Jika anda seorang yangh berpengalaman dan melihat ada kekurangan dalam artikel ini mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Teruskan usaha kita untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
“Bro..Apa dan berapa kos-kos lain yang kena standby masa nak beli rumah ni?”
Soalan ini sering ditanya. Kami ingin bantu anda untuk merungkai masalah ini bagi memenuhi cita-cita anda untuk memiliki rumah. Jangan jadikan alasan seperti “Tak ada modal nak beli, nak bayar deposit pun tak lepas.” Usaha kuat sikit lagi. Cita-cita untuk beli rumah pasti jadi kenyataan.
3 Kos Utama Nak Beli Rumah
Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah fahamkan dulu cara pengiraan untuk mengetahui modal yang diperlukan. Ada 3 kos lain yang perlu kita perlu sediakan:
1. Deposit
Deposit atau wang pendahuluan. Kebiasaanya kita perlu sediakan 10% daripada harga jualan.
2. Lawyer Fee
Yuran guaman bagi urusan jual beli dan pindah milik hartanah.
3. Stamp Duty
Duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949. “Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah.”
Dah sedia, jom mula!
Contoh Kes Beli Rumah Harga RM350,000
Neelofa (bukan nama sebenar) berminat untuk membeli sebuah rumah berharga RM350,000. Berapakah jumlah modal yang Neelofa perlu sediakan? Bantu Neelofa untuk buat pengiraan.
1. Deposit
Deposit 10% daripada harga rumah.
Maka 350,000 x 10% = RM35,000
Cara pembayaran
Pemaju rumah
Ejen hartanah
Semasa booking
3%
3.18%
350,000 * 3% = 10,500
350,000 * 3.18% = 11,130
Selepas 14 hari booking, baki dibayar semasa menandatangai sale & purchase agreement (SPA).
7%
6.82%
350,000 * 7% = 24,500
350,000 * 6.82% = 23,870
*Tiada beza daripada segi deposit samada kita beli rumah daripada pemaju atau daripada ejen hartanah.
2. Lawyer Fee
Harga Rumah
Kadar Bayaran
150,000 pertama
850,000 seterusnya
2,000,000 seterusnya
2,000,000 seterusnya
2,500,000 seterusnya
Selebihnya
1 %
0.7%
0.6%
0.5%
0.4%
0.3%
3. Stamp Duty
Harga rumah
Kadar Bayaran
100,000 pertama
400,000 seterusnya
Selebihnya
1%
2%
3%
Untuk pembelian rumah pertama, kita layak mendapat diskaun stamp duty sebanyak 50%.
6,000 * 50% = RM3,000
Jumlah Keseluruhan
Deposit + Lawyer Fee + Stamp Duty
35,000 + 2,900 + 3,000 = RM40,900
Atau 11.68% Daripada Harga Rumah Yang Bernilai RM350,000.
Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Sebagai Modal Untuk Beli Rumah?
Jawapannya boleh.
Jika kita dah bekerja selama 4 tahun ke atas, pasti kita mempunyai sejumlah simpanan di Akaun 2 KWSP. Jumlah yang ada tu bolehlah dikeluarkan sebagai modal untuk membeli rumah. Bila kali terakhir anda periksa jumlah yang terkumpul dalam Akaun 2 KWSP?
Lepas ni bolehlah ke mana-mana cawangan KWSP atau kiosk KWSP untuk menyemak simpanan kita. Sekiranya kita tekad untuk gunakan duit KWSP, dapatkan borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form, kemudian hantar bersama dokumen sokongan lain untuk memohon.
2 dokumen sokongan yang perlu sediakan adalah SPA (Sales and Purchase Agreement) dan Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Housing Loan Approval Letter), atau Loan Facility Agreement.
Sekarang anda dah tahu kan banyak mana modal yang diperlukan? Jom kita berusaha untuk beli rumah pertama!
IOI Properties Group Bhd (IOIPG) secara rasmi memulakan langkah besar dalam pasaran modal dengan mencadangkan penyenaraian IOI REIT di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dengan penilaian aset mencecah RM7.58 bilion, entiti ini bakal menjadi salah satu REIT terbesar di Malaysia, sekali gus mengubah landskap pelaburan hartanah tempatan.
Senang cakap, IOI Properties nak kumpulkan aset-aset “lubuk duit” mereka (seperti mall, hotel dan pejabat) ke dalam satu bakul besar yang dipanggil REIT.
Nilai Aset: RM7.58 bilion
Status: Bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Peluang: Bila disenaraikan nanti, pelabur (termasuk kita) boleh beli unit dalam REIT ini untuk dapatkan dividen hasil daripada kutipan sewa mall dan pejabat mereka
1. Pecahan Portfolio Aset (Retail, Hotel dan Pejabat)
Kekuatan IOI REIT terletak pada kualiti asetnya yang mempunyai kadar penghunian (occupancy rate) yang tinggi dan lokasi strategik. Contohnya bila pergi IOI City Mall Putrajaya pada hujung minggu, nak cari parking pun boleh pening kepala. Itu sebenarnya petanda yang sangat bagus untuk pelabur.
Segmen Retail (Pusat Beli-Belah)
Ini adalah pemacu utama pendapatan bagi IOI REIT:
Nama Aset
Lokasi
Bilangan Kedai (Anggaran)
IOI City Mall
Putrajaya
700+ Unit
IOI Mall Puchong
Puchong
450+ Unit
IOI Mall Kulai
Johor
140+ Unit
Segmen Hospitaliti & Pejabat
Hotel: Termasuk aset berprestasi tinggi seperti Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya dan Palm Garden Hotel.
Pejabat: Menara IOI City (Fasa 1 & 2) yang menempatkan pelbagai penyewa korporat gergasi dan agensi kerajaan.
2. Rasional Strategik: Mengapa IOI REIT Penting?
Langkah IOIPG memisahkan aset-aset ini ke dalam REIT mempunyai objektif kewangan yang jelas:
Pencairan nilai: Memberi nilai pasaran yang jelas kepada aset hartanah pelaburan IOIPG yang selama ini “tersembunyi” dalam kunci kira-kira syarikat induk.
Struktur modal yang lebih ‘ringan’: Hasil daripada penyenaraian ini boleh digunakan untuk mengurangkan hutang korporat atau membiayai projek pembangunan baharu (seperti IOI Central Boulevard di Singapura).
Dividen konsisten: Sebagai REIT, entiti ini diwajibkan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan boleh agih sebagai dividen kepada pemegang unit, menjadikannya pilihan utama pelabur yang mencaripendapatan pasif.
3. Peluang Pelaburan
Nak buka kedai sendiri dalam mall? Fuh, modal bukan sikit. Deposit saja dah boleh beli sebiji kereta, belum kira stok barang dan gaji pekerja lagi. Memang nampak mustahil untuk orang biasa macam kita.
IOI Properties akan membuka ruang buat kita semua untuk ‘tumpang sekaki’ dalam kejayaan aset mereka. Melalui IOI REIT, anda tidak perlu menunggu jadi jutawan untuk memiliki hartanah sendiri; anda boleh mula membina portfolio ‘tuan tanah’ anda sendiri dengan unit-unit REIT yang sah dan dikawal selia. Juga tak perlu pusing kepala fikir nak jual barang apa, tak perlu upah pekerja dan tak perlu risau kedai laku ke tidak.
1. Bila anda melabur dalam IOI REIT, secara tak langsung penyewa anda adalah jenama-jenama besar dunia yang ada dalam mall tersebut. Mereka ni jarang culas bayar sewa.
2. Bayangkan anda tengah tidur atau tengah bercuti, tapi 700+ kedai di IOI City Mall dan 450+ kedai di IOI Mall Puchong tetap “bekerja” untuk anda. Pada tahun 2025 sahaja, hasil tempat letak kereta daripada aset-aset IOI menyumbang sebanyak RM64.7 juta. Setiap sen sewa yang mereka bayar kepada IOI, sebahagiannya akan diagihkan kepada anda sebagai dividen.
3. Tak perlu RM1 juta dalam bank. Dengan modal serendah beberapa ratus ringgit (harga beberapa unit saham REIT), anda sudah boleh mula membina portfolio hartanah pelaburan sendiri. Anda tambah unit sikit demi sikit setiap bulan, lama-lama jumlah sewa yang anda terima pun makin tebal.
Status Syariah
Untuk melayakkan sesebuah REIT itu mendapat status patuh Syariah, pendapatan daripada penyewa yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah (seperti bank konvensional, penjualan minuman keras atau insurans konvensional) mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah pendapatan kasar REIT tersebut.
Mereka memiliki banyak hotel (Marriott, Le Méridien) yang biasanya mempunyai jualan alkohol atau pusat hiburan. Jika pendapatan dari bahagian ini terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan status syariah.
Kita perlu menunggu prospektus rasmi dikeluarkan nanti. Dalam dokumen itu nanti, akan ada ruangan khas yang menyatakan sama ada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penyenaraian ini sebagai Islamic REIT atau tidak.
Setakat ini, pasaran kita sudah ada beberapa REIT gergasi yang berstatus tidak patuh Syariah disebabkan komposisi penyewa mereka seperti:
IGB REIT (Mid Valley/The Gardens)
Pavilion REIT
Sunway REIT (Walaupun mereka ada banyak instrumen Islam, status induk masih konvensional atas faktor hotel/pub).
Kalau IOI berjaya jadikan REIT ini patuh Syariah, ia akan jadi “game changer” sebab dana-dana Islam yang besar akan masuk melabur secara agresif.
Sabar dulu, IOI REIT ni masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Sekuriti. Anggaplah fasa menunggu ini sebagai waktu terbaik untuk anda mengkaji prestasi mall-mall mereka. Boleh rujuk laporan tahunan IOI Properties.
Risiko Yang Perlu Diperhatikan
Pelabur yang bijak tidak hanya melihat pada potensi keuntungan, tetapi juga perlu realistik dengan cabaran semasa. Ada dua faktor besar yang bakal menguji daya tahan IOI REIT:
Kuasa beli menurun: Kalau ekonomi gawat atau orang mula berjimat, jualan kedai mungkin akan terkesan.
Krisis tenaga: Menguruskan mall berkeluasan berjuta kaki persegi memerlukan penggunaan tenaga yang sangat besar. Isu tenaga global dan kenaikan tarif elektrik merupakan risiko yang boleh menipiskan margin keuntungan bersih.
Saingan E-Commerce: Walaupun “budaya mall” sangat kuat di Malaysia, saingan daripada platform atas talian tetap ada. Strategi IOI untuk menggabungkan elemen pengalaman (seperti taman tema indoor dan gelanggang ais) adalah kunci untuk memastikan mall mereka kekal relevan dan tidak hanya bergantung kepada jualan barangan fizikal semata-mata.
Syarat untuk membeli REIT adalah sama seperti anda membeli saham syarikat di Bursa Malaysia.
Berikut adalah syarat-syarat asas yang anda perlukan:
1. Mempunyai Akaun CDS & Akaun Trading
Mestilah berumur 18 tahun ke atas
Akaun CDS (Central Depository System): Tempat untuk simpan “geran” digital unit REIT anda.
Akaun Trading: Akaun dengan syarikat broker (seperti CGSI, M+ Online, Webull) untuk urusan jual-beli.
2. Mempunyai Modal Pelaburan
Minimum belian: 1 lot bersamaan 100 unit.
Contoh modal: Jika harga 1 unit REIT ialah RM1.00, maka modal minimum anda adalah RM100 (tak termasuk caj broker/stamping).
Penafian : Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!