6 Pelaburan Yang Boleh Kita Mula Dengan Modal RM100

“Duit saya ada lebihan RM100 setiap bulan dan saya nak melabur.”

Melabur dengan modal RM100? Pelaburan apa yang kita boleh buat dan berapa pula pulangannya? 

Sebagai pemula, tahniah diucapkan kerana mempunyai hasrat untuk memulakan pelaburan sungguhpun lebihan wang selepas komitmen dan simpanan kita hanyalah RM100 sahaja.

Baca : 5 Tips Kepada Pelabur Saham Baru Nak ‘Up’

Soalan-soalan seperti ini seringkali ditanya bukan sahaja oleh golongan lepasan ijazah yang baru bekerja, bahkan golongan yang telah 10 tahun bekerja pun ada!

Suatu ketika dahulu, stigma terhadap pelaburan adalah, pelaburan cuma untuk orang kaya. Orang kebanyakan tak boleh dan tak mampu melakukan pelaburan kerana modal untuk pelaburan adalah besar.

Syukur Alhamdulillah, stigma itu sedikit demi sedikit hilang. Semakin ramai anak muda khususnya golongan Bumiputera sedar akan kepentingan pelaburan.

Untuk rekod, penglibatan Bumiputera dalam pasaran saham di Bursa Malaysia setakat Mac 2020 adalah 10%.

Baca : Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Angka ini meningkat 6% berbanding hanya 4% penglibatan Bumiputera dalam pasaran saham di Bursa Malaysia pada tahun 2017.

Pelaburan bukan hak milik golongan kaya dan kapitalis sahaja. Pelaburan bukan hobi orang yang ada duit sahaja.

Akan tetapi, sebelum kita ingin memulakan sebarang jenis pelaburan, pastikan anda mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan atau 6 bulan.

Baca : Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank

Ini sebagai persediaan sekiranya kita dibuang kerja, berlaku masalah kesihatan yang memerlukan modal yang banyak dan pelbagai perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Jom kita tengok 6 pelaburan yang boleh dimulakan dengan modal RM100.

1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Ditubuhkan pada 2 Januari 1990, ASNB kekal sebagai instrumen pelaburan paling popular di kalangan Bumiputera.

Risiko pelaburannya yang rendah dan pulangan dividen yang diberikan kepada pemegang saham adalah baik sungguhpun berlaku penurunan dan peningkatan yang dinamik.

Baca : Hibah Amanah ASB Memudahkan Proses Tuntutan Waris Selepas Kita Meninggal Dunia

Harga saham ASNB kadar tetap adalah RM1 dan pulangan tahunan adalah konsisten dengan had pelaburan sebanyak RM200,000. Tetapi, kita masih boleh membeli unit tambahan.

Kini tidak perlu lagi beratur di kaunter bank untuk membeli unit saham ASNB. Kita dah boleh muat turun aplikasi MyASNB dan kadar minima pelaburan adalah RM100.

2. Unit Amanah

Pelaburan unit amanah tergolong dalam pelaburan berisiko sederhana dan terdapat juga unit amanah yang diklasifikasikan sebagai berisiko rendah dan tinggi.

Dana ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut peruntukan aset pelaburan setiap dana, iaitu dana ekuiti, dana seimbang dan dana berpendapatan tetap.

Jangka masa bagi pelaburan unit amanah adalah sekurang-kurangnya tiga tahun ke 20 tahun.

Kita perlu bersabar untuk mendapat pulangan pelaburan yang baik sungguhpun keadaan ekonomi merudum.

Baca : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Unit Trust Dan 5 Kelebihan Unit Trust

Untuk modal, kita boleh semak kriteria dana tersebut kerana ada dana yang hanya memerlukan modal pada kadar RM100 dan ada juga yang memerlukan RM1,000 ke atas.

Selain itu, ada juga unit amanah yang membenarkan pelabur menambah pegangan unit dengan modal serendah RM50 dan ada pula yang perlu top-up minima RM100.

3. REIT

REIT sama seperti unit amanah yang diuruskan pengurus dana profesional. Bezanya, REIT hanya melabur ke dalam sektor hartanah sahaja.

Pelaburan yang dilakukan berasaskan sewaan ruang komersial seperti pusat membeli-belah, hospital, ruang pejabat, hotel, kilang dan gudang.

Baca : Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)?

Setakat hari ini terdapat 18 kaunter REIT di Bursa Malaysia yang kita boleh labur dan hanya 4 kaunter yang patuh syariah. REIT yang patuh syariah tersebut adalah Al-Aqar Healthcare REIT, Al-Salam REIT, Axis REIT dan KLCC REIT.

Kita juga boleh mulakan pelaburan REIT dengan membeli unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Harga seunit RM1 dan kita boleh ikmati dividen yang diberikan dua kali dalam masa setahun. 

4. Saham

Sebelum memulakan pelaburan saham, kita perlu membuka akaun CDS dan kosnya hanya RM10 seumur hidup bergantung kepada jenis akaun dan ada juga yang percuma.

Selepas itu, kita perlu tahu bahawa modal minima pelaburan saham adalah 100 unit saham dan bukan 1 unit saham.

Baca : Melabur Dalam Unit Amanah Atau Takaful?

Kos yang kita perlu keluarkan apabila nak beli saham adalah:

  • Brokerage Fee
  • Clearing Fee
  • SST
  • Duti Setem

Baca lagi 7 Soalan Lazim Tentang Saham

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

5. Emas

Emas merupakan alternatif terbaik apabila berlakunya inflasi. Hal ini kerana apabila inflasi berlaku, duit yang kita ada di dalam dompet atau bank tidak lagi sama nilainya.

Emas yang bersifat kalis inflasi boleh digunakan sebagai alat untuk mendapatkan wang mengikut nilai semasa mendatang.

Baca : 5 Risiko Pelaburan Emas Yang Ramai Tak Tahu. Silap Haribulan Boleh Rugi

Tetapi pelaburan emas hanya sesuai untuk tempoh yang sangat lama. Bukan sekadar 1 tahun dan 3 tahun sebaliknya minima 5 tahun dan 10 tahun.

Untuk rekod, harga emas telah meningkat sebanyak 95.63% semenjak 5 tahun yang lalu dan 714.95% semenjak 20 tahun yang lalu.

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM64 (berdasarkan harga emas RM256 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

6. Robo Advisor

Hari ini, pelaburan menggunakan robo advisor adalah sangat popular kerana entry cost-nya yang sangat rendah di mana kita boleh mula melabur dengan modal serendah RM100 sahaja.

Kalau nak tahu, robo advisor adalah sebuah platform pengurusan dana pelaburan dan khidmat nasihat kewangan secara online dan diuruskan sepenuhnya oleh mesin dan robot dengan interaksi manusia yang sangat minimum.

Daripada proses buka akaun sehingga pengeluaran wang, segalanya dilakukan sepenuhnya oleh mesin dan robot yang dikawal selia oleh sistem.

Baca : 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja

Kita boleh pilih samada ingin melabur di dalam platform robo advisor seperti Stash Away, MyTheo atau Wahed Invest. Setakat ini, hanya platform Wahed Invest merupakan satu-satunya platform robo advisor yang patuh syariah.

Robo advisor sesuai untuk kita yang tidak mempunyai masa untuk menyelia dan menyemak portfolio saham anda kerana proses tersebut dilakukan sepenuhnya oleh sistem.

Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit

Setakat Januari sehingga Jun 2020 yang lalu, sebanyak 166,000 akaun CDS dibuka dengan 64% daripadanya adalah golongan anak muda.

Pelaburan hanya boleh dilakukan apabila kita mempunyai modal yang banyak dan hanya sesuai untuk orang kaya adalah tidak benar sama sekali.

Apa yang penting, pastikan kita mempunyai dana kecemasan 3-6 bulan gaji. Sekiranya komitmen bulanan kita adalah RM2,000, maka persiapkanlah RM6,000 – RM12,000 kemudian barulah mula melakukan pelaburan.

Baca : 7 Nasihat Pengurusan Kewangan Yang Sangat Berguna

Agak menyedihkan apabila 50% rakyat Malaysia khususnya mereka yang berumur 25-44 tahun tidak mempunyai dana kecemasan melebihi 1 bulan gaji.

Semoga ilmu ini terus sampai ke semua anak muda tidak kira lelaki dan wanita sekaligus meningkatkan kemampuan kewangan Bumiputera.

Anak muda biasanya tanya soalan-soalan berikut:

  • Nak melabur tapi tak tahu nak melabur dekat mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan, yang mana sesuai dengan saya?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?

Dapatkan jawapan kepada semua soalan ini dan banyak lagi, di dalam buku yang penuh dengan maklumat ini.

Anda harus membaca buku ini kerana:

  • Daripada beribu-ribu artikel yang telah MajalahLabur terbitkan, ini adalah rumusannya. Yang terbaik daripada yang terbaik!
  • Ini adalah buku yang menggabungkan semua pengetahuan, rahsia, dan tip berharga; dalam bahasa yang santai yang senang faham.
  • Dengan ilmu yang betul, barulah duit tak hilang dan pelaburan semakin berkembang.

Link Pembelian:
MPH Online
Kinokuniya
Lazada
Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.