Kenapa Harga Saham Syarikat Evergreen Melonjak Naik Walaupun Kapal Tersebut Terkandas Di Terusan Suez?

Bulan lalu, dunia dikejutkan dengan sebuah kapal milik syarikat Taiwan yang tersekat di terusan yang paling sibuk di dunia. Ianya telah menyebabkan banyak kapal dagang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka kerana tidak dapat melalui terusan tersebut.

Kejadian ini melibatkan syarikat perkapalan Evergreen dan telah menyebabkan Kerajaan Mesir kerugian sebanyak USD16 juta dalam tempoh satu hari dan berbilion dollar kepada syarikat lain.

Kredit Gambar: BBC

Kapal dagang yang berukuran 400 meter tersebut telah terbabas dan melintang di Terusan Suez. Kapal yang dipenuhi dengan muatan kontena tersebut telah menghalang laluan terusan tersebut selama 6 hari dan pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengalih kapal tersebut bagi membenarkan laluan di terusan tersebut digunakan oleh kapal lain.

Sejarah Terusan Suez

Terusan Suez ini dibina pada kurun Ke-19 dengan idea seorang diplomat Perancis, Ferdinand De Lesseps. Pada ketika itu, Mesir berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah dan terusan tersebut dibina untuk memendekkan perjalanan di antara Laut Mediterranean dan Laut Merah.

Sebelum ini, kebanyakan kapal-kapal yang berlayar dari Barat ke Timur terpaksa mengelilingi Benua Afrika yang merupakan perjalanan yang sangat jauh.

Kredit Gambar: GIS

Dengan kebenaran yang diberi oleh Kerajaan Uthmaniyyah, diplomat Perancis tersebut telah membina terusan tersebut pada tahun 1859 dan mengambil masa selama 10 tahun untuk siap sepenuhnya.

Selepas siap, terusan ini telah menjadi laluan kapal dagang dunia yang sangat penting disebabkan masa dan jarak dapat dipendekkan. Terusan yang seluas 205 meter dan panjang berukuran 193 kilometer itu kini menjadi nadi ekonomi yang penting kepada Kerajaan Mesir.

Kenapa Harga Saham Evergreen Meningkat?

Peristiwa yang berlaku menimpa Evergreen di Terusan Suez ini telah menaikkan harga saham syarikat tersebut di pasaran saham. Apa yang berlaku dengan Evergreen ini merupakan benda yang pelik jika diteliti dengan betul.

Kebiasaannya harga saham syarikat akan jatuh jika ianya terpalit dengan berita atau sentimen yang negatif, tetapi apa yang berlaku kepada Evergreen adalah sebaliknya.

Kredit Gambar: Market Place

Secara umumnya, permintaan terhadap perkhidmatan yang melibatkan kapal pengangkut kargo ini telah naik secara mendadak.

Pengangkutan air yang melibatkan kapal pengangkut kargo telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran dunia sejak awal tahun lagi.

Ini disebabkan trend pembelian online yang semakin meningkat dan China merupakan negara yang paling tinggi mengeksport barangan tersebut ke seluruh dunia.

Hal ini menyebabkan ramai pelabur berminat mendapatkan saham yang berasaskan pengangkutan kapal kargo kerana permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan tersebut pada ketika ini.

Walaupun syarikat Evergreen telah terkandas di Terusan Suez, ia tidak merubah pandangan para pelabur terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Pada hari kejadian di mana kapal tersebut telah menyekat laluan di Terusan Suez, saham syarikat tersebut meningkat sebanyak 8%.

Denda Dikenakan Kepada Evergreen

Walaupun harga saham syarikat tersebut meningkat, Kerajaan Mesir telah mengeluarkan surat saman terhadap Evergreen kerana telah menghalang hampir 400 buah laluan kapal dagang dan merugikan Kerajaan Mesir daripada kutipan cukai terhadap kapal yang melalui terusan terbabit.

Mereka telah disaman sebanyak USD1 bilion.

Selain Evergreen, syarikat Shoei Kisen Kaisha yang merupakan syarikat yang bertangungjawab dalam menghasilkan dan memiliki kapal kontena yang disewa oleh Evergreen ini turut diheret bersama di dalam isu ini.

Setakat ini, kedua-dua syarikat ini masih belum mengeluarkan komen mengenai isu ini kerana perlu menjaga hubungan baik di antara mereka dengan Kerajaan Mesir bagi membolehkan mereka terus beroperasi di masa akan datang.

Kini, Kerajaan Mesir telah menghalang kapal kargo ini daripada keluar dari Terusan Suez sehingga syarikat yang bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan kepada mereka.

Sumber Rujukan: Business Insider

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.