Pendapatan Boleh Terhenti Tetapi Komitmen Bulanan Tidak

Sebenarnya, ramai yang sedar dan tidak sedar bahawa satu hari nanti, pendapatan mereka berisiko untuk terhenti.

Antara faktornya adalah jatuh sakit, krisis ekonomi, peperangan, kemarau dan pelbagai isu lain.

Hatta pendapatan terjejas atau terhenti, belanja bulanan tetap berjalan seperti biasa dan mustahil untuk berhenti.

Hal ini kerana, ada mulut yang perlu diberi makan, ada anak yang perlu diberi pendidikan dan ada ibu bapa yang harus diberi perhatian dan dijaga atas faktor uzur.

Baca : 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Ingin Bertukar Kerja Semasa Krisis Ekonomi

Memang menyimpan wang adalah asas dalam menghadapi isu ini, tetapi adalah lebih bijak jika anda membiarkan duit simpanan anda bekerja untuk anda.

Satu fakta yang membimbangkan adalah, hutang isi rumah di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada 87.5% daripada KDNK pada Jun 2020 berbanding hanya 82.9% pada tahun 2019.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 menyumbang 66% kepada jumlah peminjam yang dijangka gagal membayar balik pinjaman pada akhir 2021.

Baca : 19 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Krisis Ekonomi Dunia Yang Sedang Berlaku!

Bagaimana pula dengan data dan statistik caruman KWSP oleh rakyat Malaysia?

Setakat Oktober 2020 yang lalu, 7.88 juta pencarum KWSP berusia 54 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000!

Ini bukanlah jumlah yang dapat dibanggakan sebenarnya dengan tempoh jangka hayat rakyat Malaysia adalah 73 tahun – 75 tahun.

“Tahukah anda, jumlah asas simpanan KWSP yang diperlukan untuk menjalani kehidupan selama 20 tahun persaraan pada usia 55 tahun adalah RM240,000.”

Dengan gaya hidup anda pada hari ini dan kenaikan kadar inflasi tahunan, berapa yang anda perlukan sebagai persediaan hari – hari mendatang?

1. Simpanan Kecemasan

Sebelum anda membuat sebarang pelaburan, adalah penting untuk anda mempunyai simpanan kecemasan terlebih dahulu.

Simpanan kecemasan ini merupakan jumlah komitmen bulanan anda.

Sebaiknya, anda mempunyai 3 bulan – 6 bulan simpanan kecemasan bergantung kepada kemampuan dan komitmen anda.

Baca : Dana Kecemasan: Kenapa Anda Perlukannya Sekarang, Dan Bagaimana Untuk Membinanya

Jika komitmen bulanan anda adalah RM5,000 maka anda perlu mempunyai RM15,000 – RM30,000 simpanan kecemasan.

Ada individu yang mempunyai 2 tahun (24 bulan) simpanan kecemasan dan risau sekiranya Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih lama.

Manakala, ada individu yang hanya mempunyai 3 bulan simpanan kecemasan sahaja kerana yakin dengan skil dan kemampuan dirinya, dia tidak memerlukan masa lebih 3 bulan untuk bangkit kembali.

2. Pelaburan Kalis Inflasi

Selepas anda berjaya mencapai satu jumlah simpanan kecemasan, tibalah masa untuk anda memilih jenis pelaburan yang sesuai untuk anda.

Baca : Nak Beli Rumah Yang Kalis Inflasi? Ini Rahsianya

Bukan semua individu sesuai melabur dalam hartanah dan emas yang kadar kenaikan tahunannya perlahan.

Dan bukan semua individu mampu mengawal emosi dalam melabur saham dan kripto kerana tekanan emosi dalam melabur.

Emas dan hartanah adalah pelaburan jangka panjang dan anda perlu sentiasa memantau kadar penurunan harga rumah dan susut nilai emas.

Saham dan kripto pula adalah pilihan pelaburan kalis inflasi yang paling ideal tetapi memerlukan ilmu fundamental dan teknikal berbanding pelaburan emas dan hartanah.

Baca: Mulakan Pelaburan Aset Digital (Kripto) Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno

Jika takut melabur di pasaran saham sebab masih “ZERO” dan belum ada ilmu atau belum bersedia nak masuk seminar saham, buku ini adalah asasnya, dapatkan Buku Malaysia Melabur Saham.

3. Dana Persaraan

Selepas selesai simpanan kecemasan dan pelaburan, tibalah masa untuk anda fokus kepada dana persaraan pula.

Ada orang beranggapan, tidak perlu untuk membina dana persaraan kerana majoriti ramai rakyat Malaysia mencarum ke KWSP.

Akan tetapi, dengan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar baru – baru ini, cukupkah dana persaraan rakyat kebanyakan?

Baca : 3 Jenis Persaraan, Oleh Itu Rancanglah Persaraan Anda Dengan Baik

Jangan sesekali mengabaikan dana persaraan kerana masa bergerak dengan begitu pantas.

Caranya adalah dengan membuat kira – kira belanja bulanan yang anda perlukan selepas bersara sehingga berumur 75 tahun.

Penulis mengambil umur 75 tahun mengandaikan jangka hayat rakyat Malaysia semasa pada kadar 73 tahun – 75 tahun.

Jika sebulan anda memerlukan belanja minima RM2,000, maka anda perlu mempunyai RM480,000.

Buat semakan jumlah progresif caruman KWSP anda menjelang umur 55 tahun, adakah anda mempunyai amaun tersebut.

Jika tidak, mulalah fikirkan teknik dan strategi pelaburan lebih awal supaya anda mampu membuat persediaan rapi.

“Ingat, anak – anak bukanlah dana persaraan dan ibu bapa bukanlah dana kecemasan anda.”

Anda boleh mulakannya hari ini dengan hidup bersederhana di bawah kehendak diri.  Kurangkan komitmen yang tidak perlu dan fokus kepada objektif kewangan anda.

Elakkan diri daripada membuat hutang yang tak perlu dan fokus untuk menyelesaikan semua hutang dan komitmen anda sebelum mencapai usia persaraan.

Baca : 6 Cara Nak Elak Diri Daripada Berhutang Dan Terhutang

Financial freedom sememangnya sangat sukar untuk dicapai. Akan tetapi sebenarnya tidak mustahil kerana telah terbukti ramai individu yang celik kewangan di Malaysia sudahpun mampu hidup tenang tanpa memikirkan masalah kewangan sebelum usia 40 tahun.

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Bukan Semua Masalah Hutang Bermula Dengan Sikap Boros

Apabila kita membincangkan isu hutang, tanggapan yang sering muncul ialah seseorang itu mungkin terlebih berbelanja, tidak pandai mengurus wang, atau mengambil pinjaman tanpa berfikir panjang.

Namun, daripada pengalaman saya sendiri dan kerja harian kami bersama peminjam, realitinya tidak semudah itu.

Belakangan ini, ramai yang terperangkap dalam hutang bukan kerana mereka sengaja mahu hidup di luar kemampuan. Sebaliknya, masalah sering bermula daripada perkara yang nampak biasa, seperti kad kredit, bayaran minimum, ansuran kecil, pinjaman peribadi, atau kemudahan Beli Sekarang, dan Bayar Kemudian atau Buy Now, Pay Later (BNPL). Pada awalnya, angka pinjaman kelihatan kecil dan masih terkawal. Walau bagaimanapun, apabila faedah, caj lewat bayar dan komitmen bulanan mula bertambah, hutang yang kecil boleh menjadi suatu beban yang berat.

Inilah jurang yang jarang dibincangkan secara terbuka. Akses kepada kredit semakin mudah, tetapi kefahaman tentang kos sebenar hutang masih belum berkembang pada kadar yang sama.

Menurut Bank Negara Malaysia, hutang isi rumah kekal tinggi pada 84.8% daripada KDNK, bersamaan RM1.67 trilion pada akhir 2025. Angka ini menunjukkan betapa besarnya kebergantungan rakyat Malaysia terhadap kredit. Dalam masa yang sama, AKPK juga menekankan bahawa kad kredit dan pinjaman peribadi menyumbang kepada sebahagian besar kes pelanggan yang berhadapan kesukaran kewangan.

Bagi saya, isu ini bukan sekadar tentang berapa banyak peminjam, sebaliknya tentang berapa ramai yang benar-benar faham apa yang berlaku selepas mereka meminjam.

Sebagai contoh, bayaran minimum kad kredit. Ramai menganggap selagi mereka membayar jumlah minimum setiap bulan, status masih terkawal. Secara teknikal, akaun mungkin tidak tertunggak. Tetapi dari sudut kewangan, baki hutang masih berjalan, faedah masih dikira, dan tempoh pembayaran boleh menjadi jauh lebih panjang daripada yang dijangka.

Begitu juga dengan BNPL. Kemudahan ini boleh membantu jika digunakan secara berdisiplin, terutamanya untuk pembelian yang benar-benar perlu. Walaupun begitu, apabila seseorang mula mengambil beberapa komitmen kecil pada masa yang sama, jumlah keseluruhan boleh menjadi sukar dipantau. RM50 di satu platform, RM80 di platform lain, dan RM120 di tempat lain. Jumlah ini mungkin nampak kecil secara berasingan. Tetapi apabila digabungkan dengan sewa, ansuran kereta, bil telefon, pinjaman peribadi dan kad kredit, tekanan aliran tunai mula terasa.

Apa yang saya lihat adalah ramai peminjam sebenarnya bekerja, mempunyai pendapatan tetap, dan cuba memenuhi komitmen mereka sebaik mungkin. Mereka bukan tidak mahu membayar. Masalahnya, mereka lambat sedar bahawa struktur hutang mereka sudah tidak lagi sihat.

Di BlueBricks, kami menerima sekitar 30 hingga 40 pertanyaan penyatuan hutang setiap hari. Sebahagian besar datang daripada golongan bekerja yang pada awalnya menyangka hutang mereka masih boleh dikawal. Hal ini dapat kita lihat, apabila satu pinjaman digunakan untuk menutup pinjaman lain, atau kad kredit digunakan untuk menampung perbelanjaan asas, itu biasanya tanda bahawa masalah sudah masuk ke peringkat yang lebih serius.

Saya sendiri pernah melalui tekanan hutang yang besar selepas satu pelaburan gagal. Pengalaman itu mengajar saya bahawa tekanan kewangan bukan hanya soal nombor. Implikasinya, dari sudut emosi, keluarga, keyakinan diri dan cara seseorang membuat keputusan. Apabila seseorang berada dalam keadaan terdesak, mereka lebih mudah percaya kepada tawaran yang nampak cepat, mudah dan terlalu baik untuk menjadi benar.

Oleh itu, literasi kewangan tidak boleh berhenti pada nasihat umum seperti “jangan berhutang” atau “belanja ikut kemampuan”. Nasihat itu betul, tetapi tidak cukup. Pengguna perlu faham bagaimana faedah dikira, apa kesan bayaran minimum, bagaimana caj penalti terkumpul, dan bila sesuatu komitmen itu sudah mula menjejaskan kestabilan kewangan mereka.

Kita juga perlu lebih jujur bahawa celik kewangan bukan hanya penting untuk mereka yang berpendapatan rendah. Golongan profesional juga boleh terperangkap, terutamanya apabila gaya hidup, komitmen keluarga, kos sara hidup dan akses mudah kepada kredit bertembung pada masa yang sama.

Pada akhirnya, kad kredit, pinjaman dan BNPL boleh menjadi alat yang berguna jika dimanfaatkan dengan kefahaman dan disiplin. Tetapi tanpa pengetahuan yang mencukupi, alat yang sama boleh menjadi permulaan kepada kitaran hutang jangka panjang.

Jika Malaysia mahu membina masyarakat yang lebih stabil dari segi kewangan, kita perlu bergerak daripada sekadar memberi akses kepada kredit kepada memastikan pengguna benar-benar faham tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kerana selalunya, masalah hutang tidak bermula apabila seseorang gagal membayar. Ia bermula lebih awal, apabila seseorang tidak benar-benar tahu berapa mahal harga sebenar hutang yang mereka ambil.

Penafian: Pandangan yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan. Harap maklum bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BlueBricks Holdings adalah tidak patuh Syariah.

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Karl Ng, Pengarah BlueBricks Holdings