Pentingnya Simpanan Waktu Sakit

Bulan 12 nanti kami akan telefon semula. Sekarang ni belum ada kekosongan. Kalau dah ada kekosongan nanti, hospital akan beritahu semula.

Pernah tak alami situasi macam ni? Kalau bukan kita sendiri yang alami, mungkin ahli keluarga kita ataupun kawan kita pernah alami.

Ahli keluarga saya pernah ada pengalaman macam ni. Ditakdirkan Allah, salah seorang ahli keluarga saya ada batu dalam hempedu.

Ya, kalau kita fikir logik, memang tak susah sama sekali. Buat pembedahan sahaja dah selesai masalah.

Tapi, yang menjadi masalahnya adalah tidak semua hospital mempunyai kemudahan yang cukup untuk pembedahan sesuatu kes. Macam kes keluarga saya ini, hospital daerah tidak boleh menjalankan pembedahan. Jadi, pihak hospital berhubung terus dengan hospital besar negeri untuk selesaikan kes ini.

Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila keluarga saya perlu menunggu giliran untuk dibedah. Waktu itu, memang dah sakit teruk. Bertahan dengan ubat yang doktor bagi sahaja.

Keputusan sebulat suara diambil untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Kita sedia maklum kalau hospital swasta ini memang tidak perlu tunggu giliran. Ada duit, semuanya selesai.

Di sini, ingin tekankan betapa pentingnya kita ada simpanan untuk sakit. Kita tidak tahu bila kita akan sakit. Kita juga tidak tahu bila masanya keluarga kita akan sakit.

Dengan adanya simpanan sewaktu sakit, sekurang kurangnya, hilanglah sedikit beban. Sekurang-kurangnya jika kes penyakit yang memerlukan rawatan dengan segera, kita tidak perlu lagi menunggu giliran untuk dirawat. Alangkah indahnya jika penyakit kita hilang dengan cepat.

Oleh itu, bagaimana caranya untuk membuat simpanan ketika waktu sakit? Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk anda.

1. Asingkan 5% Ke 10% Setiap Bulan

Pertama, kita perlu asingkan 5% atau 10% gaji yang kita dapat. Gaji yang telah diasingkan itu pastikan jangan digunakan sama sekali. Kalau perlu, buka satu akaun bank khas untuk simpanan waktu sakit ni.

Kenapa perlu untuk membuka akaun lain? Sebabnya, kalau kita campurkan simpanan waktu sakit ini dengan simpanan kita yang biasa, sudah pastinya duit tersebut akan terguna. Jadi, dengan adanya akaun khas ini, kita tidak akan usik duit itu.

2. Kad Perubatan (Medical Card)

Kedua, buatlah kad perubatan atau medical card. Medical card ini sangat perlu untuk semua orang.

Kenapa? Sebab, tidak semua orang betul-betul berdisiplin mengasingkan duit gaji untuk simpanan waktu sakit.

Tambahan pula, berapa banyak simpanan yang kita dapat kumpul dalam waktu yang singkat? Ia lebih memudahkan kita ketika berada dalam keadaan yang terdesak dan amat memerlukan. Jangan tunggu dah sakit baru hendak baru hendak bertindak.

Kesimpulannya, kita memang memerlukan persiapan menghadapi waktu sakit. Anda boleh gunakan dua tips ini jika ianya bermanfaat.

Duit boleh dicari, namun nyawa, tiada harganya. Memang jika sudah ajal, tiada apa yang mampu menghalang. Namun, Allah juga menyuruh kita untuk berusaha. Jadi, buatlah keputusan yang bijak.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Fokus Bina Semula Simpanan Pencarum Selepas RM145 Bilion Dikeluarkan – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha membina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan menerusi empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.


Beliau berkata pengeluaran tersebut melibatkan 8.2 juta pencarum melalui i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas.


“Oleh itu, tumpuan kini diberikan untuk mengukuhkan semula simpanan persaraan dan memastikan ahli menikmati pendapatan persaraan yang mampan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd Hasbi Muda yang ingin mengetahui sama ada pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menghadapi usia pencen mereka.


Amir Hamzah berkata kerajaan juga tidak berhasrat memperkenalkan pengeluaran baharu memandangkan struktur akaun KWSP telah dirombak semula dengan mewujudkan Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 serta Akaun 3 bersifat fleksibel bagi pengeluaran untuk kecemasan.


Katanya KWSP juga sedang meneliti cadangan memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan untuk ahli baharu yang dijangka diluluskan dalam tempoh beberapa tahun akan datang manakala pencarum sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada skim tersebut.

“Skim ini masih dalam penelitian dan akan diluluskan mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi. Pencarum sedia ada boleh memilih untuk berganjak kepada skim ini,” katanya.
— BERNAMA