Perlu Ke Ambil Pelan Takaful Walaupun Sedang Sakit?

“Dah sakit baru terdetik nak ambil polisi takaful?”
“Masih boleh dapat ke pelan perlindungan takaful ni?”

Anda ada terlihat atau mengalami sendiri situasi sebegini? Masa sihat, buat-buat tak nampak keperluan Takaful, tapi bila dah sakit baru terasa bebannya?

Nak jumpa ejen Takaful untuk ambil pelan perlindungan, dah terang lagi bersuluh comfirm kena reject. Macam mana?

Kalau bernasib baik diterima permohonan untuk buat pelan perlindungan sekalipun, terpaksa tempoh satu proses yang panjang ditambah lagi dengan caruman bulanan yang mahal.

Persoalannya di sini, masih perlu lagi ke ambil pelan perlindungan takaful meskipun dah ada penyakit masa tu?

Jom lihat jawapannya di bawah.

Manfaat Pampasan Kematian

Walaupun keadaan kita dah sakir, jangan dilupa kepentingan keluarga setelah ketiadaan kita nanti. Kebiasaanya, manfaat pampasan kematian ini masih mendapat kelulusan oleh pihak syarikat takaful meskipun kita sedang menghadapi penyakit.

Jadinya, tidak salah untuk anda dapatkan pelan prrlindungan walaupun sedang sakit. Ini kerana anda masih berisiko dan terdedah untuk berhadapan dengan risiko kematian selain daripada penyakit yang sedang dihidapi.

Kerana kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, sekurang-kurangnya sudah tersedia duit pampasan untuk keluarga yang tercinta.

Masih Banyak Lagi Penyakit

Penyakit ini datang tanpa sebarang tanda-tanda awal. Mana tahu, sedang kita bertarung dengan satu penyakit, datang pula penyakit yang lain (nauzubillah).

Kemungkinan sentiasa ada untuk mendapat risiko penyakit yang lain.
Dengan adanya kad perubatan, anda tak perlu mengeluarkan duit simpanan sendiri.

Kemungkinan untuk berhadapan dengan kesulitan ketika memohon kad perubatan sewaktu anda sedang sakit memang tidak dinafikan. Boleh jadi juga, permohonan tersebit ditolak sekaligus tidak diluluskan.

Namun, anda masih boleh mencuba untuk memohon. Selagi tidak cuba, selagi itu anda tidak tahu sama ada permohonan boleh diluluskan ataupun tidak.

Itu sebabnya perlu untuk anda menyenaraikan segala jenis penyakit sedia ada kepada pihak ejen takaful agar anda sendiri tidak perku berhadapan dengan sebarang maslah yang tidak diingini pada masa akan datang.

Ada juga penyakit yang pulih selepas beberapa ketika kita menghidapinya, maka rajin-rajinlah buat pemeriksaan perubatan setiap 6 bulan atau setahun sekali.

Memiliki polisi takaful boleh jimatkan perbelanjaan yang tak diduga. Kalau sakit, kos perubatan tak perlu usik duit simpanan. Sediakan payung sebelum hujan dengan Takaful. Jangan kecam, kami bukan ejen Takaful.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.