Apa Kesan Trend Bina Kemudian Jual Dalam Hartanah?

Bina Kemudian Jual (BKJ) merupakan satu sistem yang diguna pakai sejak zaman berzaman oleh pemaju hartanah swasta yang bermodal kecil.

Sistem ini membenarkan pemaju hartanah menjual terlebih dahulu unit kediaman mereka sebelum siap dibina.

Baca : 6 Risiko Membeli Lot Lidi Yang Perlu Kita Tahu

Pemaju hartanah ini biasanya membeli lot tanah di pinggir bandar atau kawasan sub urban pada harga murah untuk dijadikan projek perumahan baharu.

Untuk pemaju hartanah, sistem ini membolehkan mereka memegang cash sebelum menjual produk dan teknik ini bergantung kepada aktiviti pemasaran mereka.

Akan tetapi, sistem ini menyebabkan banyak masalah lain yang bukan sahaja memberi kesan kepada pembeli hartanah dan Kerajaan, bahkan institusi perbankan dan juga pasaran hartanah.

Statistik menunjukkan antara 2010 hingga 2016, secara puratanya terdapat 92 projek swasta berstatus terbengkalai setahun. Ini melibatkan purata 21,628 pembeli setahun.

Dua Perspektif Berbeza: Pembeli & Pemaju

Pembeli biasanya tertarik dengan tawaran seperti ‘rumah banglo tanah sendiri’ atau ‘rumah landed murah’.

Kebanyakan pembeli adalah golongan yang bakal bersara atau tidak berminat membeli unit kediaman yang ditawarkan pemaju komersial atas pelbagai faktor dan alasan.

Ada juga yang membeli kerana faktor lokaliti dan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding ‘rumah siap’ oleh pemaju hartanah.

Baca : Bersara Dengan Selesa Atau Seksa? 6 Perkara Yang Boleh Kita Buat Sekarang

Dan mereka hanya perlu membayar 10% deposit kepada pemaju hartanah dan baki 90% diselesaikan dengan membuat pinjaman hartanah kepada bank.

Isunya adalah, pembeli terpaksa menanggung bebanan berlebihan ke atas risiko yang berada diluar kawalan mereka seperti projek lewat siap, terbengkalai, atau mutu pembinaan yang tidak memuaskan setelah rumah siap.

Andai kata projek tersebut mempunyai masalah, pemaju hartanah masih boleh mengemukakan pelbagai rayuan sebelum didakwa dan disenaraihitamkan.

Sebaliknya, pembeli terpaksa terus membayar ansuran pinjaman kepada bank dan pada masa yang sama perlu membiayai kos rumah yang didiami sekarang.

Statistik menunjukkan antara 2010 hingga 2016, secara puratanya terdapat 92 projek swasta berstatus terbengkalai setahun.

Ini melibatkan purata 21,628 pembeli setahun. Biarpun terdapat penguat kuasaan undang-undang, kes terbengkalai tidak menampakkan penurunan.

Di bawah sistem JKB, pemaju diberi tempoh dua hingga tiga tahun untuk menyiapkan rumah yang telah sedia terjual, sementara kos semasa pembinaan ditanggung melalui pembiayaan di atas nama pembeli.

Ini menjadikan tiada tekanan kepada pemaju hartanah untuk mencari jalan mempercepatkan kerja pembinaan bagi meminimumkan kos.

Baca : Produk Tak Bagus atau Rakyat Malaysia Yang Tak Beli Hartanah?

Kaedah konvensional di tapak binaan dengan menggunakan tenaga buruh yang ramai serta amalan kerja-kerja manual yang mengambil masa lebih lama masih menjadi pilihan pemaju.

Cabaran semasa yang disuarakan pemaju berkaitan bangunan kediaman strata yang lebih tinggi dan tempoh kerja yang terhad sepatutnya menggalakkan lagi penggunaan teknologi dalam pembinaan projek perumahan.

Ini boleh membantu pemaju menyiapkan rumah dengan kualiti yang terjamin mengikut tempoh yang dijanjikan

Langkah untuk memanjangkan lagi tempoh pembinaan hanya akan menambah risiko kepada pembeli disamping terpaksa menanggung komitmen kewangan yang lebih tinggi.

Pihak pemaju juga akan terpalit dengan risiko bisnes seperti turun naik kos bahan binaan yang seterusnya akan membawa kesan kepada peningkatan harga rumah.

Selagi ada permintaan selagi itu ada penawaran. Permintaan untuk kediaman landed di tanah kampung seperti ini sebenarnya masih wujud sehingga ke hari ini.

Apa yang boleh dilakukan pemaju hartanah adalah dengan menggunakan teknologi moden seperti IBS dalam pembinaan projek perumahan mereka.

Baca : Kelebihan Dan Kekurangan Beli Rumah Dengan Sistem IBS

Sayangnya, pembeli yang akhirnya terpaksa menanggung segala kerugian dari segi masa, tenaga dan wang ringgit jika sesebuah projek itu :-

  •  Lambat siap
  •  Terbengkalai
  •  Mutu pembinaan yang lemah

Baca : 3 Risiko Tanah Lot Lidi Dan Kenapa Ianya Tak Boleh Dihibahkan

Di sini, pemaju hartanah memainkan peranan yang besar dalam menjaga tempoh masa pembinaan, aliran tunai dan mutu pembinaan projek perumahan yang mereka bina.

Suka atau tidak, pemaju hartanah perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah cerminan ketelusan dalam industri hartanah.

Sumber Rujukan: KRI Institute

Baca juga:

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-7-mac-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 4 April 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian