Katanya Pusat Membeli-Belah Bakal Mati, Apa Pula Nasib REIT?

Saban tahun kita melihat banyak pusat membeli-belah dibuka di sekitar tempat tinggal atau lokasi kita bekerja.

Dengan keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada hari ini, pusat beli belah dilihat kurang relevan.

Mangsa terbesar COVID-19 selepas nyawa manusia adalah ekonomi. Siapa sangka krisis kesihatan global ini memberi kesan yang sangat besar kepada industri runcit yang menyewa di pusat membeli-belah.

Kredit Gambar: Edgeprop

Pusat membeli-belah telah diarahkan untuk ditutup beberapa bulan dan semua orang diminta kekal selamat di rumah.

Penulis percaya, ramai rakyat Malaysia khususnya warga Lembah Klang tidak kira bangsa dan agama menerima impak ini kerana wujud lambakan pusat membeli-belah.

Dalam masa yang sama, industri e-commerce yang sedang meningkat naik menyebabkan orang ramai memilihnya sebagai alternatif pembelian barang seharian mereka berbanding perlu ke pusat membeli-belah.

Malaysia berada di kedudukan kelima dalam pertumbuhan e-commerce di peringkat global pada tahun 2019 atau 1.9% lebih tinggi daripada pertumbuhan global.”

Kesannya, permintaan terhadap sewaan mula menurun dengan begitu mendadak. Menurut Tan Sri Teo Chiang Kok yang juga Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), kesan daripada PKP menyebabkan pusat membeli-belah menanggung kerugian jualan sebanyak RM1.8 bilion sepanjang tempoh Mac-Jun yang lalu.

Baca : Miliki Hartanah Secara Tidak Langsung Dengan Melabur Ke Dalam REIT

Jumlah pengunjung turun 50% – 70% dan jualan menurun 40% kerana orang ramai tidak lagi membeli-belah dan makan di pusat membeli-belah.

Pada Oktober yang lalu, Robinson Co (Malaya) Sdn Bhd telah menutup dua gedung mereka di Malaysia yaqni di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place. Ianya gara-gara ketidakmampuan meneruskan operasi ekoran permintaan yang lemah di pasaran.

Robinson sebuah jenama gedung pusat beli belah antarabangsa terpaksa akur dengan kemerosotan jualan runcit sebanyak -8.5% pada suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, nama-nama besar dalam gedung serbaneka akan keluar sepenuhnya daripada industri.

Ini kerana kurangnya jualan runcit dan e-commerce dilihat sebagai alternatif yang lebih mesra pengguna yang akan menggantikan cara konvensional orang ramai membeli-belah.

Sementara itu, panggung wayang yang memegang 1% – 6% daripada jumlah keseluruhan sewaan ruang pusat membeli-belah turut menerima impak daripada krisis COVID-19 ini.

Baca : IPC dan Pusat Beli-belah MyTOWN Bawakan Jualan Dalam Talian Ikonik 11.11 Ke Tapak Kedai

Pembukaan panggung wayang yang dimiliki Pavilion REIT juga terpaksa ditangguhkan bagi menunggu waktu yang tepat untuk pengunjung kembali ke pusat membeli-belah dan menonton filem di panggung wayang.

Kredit Gambar: Loanstreet

Sungguhpun wujud platform online stream seperti Netflix, Disney+ dan Hulu, rakyat Malaysia dilihat cenderung untuk ke panggung wayang bagi merasai satu pengalaman berbeza menonton filem kesukaan mereka.

Pusat Beli Belah Bakal Mati? Apa Nasib REIT?

Daripada sudut pandang pelaburan pusat membeli-belah khususnya REIT, berita-berita ini adalah tidak baik.

Baca : Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)?

Pembatalan sewa gedung Robinson lambat-laun akan memberikan impak negatif kepada IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT).

Penangguhan operasi panggung wayang bermula November 2020 juga memberi kesan kepada 12 pusat membeli-belah di bawah KLCCP Stapled Group, Sunway REIT, Capita Land Malaysia Mall Trust dan tidak terkecuali IGB REIT.

Sementara itu, KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) menegaskan kadar penghunian sewaan kekal pada angka 98% setakat Ogos yang lalu.

Jumlah pengunjung dijangka kembali rancak apabila pejabat di sekitar KLCC kembali bekerja seperti biasa.

Baca : Ketahui 6 Jenis REIT Dalam Hartanah Ini Dan Mula Melabur

Pavilion REIT melihat pendapatan mereka menurun 57.2% kepada RM30.07 juta kerana pemberian rebat sewaan sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Kredit Gambar: Tripa Advisor

Sunway Mall and Theme Park juga menerima impak dengan pengurangan 50% – 70% pengunjung.

Tetapi, angka pengunjung telah mula kembali meningkat sehingga 70% apabila bermulanya tempoh PKPP.

Wujud turun naik yang dinamik dalam jumlah pengunjung yang mengunjungi pusat membeli-belah untuk membeli belah atau makan.

Baca : 5 Sebab Kenapa REIT Singapura (S-REITs) Pilihan Bijak Di Kala Pandemik Covid-19

Adalah masih terlalu awal untuk kita jangkakan bila pasaran REIT akan kembali rancak.

Dengan keadaan panggung wayang yang ditutup pada ketika ini, kita dapat menjangkakan pasaran REIT sedikit menjunam berbanding tempoh yang sama untuk tahun 2019.

Sementara itu, kita hanya boleh mengharapkan Kerajaan berusaha merancakkan kembali ekonomi domestik supaya ekonomi rakyat kembali seperti sediakala.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelaburan Besar Diumumkan Semasa Lawatan Perdana Menteri New Zealand, Tuan Yang Terutama Christopher Luxon ke Malaysia

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2025 – Syarikat tenaga boleh diperbaharui yang beribu pejabat di Malaysia, Yinson Renewables, telah mengumumkan rancangannya untuk melabur di New Zealand menerusi rangkaian projek tenaga boleh diperbaharui yang dijangka menghasilkan sekitar 1GW tenaga bersih.

Selama empat tahun yang lalu, Yinson telah membangunkan rangkaian projek tenaga angin di New Zealand dengan sokongan Invest New Zealand, agensi kerajaan yang bertanggungjawab menarik pelaburan ke negara tersebut.

“Kami berbesar hati menerima pengiktirafan yang amat bermakna ini daripada kerajaan New Zealand, yang menandakan satu langkah penting dalam perkembangan Yinson Renewables di negara tersebut. Kami mempunyai komitmen jangka panjang terhadap New Zealand dan akan terus komited untuk menjalin kerjasama erat dengan kerajaan New Zealand, rakan kongsi tempatan serta komuniti bagi menyokong aspirasi tenaga boleh diperbaharui negara itu,” kata Encik Lim Han Weng, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson.

Sementara itu, satu lagi pelaburan signifikan dalam infrastruktur pelancongan New Zealand telah disahkan pada hari Selasa oleh konglomerat infrastruktur Malaysia, YTL Corporation Berhad. YTL Hotels telah memperoleh Hotel Indigo yang mempunyai 225 bilik di Auckland melalui perjanjian bernilai NZD $160 juta (~ RM388 million), menjadikannya pelaburan hotel pertama syarikat itu di New Zealand. Perjanjian ini juga merupakan transaksi hotel kedua terbesar yang direkodkan di negara tersebut tahun ini.

“Pengambilalihan ini mengukuhkan komitmen jangka panjang YTL Hotels terhadap sektor pelancongan dan hospitaliti di rantau ini, selain mencerminkan keyakinan Kumpulan terhadap daya tahan ekonomi pelancongan New Zealand,” kata Datuk Mark Yeoh, Pengarah Eksekutif YTL Hotels.

Kedua-dua pelaburan ini telah menerima kelulusan daripada Pejabat Pelaburan Luar Negara New Zealand. “Pengumuman pelaburan seperti ini membuktkan bahawa New Zealand dilihat sebagai destinasi pelaburan yang berwibawa oleh pelabur global berkualiti tinggi, selain menawarkan peluang pelaburan yang luas merentasi pelbagai sektor,” ujar Benny Goodman, Pengurus Besar Invest New Zealand.

Majlis pengumuman pelaburan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri New Zealand, Tuan Yang Terutama Christopher Luxon, Menteri Negara bagi Perdagangan dan Pelaburan New Zealand, Yang Berhormat Nicola Grigg dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong.