Trend Work From Home (WFH) Bak Bom Jangka Untuk Lot Komersial

Trend work from home (WFH) atau bekerja daripada rumah mula popular seawal 18 Mac 2020 yang lalu apabila Kerajaan menerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesannya, seluruh rakyat Malaysia terpaksa belajar untuk bekerja dari rumah sungguhpun berdepan dengan 1001 macam kekurangan dan halangan.

Antara yang paling jelas adalah ramai orang terpaksa belajar menggunakan aplikasi mesyuarat online seperti Zoom, Skype dan Google Meet.

Saham syarikat Zoom pada ketika itu juga meningkat dengan mendadak kerana hampir seluruh dunia menggunakan aplikasi tersebut.

Baca : Zoom Kini Bernilai Lebih Daripada 7 Syarikat Penerbangan Dunia

Malangnya, trend ini menyebabkan banyak pihak terkesan secara langsung. Antara yang paling terkesan adalah pemandu e-hailing seperti Grab dan penghantar makanan Grabfood dan Foodpanda.

Ini termasuk restoran dan warung-warung yang terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian dan bangunan pejabat.

Mereka yang mengharapkan pelanggan daripada golongan pekerja terpaksa menutup premis mereka.

Selain daripada halangan pergerakan ekonomi, orang ramai juga melihat PKP yang lalu sebagai masa untuk mula menggunakan dapur ditambah pula dengan faktor dorongan dari sosial media.

“FB Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini dan Dalgona Coffee menjadi bukti rakyat Malaysia menggunakan kesempatan PKP untuk memasak dan eksperimen dengan menu baharu.”

Sungguhpun begitu, kadar penghunian ruang pejabat di kawasan luar bandar dan bandar utama seperti bandaraya Kuala Lumpur sebenarnya masih lagi baik.

Data daripada Edgeprop.my menunjukkan kadar penghunian ruang pejabat di luar bandar adalah 82.3% dan 73.5% di bandaraya Kuala Lumpur.

Isunya adalah, adakah trend work from home akan menyebabkan pasaran hartanah ruang pejabat terkubur jika trend ini berlanjutan?

Jom kita rungkai isu ini dengan mengambil kira keadaan semasa di luar negara.

Trend WFH Bak Bom Jangka Untuk Ruang Pejabat

Photo by David Egon from Pexels

Pada 15 Februari 2021 yang lalu, portal The Japans Time melaporkan ruang runcit dan pejabat di kawasan Nagoya semakin sepi ekoran krisis kesihatan yang melanda Jepun ketika ini.

Buat pengetahuan anda, Nagoya merupakan pelabuhan ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Osaka.

Baca : 6 Sebab Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Utama Pelabur Hartanah Antarabangsa

Pada tahun 2019, bandar metropolitan Nagoya mempunyai 2 juta penduduk dan merupakan hub utama industri automotif, penerbangan, teknologi dan perkilangan.

Di Singapura pula, Knight Frank cawangan Singapura melaporkan sewaan terhadap ruang runcit di kawasan tumpuan utama di Singapura jatuh 14.7% pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Lain pula yang berlaku di Amerika Syarikat di mana Facebook Inc telah menandatangani perjanjian sewaan ruang seluas 730,000 kaki persegi di Midtown Manhattan, Amerika Syarikat.

Sama juga dengan Google LLC yang turut memperluas kampus utama mereka di Chelsea berdekatan Manhattan, Amerika Syarikat.

Di Malaysia, ada tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat meneruskan trend work from home dan berhenti menyewa ruang pejabat.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Image by Suppadeth wongyee from Pixabay

Antaranya adalah isu fasiliti di ruang pejabat. Tahukah anda, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima ribuan panggilan kecemasan setiap hari di Kuala Lumpur sahaja.

Apa yang memeranjatkan adalah, panggilan kecemasan itu dilakukan kerana ada mangsa yang tersekat di dalam lif.

Selain daripada itu, banyak ruang pejabat bangunan lama tidak mampu menyediakan kemudahan untuk talian kabel fiber optik yang terkini.

Ini tidak selari dengan keperluan masa kini yang menyaksikan internet berkuasa tinggi di pejabat adalah satu kewajipan!

Baca : Kebangkitan Hartanah SOHO Selepas COVID-19 Selesai

Dan faktor terakhir adalah kerana, risiko jangkitan virus Covid-19 adalah lebih tinggi di tempat kerja.

Saban hari, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan wujud kluster baharu dan majoriti kluster baharu itu berlaku di tempat kerja.

Kita tidak boleh nafikan ruang pejabat masih lagi satu keperluan utama memandangkan sebahagian besar aktiviti ekonomi di Malaysia digerakkani oleh sektor perkhidmatan.

Baca : Ketahui 6 Jenis REIT Dalam Hartanah Ini Dan Mula Melabur

Berkemungkinan penurunan trend kadar penghunian ruang pejabat yang berlaku hari ini bersifat sementara sahaja ekoran krisis kesihatan yang melanda.

Memandangkan tiada orang yang mempunyai jawapan yang tepat bila krisis kesihatan ini akan berhenti, satu benda yang pasti adalah sektor ruang pejabat akan kembali pulih seiring pulihnya sentimen orang awam terhadap keadaan semasa Covid-19 di Malaysia.

Sumber Rujukan :

This image has an empty alt attribute; its file name is faizul-ridzuan-21-feb-2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 28 Februari 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman