4 Mindset Berbeza Orang Kita Tentang Pelaburan

Mindset dalam melabur

Apabila ianya berkaitan dengan pelaburan, terdapat banyak ‘mazhab’ atau pandangan yang berbeza tentang bagaimana seseorang itu harus melabur.

Setiap orang perlu belajar untuk melabur supaya dapat bebas hutang dan bersara dengan tenang.

Jom kita tengok 4 jenis mindset orang kita:

#1. Orang Yang Beri Modal Kepada Orang Lain Untuk Melabur

Adakah anda terlalu sibuk sehinggakan sanggup beri modal anda kepada orang lain untuk dilaburkan? Atau anda mempunyai toleransi yang rendah terhadap risiko dan mahukan jaminan bahawa wang anda selamat? Ramai dari kita cukup suka part untung saja, kalau boleh tak nak dengar langsung bab rugi.

Anda lebih percaya kepada seseorang dengan memberikan duit anda kepada seorang pengurus dana, dan beliau laburkannya dengan memberikan anda pulangan yang ‘selamat’. Tetapi ketahuilah bahawa “Low Risk, Low Return” itu benar, maka redhalah cukup sekadar memperolehi keuntungan atau dividen 6% ke 8% setiap tahun.

#2. Orang Yang Tak Nak Belajar Bagaimana Untuk Melabur

Mereka ini jenis yang awal-awal lagi tak percaya dengan diri sendiri. Mereka juga rasa pelaburan saham adalah subjek yang susah dan tidak berbaloi untuk belajar.

Mereka ini tidak sedar akan faedah berganda (atau dikenali sebagai compounding interest) di mana wang mereka akan terus-menerus bekerja untuk mereka. Mereka cuma perlu berusaha lebih pada peringkat awal, dan pada jangka masa panjang boleh lihat wang itu berkembang.

#3. Orang Yang Rasa Mereka Tidak Berduit (Atau Fikir Tak Cukup Duit)

Mereka yang tergolong di dalam kategori ini sentiasa fikir mereka perlu duit yang banyak untuk mula melabur. Perlu modal yang besar seperti RM10,000 dan ke atas.

Sebenarnya tidak, mereka cuma tidak tahu ada cara sebenarnya bermula dengan modal rendah. Kami ada menulis sebelum ini bagaimana dengan modal RM100 pun dah boleh mula melabur di pasaran saham.

#4. Orang Yang Sedang Belajar atau Telah Belajar Untuk Melabur

Mereka dalam kategori ini telah sedar kepentingan melabur dan telah mengorak langkah untuk melabur di dalam lubuk emas yang ditinggalkan. Mereka ini sedar bahawa segala cakap-cakap negatif tentang pelaburan saham itu hanyalah sekadar mitos, seperti:

  • Perlu modal besar
  • Hanya orang berpelajaran tinggi saja yang boleh melabur saham

Adakah anda sudah berada dalam kategori ini?

Duit Anda, Suka Hati Nak Melabur Macam Mana

Berapa modal melabur saham?

Ini merupakan pesanan yang paling penting, anda telah berusaha keras dan memerah keringat untuk dapatkan duit, sekarang terpulang kepada anda untuk menggandakannya.

Memang boleh je beri duit kepada orang lain untuk laburkan dan terima dividen tahunan, tapi kepuasan dia lain macam kalau anda sendiri yang tentukan hala tuju duit anda. Biarlah untung rugi pun, kuasa pilihan di tangan anda.

 

* Pelaburan di pasaran saham Bursa Malaysia ada untung ruginya, sama seperti perniagaan lain. Tetapi dengan adanya ilmu, anda boleh meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.