024 dan Julai 2025. Prestasi segmen turut disokong oleh penyiapan kerja naik taraf berfasa sayap sedia ada Sunway Carnival Mall pada Mei 2025 serta kerja pengubahsuaian kawasan Oasis di Sunway Pyramid Mall pada November 2024. Sehubungan itu, NPI segmen ini meningkat 17.0% kepada RM121.2 juta berbanding RM103.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Momentum positif segmen Runcit dijangka terus mengukuh pada suku-suku akan datang, disokong oleh pengumuman terkini Kerajaan mengenai pengurangan 2% cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan daripada 8% kepada 6%, serta sumbangan penuh tahun daripada AEON Mall Seri Manjung.

Segmen Hotel merekodkan peningkatan hasil sebanyak 7.2% kepada RM29.9 juta pada S4 2025 berbanding RM27.9 juta pada S4 2024, dipacu oleh aktiviti pelancongan yang lebih kukuh terutamanya semasa musim perayaan dan cuti hujung tahun. Seiring itu, NPI meningkat 7.3% kepada RM28.7 juta berbanding RM26.8 juta setahun sebelumnya. Prestasi yang lebih baik ini disokong terutamanya oleh kadar penghunian yang lebih tinggi di Sunway Resort Hotel dan Sunway Hotel Seberang Jaya, hasil peningkatan perjalanan santai dalam suku tersebut.

Pada S4 2025, segmen Pejabat mencatatkan sedikit penurunan hasil sebanyak 3.0% kepada RM19.9 juta berbanding RM20.5 juta pada tempoh sama tahun lalu. NPI juga menurun 6.8% kepada RM11.5 juta daripada RM12.4 juta. Prestasi yang lebih lemah ini disebabkan terutamanya oleh kegagalan pembaharuan penyewa di Wisma Sunway pada Jun 2025 serta penurunan sementara kadar penghunian di Sunway Putra Tower sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, segmen Pejabat dijangka kekal berdaya tahan pada tahun 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway Putra Tower yang meningkatkan kadar penghunian daripada 68% pada S3 2025 kepada 82% setakat S4 2025.

Susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway pada 30 September 2025, tiada pendapatan direkodkan bagi segmen Perkhidmatan pada S4 2025.

Pada S4 2025, segmen Industri & Lain-lain mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan hasil dan NPI masing-masing meningkat 34.9% dan 20.1% kepada RM4.7 juta dan RM3.5 juta. Prestasi yang lebih baik ini dipacu oleh sumbangan sewaan daripada penyewa baharu di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1 serta sumbangan penuh suku daripada Sunway REIT Industrial – Prai. Segmen ini dijangka terus menunjukkan prestasi baik pada 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1.

Agihan & Pulangan kepada Pemegang Unit

Pengurus mencadangkan agihan seunit (“DPU”) tertinggi dalam sejarah sebanyak 8.80 sen bagi separuh kedua FY2025, di mana 3.98 sen bagi S3 2025 telah dibayar pada 24 Disember 2025, manakala baki akan dibayar pada 27 Februari 2026. Ini menjadikan jumlah DPU bagi tahun kewangan penuh sebanyak 14.48 sen, melebihi pendapatan direalisasi seunit yang diagihkan kepada pemegang unit sebanyak 13.18 sen. Peningkatan ini adalah terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan keuntungan nilai saksama belum direalisasi daripada tahun-tahun sebelumnya susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway.

Sementara itu, harga unit Sunway REIT meningkat sebanyak 46 sen atau 24.9%, daripada RM1.85 pada akhir FY2024 kepada RM2.31 pada akhir FY2025. Berdasarkan harga penutup RM2.31, jumlah DPU 14.48 sen mewakili hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% kepada pemegang unit bagi FY2025.

Ulasan Pengurusan

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management Sdn. Bhd., Derek Teh Wan Wei berkata, “Sunway REIT mencatatkan DPU tertinggi dalam sejarah sebanyak 14.48 sen bagi FY2025, disokong oleh peningkatan 15.5% dalam pendapatan bersih hartanah kepada RM658.0 juta hasil sumbangan daripada pemerolehan baharu dan kejayaan pelaksanaan inisiatif peningkatan aset di Sunway Carnival Mall. Selain itu, Sunway REIT menjana hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% bagi tahun kewangan tersebut, manakala harga unitnya meningkat 24.9% tahun ke tahun kepada RM2.31 setakat 31 Disember 2025, mencerminkan pelaksanaan pengurusan portfolio yang konsisten serta keyakinan pelabur yang berterusan terhadap strategi Sunway REIT.”

Beliau menambah, “Dari segi pembangunan perniagaan, Sunway REIT telah menyiapkan pemerolehan AEON Mall Seri Manjung pada 25 Julai 2025, menjadikannya hartanah kedua kami di negeri Perak. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kitar semula modal, pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway telah diselesaikan pada 30 September 2025 dengan nilai pertimbangan sebanyak RM613 juta, menghasilkan jumlah keuntungan sebanyak RM41 juta. Ini merangkumi RM20 juta keuntungan nilai saksama terkumpul yang diiktiraf dalam tahun-tahun sebelumnya serta keuntungan pelupusan sebanyak RM21 juta termasuk kos pelupusan sampingan. Selain itu, Sunway REIT turut mengumumkan cadangan pelupusan Sunway Hotel Seberang Jaya kepada Sunway Medical Penang Sdn. Bhd. bagi memudahkan pembangunan Sunway Hotel Seberang Jaya baharu yang bersepadu di atas Sunway Carnival Mall, yang dijangka meningkatkan kemudahan tetamu dan menarik trafik pengunjung yang lebih tinggi ke pusat beli-belah tersebut. Cadangan pelupusan ini dijangka diselesaikan pada suku keempat tahun 2027.”

Beliau turut berkata, “Dari segi pencapaian, Sunway REIT memperoleh skor FTSE4Good sebanyak 4.0, meletakkannya dalam kategori kedua tertinggi dalam penilaian FTSE4Good. Sepanjang tahun, enam bangunan hijau telah diperakui, dengan Sunway Putra Tower dan Sunway Pyramid Hotel memperoleh pensijilan GreenRE Platinum. Selain itu, Sunway REIT turut dianugerahkan Anugerah Emas pada Majlis Anugerah NACRA yang berlangsung pada 27 November 2025. Pencapaian ini menegaskan komitmen kukuh Sunway REIT terhadap kelestarian serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara REIT terkemuka dari segi prestasi kelestarian.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan berkata, “Melangkah ke hadapan, kami kekal memberi tumpuan kepada pengurusan modal yang berdisiplin, pengoptimuman aset secara proaktif dan pemerolehan terpilih bagi mengekalkan daya tahan pendapatan serta pertumbuhan jangka panjang. Disokong oleh portfolio berkualiti tinggi yang pelbagai dan kunci kira-kira yang kukuh, Sunway REIT berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi ketidaktentuan pasaran sambil terus memberikan agihan yang stabil dan penciptaan nilai kepada pemegang unit.”

Penafian:
Sehingga artikel ini diterbitkan, Sunway REIT adalah berstatus tidak patuh syariah. Artikel ini diterbitkan untuk tujuan hebahan dan perkongsian maklumat sahaja. Ia bukan saranan untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti. Segala keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.