7 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Mereka Yang Berusia 30-an

Sekiranya anda seperti kebanyakan mereka yang berusia 30 tahun, anda mungkin menghabiskan masa 20 tahun menamatkan persekolahan dan memperolehi segulung ijazah, mencari pekerjaan pertama anda, mengambil risiko, membuat simpanan kewangan dan melancong.

Sekarang apabila berusia 30-an, anda akan “bergerak” ke alam yang berbeza. Ini adalah tahun-tahun untuk mengukuhkan diri anda dalam kerjaya anda dan mula berfikir tentang membina kehidupan dengan pasangan, mempunyai anak-anak dan merancang untuk masa depan anda.

Oleh itu samada, anda berkahwin atau masih bujang, apabila anda memasuki fasa 3-series ni, ianya merupakan fasa untuk anda mengambil berat tentang kehidupan anda dan mengelak daripada melakukan kesilapan. Di sini kami akan menyenaraikan 7 kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang berusia 30-an.

Kesilapan 1: Mempunyai Terlalu Banyak Kad Kredit

Memasuki fasa 30-an bukan waktu untuk anda mempunyai banyak kad kredit. Kita pun tahu bahawa kadar faedah kad kredit adalah di antara yang tertinggi sekali. Seeloknya anda kurangkan berbelanja kepada perkara yang tidak perlu, dan lebihkan penggunaan wang tunai.

Kesilapan 2: Tidak Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

Apabila menginjak usia 30-an dan anda kekal dengan hanya satu sumber pendapatan, ianya merupakan perkara yang kurang bijak. Ini kerana, anda masih muda lagi jadi gunakan tenaga muda untuk melakukan 2-3 pekerjaan untuk menambah pendapatan.

Baca juga 3 Pekerjaan Freelance Ini Mampu Menjana Pendapatan Yang Tinggi Kepada Anda.

Kesilapan 3: Tidak Mempunyai Simpanan

Seterusnya, kesilapan utama yang dilakukan kebanyakan orang adalah dengan tidak mempunyai simpanan. Menurut kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar untuk menyediakan RM1,000 ketika berlakunya kecemasan. Adakah anda tergolong dalam statistik ini?

Jemput baca Mudahnya Nak Menyimpan Guna Formula 50:30:20.

Kesilapan 4: Tiada Perancangan Kewangan

Samada anda berkahwin atau tidak, anda harus mempunyai perancangan kewangan. Ramai yang mengaitkan peningkatan usia dengan gaji yang juga meningkat.

Tetapi jika anda tidak pandai melabur, sebaliknya menghabiskan gaji anda setiap bulan, kelak anda akan merana ketika nak bersara nanti. Umur 3-series sepatutnya dah ada sekurang-kurangnya satu saham blue chip yang diperam.

Kesilapan 5: Tiada Perancangan Persaraan

Sambungan daripada di atas, usia 30-an bukan lagi dianggap sebagai usia yang muda dan masa untuk berjoli, tetapi menujukkan anda sudah memasuki usia pemikiran matang dan berpandangan jauh. Mula merancang untuk bersara dan tetapkan cara yang jelas untuk anda mendapat sejumlah wang yang disasarkan ketika hendak bersara nanti. 

Kesilapan 6: Tersilap Beli Rumah

Pada umur 30-an inilah, anda sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk diri sendiri dan keluarga. Mantapkan ilmu berkenaan hartanah dan bersegeralah membeli rumah yang betul. Tengok-tengokkan Cara Kumpul Deposit Rumah Tak Sampai 3 Tahun.

Kesilapan 7: Tiada Takaful

Dan yang terakhir sekali, ramai yang memandang remeh isu perlindungan Takaful. Statistik juga menunjukkan Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

“Ofis Dah Bayarkan…”
“Tak Pernah Sakit Pun…”

Ini antara alasan paling popular. Mungkin anda rasa tidak perlukan perlindungan kerana masih muda dan sihat, tetapi ketika muda dan sihat inilah anda perlu ambil Takaful. Adakah anda cukup yakin anda mampu hidup dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit sehingga hujung hayat? Adakah anda juga yakin bahawa jumlah simpanan anda cukup untuk ditinggalkan kepada waris sekiranya anda telah tiada?

Masih ada masa, cepat-cepat bertindak untuk betulkan keadaan. Jemput kongsikan peringatan ini dekat kawan-kawan yang sebaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA