Segalanya Mengenai Investment Holding Company (IHC)

Dalam pelaburan hartanah, apabila seorang pelabur telah mencapai satu peringkat di mana beliau ingin memiliki lebih banyak unit hartanah, ramai cerdik pandai dalam hartanah akan mencadangkan beliau melabur dengan teknik IHC.

Apa itu IHC?

Buat pengetahuan anda, IHC bermaksud Investment Holding Company dan dibuka atas kapasiti membeli lebih banyak unit hartanah ekoran kuota pembelian individu pelabur itu sudah penuh.

Baca : Apa Beza Beli Rumah Seorang Diri Dan Bulk Purchase?

Di Malaysia, melabur dalam hartanah dengan IHC bukanlah perkara baru sebaliknya teknik ini sudah digunapakai ramai pelabur hartanah otai.

Fungsi IHC hanyalah satu yaqni membeli unit hartanah atas kapasiti pelaburan hartanah untuk menjana lebih banyak keuntungan.

Baca : 3 Sebab Kita Kena Gunakan Kuota Pinjaman Hartanah Sebaik Mungkin

Jadi, IHC bukanlah syarikat yang dibangunkan dengan pelbagai fungsi seperti menjual produk kecantikan dan aksesori kenderaan di samping membeli unit hartanah.

Tetapi benarkah IHC merupakan solusi tunggal dan paling ideal untuk pelabur hartanah melebarkan portfolio hartanah mereka?

Dan, adakah fasiliti yang wujud pada IHC sebenarnya menguntungkan pelabur hartanah?

Jom kita kupas perkara menarik ini.

Segalanya Mengenai Investment Holding Company (IHC)

Sebuah syarikat diklasifikasikan sebagai IHC apabila syarikat tersebut menjurus kepada pelaburan hartanah atau aset dan keuntungan syarikat bersumberkan aktiviti pelaburan hartanah.

Selepas syarikat tersebut mempunyai kriteria sebuah Investment Holding Company (IHC), mereka perlu memastikan pulangan keuntungan mereka yang datangnya dari pelaburan hartanah sekurang – kurangnya adalah 80%.

Baca : 7 Senarai Semak Sebelum Terciduk Dalam Pelaburan Hartanah

Terdapat tiga perbezaan besar antara pelaburan hartanah individu dan pelaburan hartanah dengan IHC.

1. Margin Pinjaman

Untuk individu, mereka layak mendapatkan 90% margin pinjaman untuk hartanah pertama dan kedua bagi unit kediaman.

Untuk hartanah ketiga dan seterusnya, biasanya adalah 75% – 70% mengikut kadar semasa bank tersebut.

Baca : Berbaloikah Beli Lot Kedai Untuk Pelaburan Hartanah?

Untuk hartanah komersial pula, margin pinjaman kekal 85% – 80%.

Berbeza dengan IHC, margin pinjaman terhad kepada 60% sahaja untuk unit hartanah kediaman dan 85% – 80% untuk unit hartanah komersial.

2. Kos

Untuk pelabur hartanah individu, kos yang perlu dikeluarkan adalah :-

  • Deposit 10%
  • Kos S&P
  • Yuran guaman
  • Duti Setem

Untuk pelabur hartanah dengan IHC pula, mereka perlu mengeluarkan belanja RM4,000 – RM6,000 setiap tahun untuk kos perkhidmatan audit dan setiausaha syarikat.

3. Cukai

Keburukan IHC adalah mereka tidak boleh bawa ke hadapan kerugian lepas mereka dan tidak boleh untuk tuntut sebarang elaun modal berkenaan dengan syarikat.

Investment Holding Company (IHC) sesuai untuk :-

  • Individu yang ingin memasukkan unit hartanah sedia ada ke dalam portfolio IHC mereka dengan refinance unit hartanah yang menggunakan nama individu.
  • Golongan yang tidak suka had milikan hartanah kerana IHC membenarkan anda membeli hartanah mengikut kapasiti dan kemampuan aliran tunai (cashflow) IHC anda.
  • Diturunkan kepada keluarga seperti anak – anak anda atau membina legasi keluarga.

Baca : Macam Ni Caranya ‘Kapitalis’ Beli Rumah Dengan Banyak

Sebaiknya, sekiranya anda ingin membeli hartanah kediaman, belilah menggunakan nama individu dengan margin pinjaman 90%.

Apabila rental yield telah mencapai 6% pada harga refinance rumah tersebut, baharulah anda refinance semua unit kediaman itu dengan IHC pada margin pinjaman 60%.

IHC sebenarnya lebih sesuai digunakan untuk membeli unit hartanah komersial kerana margin pinjaman yang anda boleh dapatkan daripada phiak bank adalah 85% – 80%.

Pelaburan hartanah memang bukan untuk semua orang dan IHC juga bukanlah untuk semua pelabur hartanah.

Baca : ROI Mana Yang Anda Pilih Untuk Pelaburan Hartanah?

IHC hanyalah instrumen dalam pelaburan hartanah dan bukanlah jaminan kejayaan pelaburan hartanah anda.

Jika hartanah anda masih lagi gagal memberikan sekurang – kurangnya 6% rental yield, ada baik anda fokus kepada masalah yang ada terlebih dahulu.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Apa yang penting adalah analisis hartanah dan pengurusan kewangan yang mantap harus menjadi keutamaan semua pelabur hartanah.

Gelanggang IHC bukanlah tentang berapa banyak portfolio hartanah anda, sebaliknya berapa kukuh aliran tunai (cashflow) bulanan anda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook