6 Nasihat Berharga Warren Buffett Untuk Mereka Yang Nak Berjaya Dalam Kehidupan Dan Pelaburan

Warren Buffett merupakan individu yang sangat dihormati dalam dunia pelaburan. Beliau merupakan seorang lagenda dalam pasaran saham dan menjadi di antara orang terkaya dunia melalui Syarikat Berkshire Hathaway.

Pada tanggal 30 Ogos 2019 yang lalu, merupakan hari kelahirannya yang ke-89. Beliau telah memberi pelbagai nasihat kepada ramai orang dan tidak semuanya nasihat yang diberikannya itu adalah tentang kewangan.

Berikut adalah nasihat yang telah diberikan oleh Warren Buffett dan sangat sesuai untuk panduan kita untuk dijadikan pedoman bagi mencapai kebahagiaan dan kekayaan.

1. Marry The Right Person

Warren Buffett yang berkahwin dengan isterinya pada tahun 2006 setelah tinggal bersama hampir 30 tahun.

Nasihat pertama adalah memilih pasangan yang sesuai dalam hidup kita. Memilih pasangan yang sesuai dapat memberi galakan kepada kita untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan seharian kita.

Beliau yang berkahwin dengan isteri beliau bernama Susan, dan ia merupakan salah satu pelaburan yang terbesar dan terbaik yang pernah dilakukan oleh dirinya dalam hidup ini. Beliau juga memberitahu bahawa isteri pertamanya itu adalah seorang guru kepadanya dalam membuat keputusan dan juga kehidupan.

Isteri pertama beliau juga adalah seorang yang sangat dermawan dan membuat Warren Buffett menjadi seorang dermawan yang menderma hampir keseluruhan harta yang dimilikinya selepas dia meninggal dunia kepada Yayasan yang diketuai oleh Bill Gates dan isterinya Melinda Gates.

2. Invest In Yourself

Warren Buffett yang telah memasuki kelas Dale Carnegie yang telah merubah cara berkomunikasi beliau dengan orang sekelilingnya.

Nasihat kedua adalah dengan melabur kepada diri sendiri sebelum melabur dalam mana-mana pasaran saham atau instumen pelaburan. Beliau telah memberitahu dengan pelaburan yang dibuat oleh dirinya dengan memasuki kelas Dale Carnagie pada tahun 1952, ianya merupakan salah satu titik perubahan dalam hidupnya untuk berjaya.

Beliau juga memberitahu untuk seseorang itu berjaya, mereka perlu belajar cara berkomunikasi dengan baik kerana ia dapat memberi menambah nilai dalam kehidupan seharian.

Dengan komunikasi yang berkesan, secara automatik perniagaan dan pelaburan kita akan berkembang maju kerana ianya melibatkan perhubungan di antara manusia sesama manusia.

3. Associate Yourself With ‘High-Grade People’

Charlie Munger merupakan sahabat karib Warren yang mana mereka telah bersama hampir setengah abad dalam membangunkan Syarikat Berkshire Hathaway

Seterusnya adalah bergaul dengan orang yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi daripada kita. Kita perlu bergaul dengan orang yang lebih pandai daripada kita, kerana kita akan membentuk diri kita seperti diri mereka pada masa akan datang.

Kata-kata hikmah yang terkenal berbunyi “show me your friend and i will show you your future” mempunyai maksud yang mendalam betapa pentingnya seorang rakan dalam pembentukan masa depan kita. Kawan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan minda fikiran kita untuk berjaya.

Kita perlu memilih kawan yang sesuai jika kita mahu berjaya.

4. Work For People You Respect

Benjamin Graham merupakan idola dan hero kepada Warren Buffett selain daripada ayahnya sendiri

Nasihat keempat adalah kita perlu berkerja dengan orang yang kita paling kagum dalam hidup. Seperti yang kita tahu, Warren Buffett mempunyai seorang idola yang telah mempengaruhi falsafah pelaburan yang dilakukannya sepanjang hayat, iaitu Benjamin Graham.

Benjamin merupakan seorang mentor kepada Warren Buffett yang memperkenalkan falsafah Value Investing yang sangat popular di kalangan pelabur.

Sebelum menjadi seorang pelabur yang profesional,  Warren Buffett telah berguru dengannya selama dua tahun dengan tidak mengambil sebarang gaji semasa bekerja di bawah syarikat yang dimiliki oleh Benjamin Graham.

Beliau begitu kagum dengan falsafah yang dibawa Benjamin Graham dalam dunia pelaburan saham. Kini Warren Buffett boleh berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya.

5. Ignore The Noise

Faktor luar boleh mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Jadi kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan yang mesti berpandukan kepada fakta

Nasihat kelima adalah dengan mengabaikan semua berita-berita yang boleh mempengaruhi kita dalam pelaburan saham. Di dalam pasaran saham, kita perlu membuat keputusan dengan tepat tanpa melibatkan emosi. Ini kerana keputusan yang beremosi akan menjerat portfolio pelaburan kita.

Sebelum membuat sebarang keputusan, kita perlu mengkaji sedalam-dalamnya fakta yang kita perolehi tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Menurut beliau, Warren tidak percaya dengan ahli ekonomi kerana mereka sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap ekonomi.

Kebanyakan ahli ekonomi selalu menyatakan pada sekian tahun ekonomi akan jatuh sedangkan benda itu tiada kaitan jika kita menjadi seorang pelabur Value Investing.

Bagi seorang Value Investor, ekonomi yang jatuh itu adalah satu peluang untuk mendapatkan saham syarikat pada harga yang sangat berpatutan atau dengan harga diskaun.

6. Success Is Not Measured By Money

Wang ringgit tidak dapat memberi kebahagiaan kepada kita. Ramai orang kaya yang mati akibat bunuh diri membuktikan duit tidak menjamin kebahagiaan

Nasihat terakhir Warren Buffett adalah kejayaan tidak diukur melalui berapa banyak duit yang kita ada. Bagi beliau, kejayaan adalah pada ketika kita tua, masih ramai orang yang menyayangi kita. Itulah falsafah yang digunapakai oleh Warren Buffett apabila ditanya mengenai kejayaan dalam hidup beliau.

Beliau juga telah memberi contoh beberapa kenalannya yang mempunyai kedudukan kewangan yang bagus, tetapi ramai orang tidak menyukai mereka setelah mereka menjadi tua.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Tegur Ecobuilt, Denda Dua Bekas Pengarah RM200,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Selain itu, dua bekas pengarah berkenaan dikenakan denda sebanyak RM200,000 setiap seorang.

ECOHLDS diberikan teguran awam kerana gagal membuat pengumuman segera berhubung perintah penggulungan bertarikh 24 Julai, 2024 terhadap syarikat berkenaan.

Syarikat itu juga gagal membuat pengumuman segera mengenai rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada 25 Julai, 2024 serta saman dalam kamar untuk menangguhkan pelaksanaan perintah penggulungan pada 26 Julai, 2024 yang difailkan di Mahkamah ‘Tinggi.

ECOHLDS juga didapati memutarbelitkan fakta dalam pengumumannya pada 24 Julai, 2024 dan gagal memastikan pengumuman itu berdasarkan fakta, tepat serta tidak palsu atau mengelirukan.

Dua bekas pengarah pada masa berkenaan iaitu Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Ng Choon Keith dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Ong Chee Koen dikenakan penalti kerana membenarkan ECOHLDS melakukan pelanggaran tersebut.

Ng dan Ong masing-masing menerima teguran awam serta denda sebanyak RM150,000 bagi pelanggaran berkaitan kelewatan dan RM50,000 bagi pelanggaran berkaitan putar belit fakta.

Bursa Malaysia Securities berkata keputusan berkenaan dibuat setelah proses sewajarnya diselesaikan dan setelah mempertimbangkan semua fakta termasuk kepentingan serta kesan pelanggaran tersebut terhadap pemegang saham dan pelabur.

“Bursa memandang serius pelanggaran ini kerana pendedahan maklumat material yang tepat pada masanya, lengkap dan tepat merupakan kunci kepada pasaran yang telus, teratur dan adil,” katanya.

Ia juga mengingatkan ECOHLDS dan ahli lembaga pengarahnya tentang tanggungjawab korporat mereka untuk mengekalkan piawaian yang sesuai serta akauntabiliti kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur.

Pada 24 Julai, 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohon an ECOHLDS untuk menangguhkan petisyen penggulungan dan mengeluarkan perintah penggulungan terhadap syarikat tersebut.

Bagaimanapun, ECOHLDS gagal membuat pengumuman segera mengenai perintah penggulungan itu dan selanjutnya memutarbelitkan kenyataan dalam pengumuman 24 Julai iaitu Mahkamah Tinggi mengarahkan penangguhan petisyen penggulungan berkenaan.

ECOHLDS hanya mengumumkan perintah penggulungan pada 29 Julai, 2024 selepas kelewatan selama tiga hari pasaran dan mengumumkan maklumat lanjut mengenai perintah penggulungan seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia Securities pada 30 Julai, 2024 dan 1 Ogos, 2024.

Walaupun perdagangan sekuriti syarikat digantung pada 9 Ogos, 2024, ECOHLDS tidak disenaraikan memandangkan terdapat rayuan dan permohonan penangguhan.

Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan perintah penggulungan pada 11 Sept, 2024.
— BERNAMA