
Sub Topik
Pelaburan Unit Trust adalah sah sebagai medium pelaburan kerana Syarikat Pengurusan Unit Trust dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dapatkan senarai syarikat dan dana di laman web SC.
Adakah anda percaya bahawa pelaburan dalam Unit Trust mampu memberikan kadar keuntungan yang tinggi?
Jika jawapan anda YA, anda perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati. Tidak semua dana daripada unit trust mampu memberikan pulangan yang tinggi. Ada sesetengahnya yang telah melabur bertahun-tahun tetapi masih belum nampak sinarnya.
Ada 3 sebab kenapa ramai akan masuk melabur dalam Unit Trust.
1. Consultant tu kakak cantik atau abang kacak
2. Terpesona dengan janji % % % %
3. Tak perlu keluar cash, ada pilihan untuk guna duit KWSP
Jangan marah, kami gurau saja.
Tapi rasanya sebab #3 tu paling kuat.
Bagaimana caranya untuk anda tidak terciduk teruk dalam pelaburan Unit Trust?
1. Fahami Konsep Unit Trust
Sebelum anda mengambil tindakan untuk melabur dalam Unit Trust, pastikan anda telah fahami segala konsepnya. Baca lagi Apa Itu Unit Trust.
Dalam Unit Trust, kita melabur dalam bentuk unit, dan harga unit ini tidak tetap, ada masa turun, ada masa naik. Jadi, kalau naik, untunglah, kalau turun, rugilah.
Maka fahamlah kita bahawa Unit Trust juga terdedah dengan kerugian.
“Dekat mana Unit Trust tu laburkan duit kita?”
Contoh : Apabila kita kita beli dana Unit Trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya duit kita dilaburkan ke dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham global). Cuma yang tolong jual beli saham tu adalah Fund Manager yang dilantik oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Unit Trust Management Company, UTMC).
Baca juga 4 Tanda Seorang Pengurus Dana (Fund Manager) Yang Hebat
Mindset nak untung besar dan cepat ni akan buat anda kecewa dengan Unit Trust. Meskipun ada dana yang YTD dah cecah lebih 20%, tak semestinya dana lain mempunyai prestasi yang sama.
2. Fahami Caj-Caj Terlibat
Semua pelaburan di Malaysia ada caj-caj yang perlu dibayar. Baik saham, hartanah, mahu pun Unit Trust. Caj-caj ini akan digunakan untuk membiayai kos-kos operasi pelaburan.
Secara asasnya caj-caj ini dalam pelaburan unit amanah ni boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu caj yang dikenakan secara langsung dan caj yang dikenakan secara tidak langsung. Contoh caj langsung adalah:
- Caj Belian (Sales Charge)
- Caj Jualan (Redemption Charge)
- Caj Pertukaran (Switching Charge)
3. Survey Beberapa Dana Daripada Syarikat Berbeza

Apabila anda telah fahami konsep Unit Trust, anda boleh terus memulakan langkah yang seterusnya dengan survey dana-dana yang ada.
Terdapat banyak senarai dana yang pelbagai jenis. Ianya bergantung kepada risiko yang rendah, risiko pertengahan dan juga risiko yang tinggi. Paling penting, pilih dana yang PATUH SYARIAH.
Kunci kejayaan dalam pelaburan ialah asset allocation dan fund management. Kalau modal lebihan kita banyak, pecahkan mengikut syarikat, kelas aset, market cap dan geografi. Tetapi jangan pula semuanya dana Malaysia market. letaklah dalam dana global sikit (China, USA).
4. Baca Fund Fact Sheet
Rajinkan diri untuk baca secara terperinci isi kandungan dalam Fund Fact Sheet (FFS) terlebih dahulu. Apabila anda telah baca, anda boleh nampak syarikat manakah yang bersesuaian untuk anda melabur.
Dalam pelaburan Unit Trust, sama macam saham, tiada apa yang pasti. Prestasi semasa tidak menjamin prestasi pada masa akan datang. Namun begitu, jangan membabi buta memilih dana, dapatkan juga past performance data – berapakah pulangan sepanjang 3 / 5 / 10 tahun lepas.
Selalunya ramai akan percaya saja cakap ejen tetapi tak buat homework sendiri.
5. Padankan Matlamat Dengan Dana
Jika anda inginkan tempoh yang pendek dengan risiko yang rendah, pastinya ia sangat tidak bersesuaian.
Dalam pelaburan, tiada tempoh masa jangka pendek jika anda ingin lihat kadar keuntungannya. Ini kerana, pelaburan sentiasa ada turun dan naiknya.
6. Timing
Bila sudah jumpa dana yang nampak bagus, anda kena tahu juga bila masa paling sesuai nak masuk melabur. Logiknya waktu harga murah paling sesuai. Kalau harga unit dah tinggi boleh labur juga ke? Boleh, tapi lambat sikitlah nak untungnya.










