5 Perbezaan Zakat dan Cukai

Pastinya ramai yang bila dengar topik zakat dan cukai ni, sebolehnya akan cari jalan untuk mengelak daripada membayarnya. Mungkin kerana kurangnya ilmu berkenaan atau tak berapa faham kenapa perlunya seseorang itu bayar zakat dan cukai.

Tapi tahukah anda apa perbezaan di antara kedua-duanya? Jom kita kita baca perkongsian Tuan Afyan Mat Rawi yang merupakan seorang perunding kewangan.

Sistem zakat di dalam Islam berbeza dengan sistem cukai yang diamalkan hari ini.

1. Ketetapan

Zakat adalah ketetapan daripada Allah, manakala sistem cukai pula adalah ketetapan daripada kerajaan.

2. Muslim dan Non-Muslim

Di dalam Islam, zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Manakala jizyah (cukai kepada non-muslim) pula dikenakan kepada orang bukan Islam.

Muslim wajib membayar zakat, makanala non-muslim pula wajib membayar jizyah. Cukai pula dikenakan ke atas semua rakyat tanpa kira muslim atau tidak.

3. Pembayar

Zakat hanya dikenakan kepada orang yg kaya dan berharta sahaja. Hanya orang kaya yang wajib membayar zakat, seperti zakat harta, zakat emas perak, zakat perniagaan, zakat pertanian dan zakat fitrah.

Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan orang miskin tetap dikenakan cukai melalui pelbagai jenis cukai; cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, cukai perniagaan dan yang terkini cukai GST.

4. Kutipan Dan Pengagihan

Zakat dikutip daripada orang kaya untuk diagihkan kembali kepada orang miskin dan fakir serta asnaf zakat yang lain. Asnaf zakat, selain orang miskin dan orang fakir ialah amil, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan muallaf.

Manakala cukai pula dikutip daripada rakyat dan digunakan oleh negara untuk pembangunan negara seperti membuat pembangunan, membuat jalan raya, membayar gaji menteri dan sebagainya.

5. Kewajipan

Zakat diwajibkan ke atas orang yang berharta apabila cukup haul dan nisab tanpa sebarang pengecualian. Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan berharta mempunyai banyak cara tertentu untuk mengelak cukai secara sah.

Tahukah anda, di Malaysia pembayaran zakat boleh dapat rebat dan mengurangkan jumlah cukai yang dibayar?

Sebenarnya ada banyak cara lagi untuk kita boleh kurangkan sehingga 50% ke 70% pembayaran cukai, secara sah dan patuh undang-undang!

Boleh belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang.

Sumber: FB Afyan Mat Rawi

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Kesan RM1.4 Bilion Pendapatan Tidak Dilapor Hasil Semakan E-Invois

CYBERJAYA –  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kekal komited memperkukuh aktiviti pematuhan cukai bagi mengekang ketirisan hasil negara serta memastikan pelaporan pendapatan dilaksanakan dengan betul dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Usaha ini selaras dengan inisiatif memperkasa sistem percukaian negara melalui agenda pendigitalan bagi meningkatkan ketelusan, seterusnya menjadikan penilaian risiko pematuhan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Sejak pelaksanaan e-Invois mulai 1 Ogos 2024, sebanyak 184,325 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois yang melibatkan pengeluaran sebanyak 979 juta  e-Invois secara keseluruhan. Perkembangan ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik dalam kalangan pembayar cukai termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terhadap pelaksanaan e-Invois sebagai langkah transformasi untuk mendigitalkan operasi perniagaan serta memastikan transaksi direkod atau disimpan secara lebih teratur sama ada di pihak penjual dan pembeli

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, HASiL telah mengenal pasti pembayar cukai yang tidak melaporkan pendapatan untuk tindakan penguatkuasaan, sekali gus mengekalkan keadilan terhadap pembayar cukai yang mematuhi perundangan percukaian. Lebih 500,000 kes berpotensi telah dikenal pasti menunjukkan corak keupayaan kewangan yang tinggi tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian sedia ada, termasuk tiada rekod pelaporan pendapatan kepada HASiL.

Melalui pendekatan ini, HASiL telah menjalankan semakan audit dan mengeluarkan peringatan untuk menggalakkan pembayar cukai membuat pengakuan secara sukarela sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan atau kesilapan dalam maklumat percukaian mereka. Sebanyak 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini didapati tidak mematuhi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP), telah tampil mengemukakannya dan melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran ke belakang sebanyak RM1.4 billion yang menyumbang kepada hasil cukai sebanyak RM290 juta.

Sebagai agensi pentadbir cukai langsung negara, HASiL komited memberi sokongan penuh kepada Kerajaan bagi memastikan setiap pihak menunaikan tanggungjawab cukai mereka dengan melapor dan membayar cukai dengan sewajarnya. Dengan gabungan pendekatan berasaskan data dan teknologi terkini, HASiL sentiasa memastikan cukai dipungut secara adil dan saksama kepada golongan yang layak, serta berupaya mengesan sebarang ketidakpatuhan. Sehubungan dengan itu, HASiL menasihatkan semua pembayar cukai supaya sentiasa memastikan maklumat percukaian yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti yang lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pembayar cukai boleh menghubungi HASiL melalui saluran khas e-Invois seperti berikut untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat selanjutnya:

a. Berkunjung ke Pejabat HASiL;

b. Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);

c. MyInvois Live Chat;

d. E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan

e. Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my