Ilmu Teknikal Analisis: Reversal Bearish Tweezer Top

Kepada pelabur saham, Reversal Candlestick merupakan perkara yang tidak asing lagi untuk mereka gunakan apabila mengkaji dan menganalisis carta sesuatu saham. Antara Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-

  • Bullish/bearish engulfing
  • Morning star/evening star
  • Bullish/bearish harami

Artikel kali ini, kita akan mengulas tentang satu Reversal Candlestick yang jarang didendang. Reversal Candlestick tersebut adalah Tweezer Top dan Tweezer Bottom. 

Reversal Candlestick ini terbentuk daripada dua batang candlestick seperti gambar di atas. Tweezer Top merupakan Bearish Candlestick Pattern manakala Tweezer Bottom merupakan Bullish Candlestick Pattern. 

Bagi Tweezer Top Pattern, candlestick pertama adalah candlestick hijau yang ditutup tinggi pada hari berikut. Candlestick seterusnya dibuka sama tinggi dengan candlestick hijau hari sebelumnya kemudian jatuh lebih rendah berbanding harga pembukaan candlestick hijau pada hari sebelumnya. 

Tweezer Bottom pula merupakan Bullish Candlestick Pattern. Corak candlestick ini terbentuk apabila candlestick pertama berwarna merah panjang dan disusuli dengan candlestick hijau yang dibuka pada harga yang sama dengan harga penutupan hari sebelumnya. 

Untuk artikel kali ini, kita akan melihat contoh carta saham yang ada signal jualan apabila munculnya reversal Tweezer Top.

Tweezer Top Di Carta Time Dotcom

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan carta di atas, harga saham ini mulanya berada dalam bullish dengan kenaikan harga yang terus menerus. 

Apabila munculnya Tweezer Top seperti yang dibulatkan pada carta di atas, harga saham yang sebelumnya naik mula membuat penurunan harga atau pullback

Tweezer Top Di Carta Sedania Innovator

Sumber: TradingView

Sama seperti carta pertama tadi, carta saham Sedania Innovator ini sedang membuat kenaikan harga pada penghujung bulan November 2022, namun selepas munculnya candlestick Tweezer Top ini, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan meneruskan kejatuhan harga pada hari-hari berikutnya. 

Tweezer Top Pada Carta Reservoir Link Energy

Sumber: TradingView

Sama seperti dengan dua carta di atas, harga saham sedang berada di fasa bullish sebelum munculnya reversal Tweezer Top seperti yang dibulatkan di atas. 

Selepas reversal Tweezer Top, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan disambung dengan penurunan harga pada hari-hari berikutnya. 

Kesimpulan Tentang Tweezer Top  Pattern

Tweezer Top dan Tweezer Bottom ini adalah salah satu Reversal Pattern Candlestick yang ada dalam dunia pelaburan saham. 

Kewujudan pattern ini boleh dijadikan signal belian ataupun signal jualan sesuatu saham kepada pedagang saham. 

Signal ini juga tidak semestinya dijamin terjadi kerana pasaran saham ini sangat volatile dan ingat, bahawa “market” ini bukan kita yang punya. Jangan cuba melawan pasaran. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda. 

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Previous ArticleNext Article

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, KNM berkata ia memutuskan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan penyahsenaraian itu dan telah mengemukakan makluman rasmi kepada Bursa Malaysia Securities.

“Susulan itu, syarikat akur dengan keputusannya. Berikutan itu, KNM akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities berkuatkuasa mulai 5 November,” katanya.

KNM telah memeterai beberapa perjanjian jual beli (SPA) bagi pelupusan aset bukan teras atau yang kurang berprestasi dalam usaha mengurangkan beban kewangan selain untuk memperkemas operasinya.

Menurut syarikat itu, kejayaan menyelesaikan SPA berkenaan adalah penting dalam usaha menstabilkan kewangan dan tempoh di bawah pengawalseliaan bagi meneruskan rayuan itu boleh menjejaskan jadual SPA terbabit.

KNM berkata bersandarkan rekod prestasinya selama 35 tahun dan kehadiran kukuh dalam industri pembuatan peralatan pemprosesan, Lembaga Pengarah yakin modal kerja sebanyak RM100 juta yang dikekalkan akan membolehkan syarikat membangunkan dan memperkukuh semula operasi.

“Lembaga Pengarah akan menumpukan aspek pemulihan operasi dan kewangan kumpulan. Apabila kedudukan kewangan syarikat pulih dan pada masa sewajarnya, pihak Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan penyenaraian semula KNM, tertakluk kepada prestasi kewangan dan kelulusan yang ditetapkan,” katanya.

Saham-saham KNM diniagakan pada setengah sen setakat hari ini.
— BERNAMA