10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison – ‘America’s Greatest Inventor’

Kalau sebelum ini, kami ada kongsikan Menyelami Kehidupan Seorang Genius – 9 Fakta Menarik Mengenai Thomas Edison, kini kita selami pula 10 perkara yang boleh kita belajar daripada beliau.

Tapi sebelum itu, tahukah anda ketika beliau menamatkan riwayatnya, Thomas Edison telah berjaya mencipta 1,093 pelbagai inovasi peralatan elektrik. Di antaranya adalah 389 lampu berkuasa elektrik, 195 untuk Phonograph, 150 untuk telegraph, 141 untuk penyimpanan bateri dan 34 untuk telefon.

Sehingga hari ini, ianya satu rekod yang belum pernah dipecahkan. Menakjubkan bagaimana beliau mempunyai tahap pemikiran seperti itu. Jika anda masih ingat mengenai Thomas Edison, semestinya anda mengetahui beliau seorang yang genius paling kompleks, dan juga bergelar seorang pelabur, saintis, ahli perniagaan dan seorang Inventor.

1. Apakah makna sebenar Genius?

Pembelajaran: ‘…Genius is 1% inspirations, 99% perspirations..’

Kebanyakan kita pada hari ini, semuanya mahukan kesenangan datang bergolek. Jika boleh mahu pandai secara semula jadi dan mahu kaya dengan cara yang paling mudah. Ramai yang masih malas untuk mengerahkan tenaga semaksima yang mungkin. Berbeza dengan beliau, dia melawan pendapat umum tentang cara pemikiran kebanyakan individu bagi mencapai aras pemikiran genius.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Perspiration?

Thomas Edison : Saya bekerja lebih daripada 18 jam sehari, setiap hari dalam hidup saya.

Beliau masih terlalu muda ketika bekerja sebagai operator telegraph. Bayangkan tanpa sebarang pengetahuan, beliau telah menghabiskan 18 jam dalam sehari untuk mempelajari morse code yang kompleks di dalam mesin telegraph. Jika anda seperti beliau, adakah anda mampu mencapai tahap apa yang beliau lakukan?

3. Bagaimana anda boleh mereka cipta (Invent)?

Pembelajaran: Terdapat 3 cara yang saya gunakan dalam mereka cipta:

  • Imaginasi, saya gunakan sebagai longgok-longgokan idea berguna dan tidak berguna.
  • Cuba sekali lagi ketika anda telah gagal, jangan mengalah. Saya tidak pernah mengalah. Saya hanya jumpa 10,000 idea yang gagal untuk menemukan 1 kejayaan.
  • Apa saja yang tidak boleh di jual atau laku, saya tidak akan menciptakannya. Penggunaan serta penerimaan orang ramai adalah cara ciptaan saya terkenal.

4. Beliau menubuhkan ‘Invention Factory’ (makmal dan perkilangan untuk reka cipta beliau)

Pembelajaran: ‘… Saya mengeluarkan ciptaan kecil yang belum lengkap pada setiap bulan. Saya juga mengeluarkan ciptaan saya yang besar dan lengkap setiap 6 bulan…’ membayangi cara beliau menghasilkan reka cipta, sudah melihatkan sejauh mana tahap beliau berkorban dalam bidang ini. Apa yang kita bina pada hari ini akan membuahkan hasil pada hari esok.

5. Mengubah kekurangan menjadi kekuatan dan peluang

Pembelajaran: ‘… Saya dibuang dari sekolah ketika baru 3 bulan memasuki sekolah, saya seorang yang pekak ketika mula memasuki zaman remaja..’

Jika kita alami benda sama seperti ini, semestinya kita akan mengalah dengan takdir hidup, tetapi bukannya beliau. Disebabkan pekak, beliau lebih tekun untuk belajar. Bayangkan dalam persekitaran gerabak kereta api yang bising, beliau tidak mendengarinya, beliau lebih tekun dan fokus untuk membaca buku-buku.

Ketika beliau berehat di dalam persekitaran yang bising, beliau tidak mendengarinya lalu mula mengeluarkan buku untuk menambah maklumat. Beliau sangat pandai menggunakan kekurangan beliau sebagai sebuah peluang untuk dimanfaatkan.

6. Mulakan perniagaan

Pembelajaran: Beliau tidak menunggu untuk mendapatkan modal yang besar bagi memulakan perniagaan.

Ketika berkhidmat di dalam kereta api, beliau sudah memulakan perniagaan kecil dengan menjual gula-gula dan akhbar harian.

7. Membuat keputusan

Pembelajaran: Statistik atau kadar beliau dalam membuat keputusan, 50% betul dan 50% salah.

Contohnya beliau kehilangan aset pelaburan lebih dari $2 juta dan membazirkan masa selama 10 tahun dalam industri perlombongan. Selain itu, akibat kalah kepada Nikolas Tesla mengenai kegunaan AC dan DC beliau hampir tergadai syarikatnya. Beliau hampir hilang pertimbangan.

Beliau mempertahankan DC sebagai teknologi masa depan menyebabkan reputasi dirinya tercalar.

8. Persaingan

Pembelajaran: Sentiasalah mengamalkan sifat suka bersaing dan tidak menyamai cara orang lain melakukanya.

Ini dapat dilihat ketika beliau mencipta mentol. Ketika orang lain cuba memfokuskan benda baharu, beliau pergi ke arah yang tidak pernah orang fikirkan. Bayangkan ketika orang masih mencipta lampu mengunakan minyak sebagai bahan bakar, beliau menciptakan mentol yang mengunakan kuasa elektrik sebagai sumber cahaya.

9. Masa

Pembelajaran: Bagi beliau, masa adalah satu-satunya modal yang sangat penting dan berharga.

Jika kita banyak membuang masa, maka modal untuk kita berjaya semakin berkurangan.

10. Tidur

Pembelajaran : Beliau sangat berdisiplin dalam mengurus masa untuk tidur. Beliau hanya meluangkan kurang dari 4 jam waktu untuk tidur.

Menurutnya tidur akan menyebabkan dia kehilangan peluang untuk memajukan diri. Beliau lebih suka jika masa diluangkan kepada pembacaan, bekerja di makmal dan sebagainya yang boleh memberi faedah kepada dirinya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.