Jika Salah Seorang Peminjam Meninggal Dunia, Apa Jadi Dengan Pembiayaan Rumah?

Saya buat pembiayaan perumahan di atas nama saya dan suami. Apabila suami meninggal dunia, adakah saya perlu membayar semuanya?

Ramai orang keliru dengan status pembiayaan perumahan setelah salah seorang daripada mereka telah meninggal.

Sebelum ini mereka berdua akan berkongsi wang untuk membayar sejumlah pinjaman rumah, tetapi apabila salah seorang meninggal dunia, adakah bayaran itu diteruskan seperti biasa dengan jumlahnya atau dikurangkan jumlahnya?

Atau tidak perlu bayar langsung? Sedangkan dalam dokumen pembiayaan rumah, tertera kedua-dua nama mereka.

Sekiranya anda bertanya kepada pegawai bank atau peguam yang mengendalikan kes kematian pemilik pinjaman rumah ini, pasti jawapan mereka tetap sama.

Ia berasaskan kepada apa yang tercatat dalam dokumen Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT).

Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT)

MRTT adalah sejenis takaful yang melibatkan 3 pihak iaitu peminjam, penjual dan juga bank yang terlibat untuk proses pembiayaan. Dengan adanya MRTT, si mati akan dilindungi daripada membuat bayaran pembiayaan seterusnya.

Ia adalah perlindungan kewangan yang akan diberikan untuk membiayai baki pinjaman rumah si mati sepenuhnya hanya atas nama si mati. Ia bermaksud, jika anda membeli rumah atas dua nama, ia akan dibahagikan mengikut peratus iaitu si mati dan anda.

Jika 50-50, maksudnya 50% akan dibiaya oleh MRTT dan anda perlu bayar separuh lagi jumlah harga rumah. Anda perlu jadualkan semula jumlah pembayaran yang akan anda bayar, selepas bayaran si mati dipotong daripada jumlah pinjaman asal. 

Sekiranya 100% MRTT hanya diletakkan kepada anda dan tidak langsung cover si mati, bermakna tiada perlindungan kewangan diberikan kepada si mati. Anda terpaksa membayar 100% jumlah pinjaman rumah seperti biasa. 

Kes-kes sebegini akan menyebabkan rumah disita atau lain-lain lagi kerana pembayar mungkin mengalami masalah kewangan untuk membayar.

MRTT ini juga akandiguna pakai jika seseorang itu mengalami kecacatan kekal yang disahkan, bukan hanya kematian sahaja.

Bagaimana Nak Tahu Berapa Peratus Perlindungan MRTT Yang Anda Dan Pasangan Ambil?

Kita pun terlupa apa yang telah kita buat sewaktu memohon pinjaman rumah dahulu. Tak ingat berapa peratus perlindungan yang diambil untuk setiap orang.

Jangan risau, kita boleh hubungi pihak bank yang kita buat pembiayaan rumah tersebut untuk menyemak segala maklumat. 

Anda juga boleh berbincang dengan pegawai bank berkenaan dengan pembiayaan perumahan selepas berlaku kematian salah seorang peminjam.

Sumber Rujukan: Toodia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PropertyGuru Melantik Vic Sithasanan Sebagai Pengarah Urusan Malaysia

Kuala Lumpur, 20 November 2025 – PropertyGuru Group (“Kumpulan” atau “PropertyGuru”), syarikat teknologi hartanah (“PropTech”) terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pelantikan Vic Sithasanan sebagai Pengarah Urusan Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam peranan baharunya, Vic akan menerajui pertumbuhan perniagaan pasaran Kumpulan di Malaysia, merangkumi PropertyGuru dan iProperty, serta memacu strategi untuk mengukuhkan nilai kepada pelanggan dan pengguna di samping memperkukuh kepimpinan kedudukan pasaran. Vic akan menyertai Pasukan Kepimpinan Eksekutif Kumpulan dan akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lewis Ng.

Pelantikan Vic menandakan satu pencapaian penting dalam transformasi kepimpinan PropertyGuru untuk memperkukuh pemilikan dan ketangkasan di peringkat negara. Peranan yang dipertingkatkan ini menandakan perubahan struktur syarikat daripada Pengurus Negara kepada Pengarah Urusan di pasaran utama bagi memacu impak yang lebih besar di peringkat tempatan.

Dengan lebih dua dekad pengalaman kepimpinan, Vic membawa rekod pencapaian kukuh dalam pertumbuhan pasaran, inovasi digital, dan pengurusan pengalaman pelanggan. Beliau menyertai PropertyGuru dari SEEK, di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan untuk Singapura dan sebelum itu sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia. Sepanjang perkhidmatannya, Vic telah memacu pertumbuhan perniagaan yang konsisten dan memimpin transformasi digital serta komersial utama di kedua-dua pasaran tersebut.

Sebelum menyertai SEEK, Vic merupakan pengasas bersama Hyperlab, sebuah syarikat AI yang mengautomasi perbualan pelanggan untuk jenama-jenama utama. Selepas pengambilalihan syarikat tersebut pada 2018, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan dan memimpin pengembangan perniagaan ke Amerika Syarikat, Jepun, dan pasaran-pasaran utama lain.

PropertyGuru turut mengumumkan bahawa Kenneth Soh, yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia, akan meninggalkan Kumpulan pada akhir Disember 2025. Di bawah kepimpinan Kenneth, PropertyGuru Malaysia mencapai beberapa pencapaian besar termasuk pelancaran Verified Badge, satu inisiatif kepercayaan awam bagi membendung penipuan hartanah, serta penerusan integrasi and PropertyGuru dan iProperty Malaysia.

Lewis Ng, Ketua Pegawai Eksekutif, PropertyGuru Group, berkata, “Saya berbesar hati menyambut Vic ke PropertyGuru sebagai Pengarah Urusan Malaysia yang baharu. Rekod pencapaiannya dalam memacu pertumbuhan, membina pasukan berprestasi tinggi, dan menyampaikan inovasi berteraskan pelanggan menjadikannya pemimpin yang tepat untuk membawa perniagaan kami di Malaysia ke tahap seterusnya.

Bagi pihak Kumpulan, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kenneth atas dedikasi dan sumbangannya selama ini. Kepemimpinannya telah memainkan peranan penting dalam banyak kejayaan kami di Malaysia dan menyokong pertumbuhan perniagaan kami di sini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan kerjaya seterusnya.”

Vic Sithasanan, Pengarah Urusan, Malaysia, PropertyGuru, berkata, “Landskap hartanah Malaysia sedang berubah dengan pesat, dan saya bersemangat untuk memimpin PropertyGuru dan iProperty ke fasa pertumbuhan seterusnya. Bersama-sama, kita akan terus berinovasi, meningkatkan ketelusan, dan membina kepercayaan yang lebih kukuh dalam ekosistem ini, bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan lebih “yakin serta membantu rakan kongsi kami berkembang dalam pasaran yang semakin digital dan saling berhubung.”