Apa Itu Bon Dan Sukuk? Apa Perbezaannya Dengan Saham?

Biasa kita dengar jenis pelaburan bon dan sukuk ini merupakan pelaburan berisiko rendah. Namun apa sebenarnya pelaburan dalam bon ini dan bagaimana instrumen pelaburan ini boleh memberi pulangan kepada pelabur?

Apa Itu Bon?

Bon terletak di bawah jenis pelaburan berpendapatan tetap. Ini bermaksud keuntungan yang diperoleh pelabur telah ditetapkan di awal pelaburan dan ianya tidak akan berubah sepanjang tempoh pelaburan dan sukar untuk terdedah kepada risiko sentimen.

Secara ringkasnya, pelaburan bon ini adalah seperti kita memberi pinjaman kepada penerbit bon yang terdiri sama ada dari kerajaan negara itu sendiri atau pun syarikat. Pelaburan dalam bon boleh memperoleh keuntungan melalui dua cara iaitu melalui pembayaran kupon dan juga kenaikan harga bon tersebut.

Apa Pula Sukuk?

Sukuk adalah satu sijil kewangan Islam yang mengambil konsep sama seperti bon dalam kewangan Barat. Sukuk yang dikeluarkan perlu mematuhi undang-undang agama Islam ataupun patuh syariah.

Jom kita tengok 4 perkara yang kita perlu tahu tentang Bon.

1. Face Value

Face value merupakan nilai bon apabila tiba tempoh matang dan jumlah tersebut akan dikembalikan kepada pelabur. Sekiranya bon tersebut dijual lebih dari face value, ia akan digelar at premium manakala bon yang dijual dibawah face value pula digelar at discount.

2. Coupon Rate

Coupon rate adalah kadar bayaran yang bakal diterima pemegang bon. Coupon rate ini berfungsi seperti kadar faedah yang diterima oleh pemberi hutang. Kadar ini ditetapkan pada awal penerbitan dan kekal sehingga tempoh matang.

3. Coupon Date

Coupon date adalah tarikh bagi pembayaran coupon kepada pemegang bon. Sekiranya bon dipindah milik sebelum atau selepas tarikh pembayaran coupon, jumlah coupon akan dibahagi mengikut hari diantara pembayaran coupon tersebut. Pembayaran coupon juga boleh berbeza sama ada dibuat sebanyak sekali, dua kali atau empat kali dalam setahun.

4. Maturity Date

Maturity date merupakan tempoh matang bagi bon dan bermaksud pada tarikh yg telah ditetapkan, bon tersebut akan dipanggil semula dan pembayaran penuh face value akan dibuat oleh penerbit bon kepada pemegang bon tersebut.

Perbezaan Bon Dengan Saham

Pelaburan bagi instrumen ini bersesuaian dengan pelabur yang tidak berminat untuk mengambil risiko yang tinggi dan berpuas hati dengan pulangan yang lebih rendah berbanding pasaran saham.

Biasanya, syarikat akan memberi ganjaran kepada pelabur yang sudi melanggan bon/sukuk syarikat dengan pembayaran kupon setiap suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Segala maklumat berkaitan dengan bon juga boleh didapati melalui laman sesawang Bond Info Hub yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Soalan yang biasa bermain di minda:

  • Kita orang biasa boleh beli ke?
  • Bon ni macam saham ke ada turun naik?
  • Keuntungan dia macam dividen ke?

Orang biasa memang boleh beli. Pada kebiasaannya orang beli bond menggunakan trustee dari bank pelaburan. Investment bank yang biasanya akan pastikan bayaran kupon masuk ke dalam akaun pelabur.

Cuma kekangannya di sini, biasanya bank pelaburan (investment bank) ada amaun minimum untuk buka akaun. Kadang-kadang ada yang memerlukan deposit sebanyak RM250,000 – RM500,000 dan ke atas baru boleh jadi pelanggan.

Harga bon ini pula ada turun naiknya. Paling ketara adalah kaitan harga dengan OPR (Overnight Policy Rate) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM). Sekiranya OPR turun, harga bon akan naik menyebabkan pelabur berpindah ke aset yang lebih ‘selamat’.

Kalau pasaran saham jatuh, harga bon juga akan meningkat. Cuma mungkin tak setinggi kesan daripada penurunan OPR.

Mengenai bayaran kupon pula, dia lebih kurang sama macam dividen. Akan ada beberapa siri bayaran kupon dengan bayaran tetap seperti 4% setahun. Bayaran tersebut mungkin akan dibayar setiap suku (4 kali setahun) atau dua kali setahun.

Baca juga Pelaburan Bon Dan Sukuk Serendah RM1,000

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.