Derivatif Patuh Syariah?

Kebanyakan daripada kita dah kenal dengan pasaran saham. Tetapi apabila disebut mengenai derivatif, memang tidak ramai yang tahu. Mungkin dalam artikel lain kami akan berkongsi contoh-contoh mudah untuk difahami.

Sebelum itu, akhir-akhir ini semakin banyak isu berkaitan halal atau haram produk-produk derivatif seperti Forward, Future, Options, Swap, ETF dan CFD.

Nampaknya ramai orang kita yang suka main ‘terjah’ dulu, belajar halal haramnya kemudian.

Alhamdulillah Datuk Dr Mohd Daud Bakar, cendekiawan atau figura syariah dunia merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sudi berkongsi panjang lebar dalam LIVE video beliau.

Semoga selepas ini kita semua akan lebih jelas.

Bahagian I

Sesi ini akan melihat posisi hukum Syariah dalam semua produk derivatif seperti Forward, Future, Option, Swap, ETF, CFD

Derivatif Patuh Syariah ? ( Bahagian Pertama)

Sesi ini akan melihat posisi hukum Syariah dalam semua produk derivatif seperti Forward, Future, Option, Swap, ETF, CFD, etc.

Posted by Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah on Khamis, 2 April 2020

Bahagian II

Di samping melihat isu opsyen, sesi ini akan melihat isu intraday selling, short sale, arbitrage, speculation, forward Forex, CFD, Future patuh Syariah, Swap dan Teori Pengurusan risiko yang moden di kurun 21 Masihi

Derivatif Patuh Syariah Bahagian Kedua

Di samping melihat isu opsyen, sesi ini akan melihat isu intraday selling, short sale, arbitrage, speculation, forward Forex, CFD, Future patuh Syariah, Swap dan Teori Pengurusan risiko yang moden di kurun 21 Masihi

Posted by Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah on Jumaat, 3 April 2020

Bahagian III

Sambungan Speculation, Forward Forex, Future Patuh Shariah dan Swap

Derivatif Patuh Syariah Bahagian III

Speculation, Forward Forex, Future Patuh Shariah dan Swap

Posted by Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah on Sabtu, 4 April 2020

Bahagian IV

Sambungan Swap, CFD, ASB dan Pelaburan Emas

Derivatif Patuh Syariah – Bhg IV

Swap, CFD, ASB dan Pelaburan Emas

Posted by Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah on Selasa, 7 April 2020

Bahagian V

ETF dan Pelaburan Berasaskan Emas

Derivatif Patuh Syariah Bahagian V

ETF dan Pelaburan Berasaskan Emas

Posted by Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah on Rabu, 8 April 2020

Baca juga: Pengenalan Kepada Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold