Elak Riba Dalam Tukaran Duit Raya

Hari raya bakal menjelma walaupun dalam kesedihan PKP 3.0 yang dilaksanakan di beberapa tempat. Walaupun perasaan hiba memikirkan hari lembaran yang tidak semeriah dahulu kala, masing-masing masih optimis meneruskan rutin persediaan raya seperti biasa.

Antara rutin biasa adalah menyediakan duit raya dan bagi menggembirakan hati anak-anak.

Tidak kurang institusi dan kedai yang menyediakan sampul raya buat pelanggan mereka dan tidak dilupakan semakin banyak aplikasi yang tersedia terutama oleh bank-bank untuk menyediakan platform saluran duit raya melalui kod QR, atau pemindahan wang secara atas talian yang dikenali sebagai e-duit raya.

Tambahan pula, banyak juga bank-bank seperti Maybank, Ambank, Affin dan lain-lain yang menyediakan khidmat tukaran duit denominasi kecil melalui mesin ATM mereka.

Denominasi serendah RM10 sehingga RM50 boleh didapati dengan nilai maksimum bergantung pada bank masing-masing.

Dalam menyediakan duit raya, ada antara kita yang akan ke bank-bank atau mengirim kepada sahabat-sahabat yang bekerja di bank untuk menukar duit raya dengan denominasi kecil RM1, RM5, RM10 atau mungkin RM20 dan RM50.

Selain itu, tukaran duit juga dilakukan dengan mendapat duit baru seolah ia baru dicetak, sesuai dijadikan sebagai duit raya kepada anak-anak kecil.

Dalam keghairahan kita menukar duit raya, ada satu syarat penting yang perlu diingat. Syarat itu adalah kita perlu memastikan tukaran duit kita dilakukan dengan sama nilai tanpa sebarang pertambahan.

Contohnya kita menukar RM500 untuk denominasi RM5 berjumlah RM450.  Ini merupakan perkara yang perlu dielakkan kerana adanya unsur Riba.

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-abdulmeilk-aldawsari-36704-700x466.jpg

Berdasarkan hadis sahih yang diriwayat oleh Ubadah bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‘Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai.’ (Hadis riwayat Imam Muslim (no. 1587))

Hadis di atas menyebut tentang emas dan perak di mana ulama menqiaskannya kepada matawang pada hari ini. Maka transaksi matawang mengikut syarat yang sama.

Syarat bagi mengelakkan Riba daripada berlaku adalah sama nilai ditukar tanpa sebarang pertambahan atau pengurangan.

Namun begitu, sekiranya kawan atau pihak yang menyediakan denominasi kecil itu ingin mengenakan caj bagi tukaran itu, ia perlulah dengan nilai yang munasabah, mengikut kadar berpatutan, dan seboleh mungkin dijustifikasikan kos itu contohnya kos minyak atau kos penghantaran mengikut tempat dan sebagainya.

Tidak boleh dikenakan caj sesuka hati kerana ia akan menjurus ke unsur Riba seperti yang disebut dalam hadis di atas.

Contoh caj yang tidak munasabah adalah dikenakan caj secara peratus contohnya caj 10% bagi setiap tukaran. Tukar RM100 dicaj RM10, tukar RM1000 dicaj RM100. Ini antara contoh unsur Riba yang diharamkan dalam Shariah.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Kemenangan dan Hari kita kembali kepada Fitrah di atas jalan yang lurus.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan pemegang sijil Islamic Financial Planner (IFP). Merupakan lepasan Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Previous ArticleNext Article

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA