Sana-sini orang bercerita tentang peluang kembangkan duit secara sah di pasaran saham Bursa Malaysia? Mesti anda dah bersemangat nak buka akaun saham (CDS) kan?
Oh ya, tiada had untuk buka berapa banyak pun akaun CDS. Pada pandangan kami, setiap broker atau Bank Pelaburan ada kelebihan masing-masing, jadi susah juga beri jawapan broker mana yang terbaik.
Jika anda berminat menggunakan platform Maybank2U semasa nak jual beli saham di Bursa Malaysia, kenalah buka akaun saham dengan Maybank Investment (bukan cawangan Maybank biasa tu).
Boleh juga muat turun borang CDS siap-siap di laman web Bursa Malaysia.
Ikut panduan bergambar seperti di bawah:
Ini hanya contoh cawangan Maybank Investment Bank. Senarai penuh boleh lihat di sini.
Brokerage Fee bagi Maybank:
0.42% jika transaksi < RM100,000
0.42% jika transaksi > RM100,000
Intraday pula adalah 0.15%
Dah ada akaun saham barulah boleh beli saham syarikat-syarikat gergasi seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO, POS, NESTLE, MR DIY, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, DIGI, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, MY EG, DRB-HICOM dan banyak lagi secara online.
Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Beli Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Apabila dh buka CDS & trading account, jika nk buat sendiri trading (jual/beli) tanpa melalui remiser bolehkan dan tidak perlu membayar apa2 fee kepada remiser or hanya certain fee saja?
Tidak perlu deposit. Kos buka akaun hanya RM10.60 sahaja. Jika buka CDS dengan RHB Investment Bank, dia akan datang bersama dengan platform RHB Tradesmart. Kemudian guna platform ini untuk beli dan jual saham-saham dekat Bursa Malaysia
saya ingin buka akaun cds.. boleh syorkan di bank mana yg brokernya lebih baik atau ramah..sebab saya masih zero dlm hal ni..ingin melabur dlm masa yg sama ingin benar2 belajar
Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.
Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.
1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade
Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX). Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.
Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.
2. Akaun & Dokumen Diperlukan
Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia. Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian. Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.
3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX
Kadar brokerage online:
Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
Brokerage minimum: IDR185,000
Kadar brokerage offline:
Semua nilai kontrak → 0.70%
Brokerage minimum: IDR200,000
4. Caj Tambahan Lain
Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:
Jenis Caj
Kadar / Amaun
Bank Charges
RM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp
0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy
0.0433%
Value Added Tax (VAT)
0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)
0.1%
5. Dividen Saham Indonesia
Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee. Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10. Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.
6. Status Saham Patuh Syariah
Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade. Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.
7. Data Pasaran IDX
Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit. Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.
8. Deposit Minimum
Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX. Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil dan berkembang secara berperingkat.
9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang
Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:
MYR, atau
IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.
Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.
Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR. Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.
10. Tempoh Settlement
Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.
Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)
Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk diversifikasi portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:
1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN
Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.
2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar
Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.
3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti
IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Bank Central Asia (BCA), Telkom Indonesia, dan Unilever Indonesia antara nama besar dengan asas kewangan yang stabil.
4. Diversifikasi Portfolio
Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.
5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal
Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik. Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.
Cara bukak cds untuk bsn mcm mn yer?
BSN tak boleh buka CDS. Boleh cub abuka online
Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere
https://www.majalahlabur.com/saham/tutorial-buka-akaun-cds-secara-online-guna-aplikasi-bursa-anywhere/
saya dah pergi buka akaun cds d menara maybank 2 minggu lepas. Dia ckp tunggu 1 bulan baru dapat email dari maybank. betul ke?
Salam. Maybank H.O.T Broking sama ke dia punya brokerage fees ke lagi tinggi? Kalau beza, berapa bezanya ya?
Apabila dh buka CDS & trading account, jika nk buat sendiri trading (jual/beli) tanpa melalui remiser bolehkan dan tidak perlu membayar apa2 fee kepada remiser or hanya certain fee saja?
Memang boleh jual beli sendiri tetapi brokerage fee (broker ni syarikat remisier bekerja) tetap ada. Jangan risau, minimum saja kos ni
penjawat awam boleh ke buka akaun CDS ni?
Ya boleh, tiada masalah.
saya nak buka akaun CDS tapi saya tak tahu macam mana nak.mula kan
hi, saya nak buka CDS account. tapi xda broker yang berdekatan. bank biasa ada lah? ada cara lain untuk buka CDS?
Berapa deposit nak buka akaun CDS,kalau dah buka akaun CDS bole ke main Saham kat mana2 syarikat Bursa Saham..??
Tidak perlu deposit. Kos buka akaun hanya RM10.60 sahaja. Jika buka CDS dengan RHB Investment Bank, dia akan datang bersama dengan platform RHB Tradesmart. Kemudian guna platform ini untuk beli dan jual saham-saham dekat Bursa Malaysia
saya ingin buka akaun cds.. boleh syorkan di bank mana yg brokernya lebih baik atau ramah..sebab saya masih zero dlm hal ni..ingin melabur dlm masa yg sama ingin benar2 belajar
Salam.. Untuk membuka akaun cds maybank perlu membuka akaun biasa maybank dahulu ke… Sebab saya belum buka akaun maybank
Ya perlu ke cawangan Maybank Investment
boleh ke saya buka akaun cds pada hari yang sama saya buka akaun biasa di maybank
Boleh. Nak buka akaun CDS dengan Maybank Investment tak semestinya kena ada akaun simpanan Maybank.