Apple Bakal Merevolusikan Komputer Riba Ke Era Baru?

Seperti yang kita tahu, Apple merupakan syarikat teknologi yang paling berinovasi dan paling berjaya di dunia. Di era moden ini. Apple merupakan syarikat pertama dalam dunia teknologi yang berjaya mencapai market capitalization sebanyak satu trilion pada tahun 2018, dan seterusnya menjadi yang pertama mencapai market cap sebanyak 2 trilion pada tahun ini.

Baca: Apple Bernilai $1 Trilion US Dolar, Adakah Syarikat Di Malaysia Pun Kena Tempias?

Sejarah perkembangan Apple sangat luar biasa. Pada era 1980-an, syarikat ini telah berjaya mengeluarkan komputer pertama yang menggunakan GUI secara komersial dan menjadi ikutan kepada pengeluar syarikat komputer yang lain.

Pada kurun ke-21 ini pula, Apple telah berjaya merevolusikan cara mendengar muzik melalui alat ciptaan mereka, iPod. Ianya telah menamatkan dominasi Sony di dalam dunia muzik yang terkenal dengan Walkman.

Apple juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab merevolusikan penggunaan telefon pintar yang telah memecahkan dominasi Nokia pada ketika itu.

Baca: Apple Menjadi Syarikat Teknologi Pertama Yang Bernilai $2 Trilion

Kini, Apple maju lagi selangkah ke hadapan, tetapi dalam dunia komputer pula. Mereka telah berjaya membangunkan teknologi prosesor sendiri yang digunakan di dalam komputer riba keluaran mereka. Apple telah membangunkan cip yang dikenali sebagai M1, yang digunakan dalam MacBook Pro yang sebelum ini menggunakan prosesor yang dibangunkan oleh Intel.

Perbezaan Di Antara Architecture Intel vs ARM

Kredit Gambar: Educba

Intel merupakan syarikat gergasi dalam pembuatan prosesor untuk komputer. Pada era 1980-an, Intel telah membangunkan blueprint prosesor yang dikenali sebagai x86 architecture yang menjadi asas kepada mana-mana prosesor komputer sehingga ke hari ini.

Kemudian telah muncul pula ARM, yang hanya mampu membangunkan prosesor yang boleh digunakan untuk peratalatan yang berteknologi rendah. Projek pembagunan yang dijalankan oleh ARM dikenali sebagai “Acorn Risc Machine Project” kini berkembang pesat dan telah menjadi pencetus kepada teknologi telefon pintar pada hari ini.

CISC vs RICS

CISC adalah ringkasan dari Complex Instruction Set Computer yang teknologi yang menggunakan x86 architecture. Untuk sesebuah komputer itu berfungsi, ia memerlukan arahan daripada software.

x86 architecture adalah blueprint prosesor yang membolehkan komputer menerima pelbagai arahan yang kompleks dalam masa yang singkat. Maka berlumba-lumbalah syarikat perisian komputer yang membangunkan teknologi komputer yang mampu menggunakan prosesor berkuasa tinggi untuk beroperasi.

Oleh yang demikian, Intel telah mendominasi pasaran dunia komputer kerana memiliki teknologi ini.

RICS pula adalah bertentangan dengan CISC yang membawa maksud Reduce Instruction Set Computer yang dibangunkan oleh ARM pada tahun 1983. Teknologi ini tidak mendapat tempat pada waktu tersebut kerana ia hanya dapat membuat satu arahan ringkas sahaja pada suatu masa.

Ini menyebabkan prosesor ini tidak dapat melakukan pelbagai tugas yang kompleks dan komputer yang menggunakan teknologi ini tidak dapat bersaing dengan Intel atau AMD.

Kelebihan Cip ARM Berbanding Intel

Oleh sebab CISC ini melakukan kerja yang sangat komplkes di dalam komputer, ia telah menggunakan kuasa yang tinggi berbanding RICS. Kita dapat melihat bagaimana aplikasi komputer yang ada pada zaman itu menjadi semakin kompleks yang memerlukan prosesor yang lebih berkuasa tinggi.

ARM tidak mempunyai sebarang kelebihan jika dibandingkan dengan cip Intel daripada segala aspek, kecuali di dalam penjimatan kuasa.

Ketika era telefon pintar mula menjadi produk mainstream, penggunaan cip yang tidak memerlukan kuasa besar amat diperlukan dan ARM yang sedia ada mempunyai teknologi tersebut telah menjadi pilihan kepada semua syarikat yang membangunkan telefon pintar.

Kesan Pembagunan Cip Buatan Sendiri Kepada Komputer Riba

Kredit Gambar: Tech Crunch

Kini dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh Apple dalam membangunkan cip buatan mereka sendiri berdasarkan blueprint ARM, ia menjadi igauan ngeri kepada Intel.

Selain Apple, Microsoft juga turut membangunkan komputer riba mereka yang berdasarkan teknologi ARM dan kemungkinan besar pengeluar lain akan turut mengikuti jejak langkah dua gergasi perkomputeran dunia. Intel bakal berdepan dengan keadaan yang sukar dalam perniagaannya jika perkara ini berlaku.

Baca : Apa Yang Menyebabkan Intel Berada Di Ambang Kejatuhan?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.