Pakar Bisnes Ini Kongsi 5 Cara Mudah Untuk Lulus Pembiayaan Rumah

Data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menunjukkan kadar pinjaman perumahan yang lulus menurun pada Januari hingga Jun 2019 pada 74.6% berbanding 76% pada tahun 2014 hingga tahun 2018.

Data ini sudah cukup menunjukkan sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang masih bertarung untuk memiliki rumah sendiri.

Baca : Kadar Pinjaman Rumah Lulus Menurun, Ini 4 Puncanya

Tiada orang yang mengimpikan untuk terus menyewa selama-lamanya dan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera juga masih lagi rendah berbanding kaum Cina dan India.

Apa gunanya memperjuangkan ketuanan Melayu dan pelbagai sentimen perkauman sedangkan hakikatnya, nak memiliki sebuah rumah di tanah sendiri pun belum mampu?

Sebenarnya, punca kebanyakan pinjaman rumah tidak diluluskan oleh bank adalah gara-gara pemohon tidak mempunyai ilmu yang tepat.

Baca : 8 Langkah Untuk Beli Rumah Pertama

Jangan pula kita menuding jari kepada pihak bank sekiranya permohonan pinjaman rumah kita gagal. Sebaliknya, ambil tahu sebab kenapa bank tidak luluskan permohonan pinjaman rumah anda.

Artikel kali ini akan kongsikan kepada semua pembaca 5 cara mudah untuk pinjaman rumah anda lulus hasil perkongsian seorang pakar perniagaan.

3 Punca Bank Tidak Luluskan Loan Rumah

Sebelum itu, jom kita lihat 3 punca paling popular kenapa bank tidak luluskan pinjaman rumah anda.

1. Skor Kredit

Rata – rata pemohon pinjaman rumah pernah mempunyai komitmen bank seperti hutang ASB, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit ataupun hutang peribadi.

Baca : Pinjaman Rumah Tak Lulus Sebab Kau Terlalu Muda? Ini Penjelasannya

Kebanyakan pemohon gagal menjalankan tanggungjawab dalam pembayaran balik komitmen bank mengikut waktu yang ditetapkan.

Ada yang terlajak berbulan bulan menyebabkan skor kredit mereka corot. Kesannya, bank melihat pemohon dengan tabiat seperti ini sebagai risiko kerana ketidmampuan membayar hutang mengikut waktu berdasarkan rekod CCRS sedia ada.

2. Pendapatan Tidak Sesuai Dengan Harga Rumah

Ramai pemohon merasakan gaji bulanan RM5,000 melayakkan mereka untuk memohon pinjaman rumah bernilai RM500,000.

Sebenarnya perkara ini adalah sama sekali. Hatta gaji anda RM10,000 sebulan pun belum tentu melayakkan anda membeli rumah RM500,000 sekiranya komitmen bulanan anda adalah tinggi.

Baca : Berapa Kos Perlu Bayar Untuk Hartanah Berharga RM300,000 – RM700,000?

Sebagai pemula, semak kelayakan harga rumah mengikut gaji anda di portal online seperti Ringgitplus, Propertyguru dan iProperty.

3. Dokumen Tidak Lengkap

Majoriti pemohon pinjaman hartanah dari kalangan bekerja sendiri mempunyai masalah ini. Mereka gagal melampirkan dokumen cukai, penyata EPF, dan penyata bank.

Antara syarat bank untuk pemohon yang bekerja sendiri adalah syarikat anda mestilah melebihi tempoh 3 tahun.

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Sila rujuk ejen hartanah atau pegawai bank yang menguruskan urusan jual beli hartanah anda supaya anda mampu sediakan setiap dokumen wajib dan dokumen sokongan yang diperlukan bank.

5 Cara Mudah Lulus Loan Rumah

1. Buat Sedikit Hutang

Langkah pertama adalah dengan membuat sedikit hutang dengan bank atau institusi kewangan swasta seperti hutang motor, hutang kad kredit atau hutang Amanah Saham Nasional.

Boleh sahaja sekiranya anda membeli barang elektrik atau gadget secara online di Lazada atau Shopee dengan menggunakan fasiliti Easy Payment Plan kad kredit. .

Baca : Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi

Ini penting bagi bank melihat anda sebagai seorang yang mempunyai komitmen bayaran bulanan.

2. Jaga Rekod Pinjaman

Selepas anda membuat sedikit hutang, pastikan anda membuat bayaran balik mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh bank.

Baca : 7 Kesilapan Biasa Anda Perlu Elakkan Semasa Memohon Pinjaman Peribadi

Fasa ini sangat penting kerana rekod anda akan disimpan dalam data Bank Negara Malaysia yang dipanggil CCRIS dan mampu diakses 17 bank di Malaysia.

Jangan pula anda sangkut komitmen bulanan dengan Maybank dan anda mohon pinjaman rumah dari CIMB. Tidak akan berhasil sama sekali.

3. Jangan Buat Pinjaman Terlalu Banyak

Debt Service Ratio anda adalah penentu dalam permohonan pembiayaan pinjaman hartanah anda.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji

Jangan gunakan peluang pinjaman terlalu tinggi kerana nisbah DSR yang terlalu tinggi mengurangkan peluang pinjaman hartanah anda untuk lulus.

Cukup sekadar 15% – 30% kadar Debt Service Ratio bulanan anda.

4. Gunakan Separuh Dari Fasiliti Yang Dibenarkan

Jika anda mempunyai fasiliti pinjaman, gunakan 50% daripada apa yang ditawarkan bank. Sekiranya limit card credit anda adalah RM5,000, gunakan RM2,500 sahaja.

Pastikan anda bayar RM2,500 sekiranya anda berhutang RM2,500 dan bukan bayaran minimum dan bayaran mestilah dibuat 21 hari sebelum tempoh pembayaran.

5. Isytihar Cukai

This image has an empty alt attribute; its file name is Pakar-Bisnes-Ini-Kongsi-5-Cara-Mudah-Untuk-Lulus-Loan-Rumah4-700x372.jpg

Golongan yang berniaga sendiri wajib isyithar cukai bagi membolehkan bank melihat pendapatan sebenar anda.

Baca : LHDN Ajak Orang Ramai Mengaku. Kalau Tidak….

Jangan risau untuk isytihar cukai kerana tidak semestinya anda wajib membayar cukai. Dan jangan pula anda lari dari membayar cukai, sebaliknya belajar teknik untuk mengurangkan kadar cukai anda.

Paling penting dalam permohonan pinjaman hartanah adalah pastkan komitmen anda tidak lebih daripada 60% pendapatan bulanan anda.

Baca : 7 Tips Beli Rumah Untuk Golongan Peniaga

Ukur baju di badan sendiri, gaji besar tidak bermakna anda boleh beli rumah mahal. Dan gaji rendah bukan penghalang untuk anda memiliki rumah jika komitmen bulanan anda rendah.

Semoga dengan perkongsian ini, anda lebih bersedia dalam membuat permohonan pinjaman hartanah anda.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian