Kenapa Bank Pusat Turut Melancarkan Mata Wang Digital Mereka Sendiri?

Perkembangan mata wang digital kini berada di dalam fasa yang baru. Wang digital yang paling popular adalah Bitcoin di mana harganya naik meroket ketika krisis pandemik berlaku.

Image by WorldSpectrum from Pixabay

Tiada siapa sangka nilai Bitcoin mampu mencecah USD57,000 seunit beberapa hari yang lalu.

Walaupun begitu, ramai pelabur veteran terkenal dunia menasihati pelabur baru supaya tidak terjerumus dalam pelaburan alaf baru ini.

Ianya kerana wang digital tidak mempunyai intrinsic value dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya bergantung kepada konsep supply and demand.

Bank Pusat Sukar Untuk Menghalang Perkembangan Mata Wang Digital

Perkembangan mata wang kripto atau juga dikenali sebagai aset digital ini telah sedikit sebanyak merisaukan pihak bank pusat terutamanya di negara maju. Ini kerana penggunaannya yang semakin popular di kalangan generasi baru menyebabkan bank pusat sukar untuk mengawal transaksi mereka.

Kepopularan mata wang digital di dalam urusan transaksi bakal memberi impak yang negatif kepada bank pusat sesebuah negara. Paling membimbangkan, bank pusat tidak mampu untuk menghalang orang ramai daripada terus menggunakan mata wang digital ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Disebabkan tidak mampu untuk menghalang perkembangan wang digital, bank pusat terpaksa membangunkan mata wang digital mereka sendiri bagi bersaing dengan mata wang digital lain yang wujud di pasaran.

Salah satu sebab mengapa bank pusat begitu tekad untuk membangunkan mata wang digital mereka sendiri adalah bagaimana Facebook akan meneruskan untuk membangunkan wang digital mereka sendiri iaitu Diem (dahulunya dikenali sebagai Libra) yang boleh digunakan di dalam platform Facebook.

Facebok yang dipercayai mempunyai seramai 2.8 bilion pengguna aktif setiap bulan, dengan kewujudan Diem ini nanti; ianya bakal memberi impak yang besar terhadap sistem ekonomi dunia.

Akhirnya bank pusat telah sebulat suara untuk menyertai teknologi mata wang digital bagi mengelakkan peranan mereka terhakis. Kini bank-bank pusat di kebanyakan dunia telah membangunkan mata wang digital mereka sendiri bagi memenuhi kehendak orang ramai.

Mata Wang Digital Mempunyai Banyak Kelebihan

Kredit Gambar: Medium

Dengan perkembangan era digital yang semakin maju, ramai pengguna teknologi kini kurang gemar membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak. Penggunaan mata wang digital boleh menjadi salah satu cara untuk memudahkan urusan transaksi mereka.

Dengan penularan wabak Covid-19 ini, mata wang digital merupakan salah satu platform yang dapat mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan.

Walaupun sistem bank membenarkan perkhidmatan seperti kad kredit dan debit kad semasa urusan pembelian, pihak pembeli lebih gemarkan menggunakan mata wang digital kerana tiada sebarang cas tersembunyi.

Perkembangan Wang Digital Pada Masa Hadapan

Kredit Gambar: Unhashed

Dengan perkembangan mata wang digital yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai, pihak bank pusat terpaksa membangunkan mata wang digital mereka sendiri. China merupakan negara yang paling aktif dalam membangunkan mata wang digital untuk kegunaan rakyat mereka sendiri.

Dengan perkembangan ekonomi yang semakin pesat, bank pusat di seluruh dunia terpaksa mengikut perkembangan semasa untuk terus kekal relevan dalam industri kewangan.

Sumber Rujukan:

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.