Permintaan Emas Ditingkatkan oleh Bank-bank Pusat dan ETF pada Suku Pertama, Dedah World Gold Council

LONDON, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ — Permintaan terhadap emas dunia bertambah kepada 1,053.3t pada suku pertama tahun 2019, meningkat 7% pada tempoh yang sama tahun lalu, menurut laporan Trend Permintaan Emas terkini oleh World Gold Council. Peningkatan berbanding tahun sebelumnya ini sebahagian besarnya adalah lantaran pertumbuhan berterusan dalam pembelian bank pusat selain pertumbuhan dalam dana dagangan bursa (ETF) yang disokong oleh emas.

Bank-bank pusat membeli 145.5t emas pada suku pertama, meningkat 68% pada tempoh yang sama tahun 2018 dan menonjolkan permulaan paling kukuh kepada tahun sejak tahun 2013. Pempelbagaian dan keinginan terhadap aset-aset yang selamat dan cair sekali lagi menjadi pendorong utama pembelian. Menurut empat suku tahun berturut-turut, pembelian emas mencapai nilai tinggi yang mencatat rekod untuk siri kami iaitu 715.7t.

Permintaan terhadap barang kemas pada suku pertama meningkat 1% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, pada nilai 530.3t, yang dirangsang oleh India. Harga emas rupee tempatan yang lebih rendah pada penghujung Februari dan awal Mac bertepatan dengan musim perkahwinan pembelian emas tradisional, meningkatkan permintaan barangan kemas di India kepada 125.4t, satu peningkatan sebanyak 5% pada tempoh yang sama tahun lalu dan suku pertama tertinggi sejak tahun 2015.

ETF dan produk-produk serupa menambah 40.3t pada suku pertama, meningkat 49% pada tahun lalu. Dana-dana yang disenaraikan di AS dan Eropah mendapat manfaat daripada aliran masuk terbesar, meskipun AS lebih tidak menentu manakala Eropah dirangsang oleh ketidakstabilan geopolitik yang berterusan.

Pelaburan bar dan syiling menurun sedikit, iaitu turun 1% kepada 257.8t. Hal ini semata-mata lantaran penurunan permintaan terhadap bar emas, memandangkan pembelian syiling emas rasmi meningkat 12% kepada 56.1t. China dan Jepun merupakan penyumbang utama kepada penurunan berkenaan: di Jepun, pelaburan bersih bertukar negatif terhadap pengambilan keuntungan susulan lonjakan harga tempatan pada Februari.

Emas digunakan dalam aplikasi-aplikasi seperti barangan elektronik, produk tanpa wayar dan lampu LED jatuh 3% kepada 79.3t. Pergeseran perdagangan, jualan lembap barangan elektronik pengguna dan halangan ekonomi global melanda sektor teknologi.

Alistair Hewitt, Ketua Bahagian Perisikan Pasaran di World Gold Council, mengulas:

“Permulaan tahun 2019 menyaksikan pemulihan mendadak dalam sentimen pelabur untuk pasaran ekuiti dan hutang, namun keinginan terhadap emas kekal kukuh. Pada suku pertama, bank-bank pusat terus meningkatkan pemegangan mereka kepada emas, manakala ETF turut menyaksikan peningkatan dalam aliran masuk dibandingkan dengan suku pertama tahun 2018. Pelaburan Eropah dalam ETF mencecah nilai tinggi yang mencatat rekod dan angka-angka pada suku tahun ini mencadangkan bahawa faktor-faktor yang memacu pelaburan – hasil negatif daripada hutang berdaulat Eurozone, ketidaktentuan geopolitik dan turun naik pasaran kewangan – akan terus merangsang permintaan pelaburan. Selain itu, bank-bank pusat di kedua-dua belah Atlantik yang menyebabkan pengetatan dasar monetari ditangguhkan – dan berpotensi memberi kelonggaran – berkemungkinan memberi sokongan kepada emas.”

Jumlah bekalan emas tidak banyak berubah dalam suku pertama iaitu pada 1,150t. Pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran lombong dan kitar semula telah diimbangi oleh penurunan lindung nilai bersih. Kadar pengeluaran lombong dan kitar semula menyaksikan kenaikan kecil berbanding suku pertama tahun 2018, masing-masing meningkat kepada 852.4t dan 287.6t.

Penemuan penting yang disertakan dalam laporan Trend Permintaan Emas Suku Pertama 2019 adalah seperti berikut:

  • Permintaan keseluruhan adalah sebanyak 1,053.3t, meningkat 7% berbanding 984.2t pada suku pertama tahun 2018
  • Jumlah permintaan pengguna tidak berubah pada 788.1t, berbanding 788.6t pada tempoh yang sama tahun lalu
  • Jumlah permintaan pelaburan meningkat 3% kepada 298.1t, berbanding 288.4t pada suku pertama tahun 2018
  • Permintaan barang kemas global meningkat 1% kepada 530.3t, meningkat daripada 527.3t pada tempoh yang sama tahun 2018
  • Permintaan bank pusat meningkat sebanyak 68% kepada 145.5t berbanding 86.7t pada suku pertama tahun 2018
  • Permintaan dalam sektor teknologi menurun sebanyak 3% kepada 79.3t, berbanding 81.8t pada suku pertama tahun 2018
  • Jumlah bekalan hampir tidak berubah pada 1,150t, menurun sedikit daripada 1,153.1t pada tempoh yang sama tahun lalu
  • Kitar semula meningkat 5% pada 287.6t, berbanding 274.6t pada suku pertama tahun 2018

Laporan Trend Permintaan Emas Suku Pertama 2019, yang melibatkan data komprehensif yang disediakan oleh Metals Focus, boleh dilihat di http://www.gold.org/research/gold-demand-trends serta aplikasi iOS dan Android kami. Data Trend Permintaan Emas juga boleh diterokai menggunakan alat carta interaktif kami http://www.gold.org/data/gold-supply-and-demand/gold-market-chart.

Anda boleh mengikuti World Gold Council di Twitter melalui @goldcouncil dan klik Suka di Facebook . 

World Gold Council

World Gold Council ialah organisasi pembangunan pasaran untuk industri emas. Matlamat kami adalah untuk merangsang dan mengekalkan permintaan terhadap emas, menyediakan kepimpinan industri dan menjadi pakar bertaraf global untuk pasaran emas.

Kami membangunkan penyelesaian, perkhidmatan dan produk yang disokong oleh emas, berdasarkan pemahaman pasaran yang berwibawa dan kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk menjadikan idea kami suatu kenyataan. Hasilnya, kami mewujudkan perubahan struktur dalam permintaan terhadap emas merentas sektor-sektor pasaran utama. Kami memberi pandangan kepada pasaran-pasaran emas antarabangsa, membantu orang ramai memahami kualiti pemeliharaan kekayaan emas dan peranannya dalam memenuhi keperluan sosial dan persekitaran masyarakat.

Keahlian dalam World Gold Council melibatkan syarikat-syarikat perlombongan emas yang terkemuka dan paling berpandangan jauh di dunia.

Sumber: World Gold Council

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.