Kadar Pinjaman Hartanah Malaysia Mei 2021

Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tempatan pada kadar 1.75%, yang merupakan di antara yang terendah dalam sejarah.

Dalam masa yang sama, permintaan terhadap hartanah masih kekal positif sepanjang tahun 2020 dan suku pertama 2021 sungguhpun Malaysia berada dalam tengah – tengah krisis kesihatan sehingga meragut lebih daripada 2,600 nyawa setakat Mei 2021.

Di sisi pemaju hartanah pula, mereka dilihat sudah mula menawarkan unit kediaman pada harga yang lebih realistik dengan pendapatan isi rumah.

Terbaru, penetapan harga kediaman mampu milik oleh Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada RM300,000 dengan keluasan minimum 900 kaki persegi adalah berpatutan bagi kebanyakan daerah di Malaysia.

Hari ini, pembeli rumah dilihat lebih berminat kepada hartanah bertanah (landed) berbanding high-rise seperti apartmen, kondominium dan servis residen.

Perkara ini turut disokong CEO Paramout Corporation Berhad, Jeffrey Chew dalam satu slot diskusi hartanah bersama portal hartanah Edgeprop.my baru – baru ini.

Baca : Bagaimana Sistem Pembiayaan Hartanah Berfungsi?

Pemangkin kepada peningkatan permintaan hartanah tahun ini dilihat berpunca daripada projek mega yang dijangka siap seawal Julai 2021 ini yaqni MRT 2.

Projek MRT 2 bakal merancakkan kembali sektor hartanah dan sektor ekonomi sepanjang jejaran laluan MRT 2 bermula daripada Putrajaya dan berakhir di Sungai Buloh.

Timbul isu lain pula di kalangan pembeli rumah tentang kadar faedah pinjaman hartanah oleh institusi perbankan.

Soalnya, berapakah kadar faedah pinjaman hartanah semasa yang ditawarkan bank?

Baca : Bank Mana Paling Perform Di Malaysia?

Ini merupakan data faedah pinjaman hartanah daripada portal online kewangan dan perbandingan produk bank iaitu Ringgitplus.com!

Sumber Imej : Ringgitplus

Kadar Pinjaman Hartanah Malaysia Mei 2021

Menerusi portal ini, anda boleh membuat semakan secara online kadar faedah pinjaman bank mengikut :-

  • Jenis pekerjaan
  • Harga hartanah
  • Jumlah pinjaman
  • Tempoh pinjaman
  • Jumlah pendapatan

Baca : Cara Bank Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Bagi Peniaga Dan Usahawan

Penulis telah memasukkan RM300,000 untuk harga hartanah, RM300,000 untuk jumlah pinjaman, 30 tahun sebagai tempoh pinjaman, RM4,000 sebagai jumlah pendapatan bulanan dan bekerja.

Sumber Imej : Ringgitplus

Selepas itu, data menunjukkan lebih daripada 20 produk pinjaman yang boleh dipohon penulis berdasarkan data dan informasi yang telah dimasukkan lebih awal tadi.

Baca : 8 Penentu Kadar Faedah Pembiayaan Dan Pinjaman Hartanah Anda

Akan tetapi, penulis hanya akan menunjukkan top 10 produk pinjaman, terendah dan tertinggi sahaja. Untuk lebih informasi, anda sendiri boleh pergi ke portal Ringgitplus.

Sumber Imej : Ringgitplus

1. Bank of China Housing Loan

Kadar faedah : 2.85%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,240.67

2. Maybank HouzKEY

Kadar faedah : 2.88%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,245.48

3. Public Bank MORE Plan

Kadar faedah : 2.97%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,259.96

4. Public Bank 5 Home Loan

Kadar faedah : 2.97%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,259.96

5. Maybank Commodity Murabahah Home Financing

Kadar faedah : 3%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,264.81

6. Bank Rakyat Home Financing-i PR1MA

Kadar faedah : 3.18%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,294.12

7. KFH Ijarah Muntahiah Bi Al-Tamlik

Kadar faedah : 3.2%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,297.40

8. BSN MyHomeYouth Housing Scheme

Kadar faedah : 3.2%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,297.40

9. Maybank Skim Rumah Pertamaku

Kadar faedah : 3.2%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,297.40

10. UOB iINTELLIGENT Home Loan

Kadar faedah : 3.24%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,303.97

Kadar Faedah Terendah & Tertinggi Pinjaman Hartanah Mei 2021

1. Bank of China Housing Loan

Kadar faedah : 2.85%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM1,240.67

2. MBSB My First Home Scheme-i

Kadar faedah : 7.1%

Pinjaman : 30 tahun

Bayaran bulanan : RM2,016.10

Di era ekonomi digital ini, tidak sukar untuk pembeli hartanah membuat carian institusi perbankan yang menawarkan kadar faedah yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.

Baca : 3 Sebab Kita Kena Gunakan Kuota Pinjaman Hartanah Sebaik Mungkin

Akan tetapi, perlu diingatkan sekali lagi bahawa kadar faedah pinjaman yang ditawarkan kepada anda kelak sangat dipengaruhi oleh profil kewangan anda.

Tidak terlambat untuk anda menyemak semula Debt Service Ratio (DSR) dan mencantikkan laporan CCRIS dan CTOS anda.

Kadar faedah yang ditulis ini merupakan kadar semasa artikel ini ditulis setakat 30 Mei 2021.

Sumber Rujukan:

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman