8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Pelaburan saham dalam bahasa mudah bermaksud satu aktiviti pelaburan dengan membeli unit atau ekuiti organisasi atau institusi dan bertujuan untuk mencapai keuntungan maksimum. Namun begitu, pelaburan saham dalam hartanah masih lagi hijau dalam kolam rakyat Malaysia khususnya Bumiputera.

Bila sebut sahaja pelaburan hartanah, kebiasaannya orang akan faham mereka perlu beli rumah atau tanah untuk memulakan pelaburan. Yang mana ianya memerlukan modal yang agak besar atau terlalu rumit. Pelabur perlu cari penyewa, jaga penyewa dan pastikan rumah dalam sentiasa dalam keadaan baik.

“Pelaburan saham bukan bermaksud pemilikan atas hartanah. Sebaliknya, lebih kepada pengurusan kewangan untuk pelaburan jangka panjang.”

Jadi sesetengah orang melihat pelaburan hartanah ini bukan untuk mereka dek kerana kekurangan modal atau masa. Apa pilihan lain bagi orang begini? Nak juga melabur hartanah?

Tidak mengapa, jangan risau, ada beberapa lagi pelaburan lain yang berasaskan hartanah tetapi tidak memerlukan wang yang besar atau masa yang banyak.

1. Real Estate Investment Trust (REIT)

Konsep REIT lebih kurang sama dengan konsep saham amanah (unit trust). Melalui saham amanah, duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pasaran saham dan bon/sukuk. Berbeza dengan REIT, duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.

Baca : REIT, Pelaburan Hartanah Bermodal Rendah

Portfolio REIT boleh mengandungi beberapa jenis hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Yang terbaru kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan REIT lapangan terbang pula, ianya merupakan REIT lapangan terbang yang pertama di dunia.

Sebagai pelabur, kita tidak perlu memikirkan hartanah mana yang paling berpotensi, lokasi mana yang strategik atau serabut kepala untuk mencari penyewa dan mengutip sewa setiap bulan. Semua perkara ini akan diuruskan oleh pengurus dana.

2. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

AHB yang dikenali sebagai Amanah Hartanah Bumiputera merupakan antara instrumen saham yang paling popular di Malaysia dek pemasaran agresif yang dilakukan beberapa institusi kewangan.

Buat pengetahuan anda, AHB juga merupakan REIT, apa yang bezanya ialah harga unitnya tidak berubah. Makanya,  AHB tiada risiko turun naik harga. Dana AHB ini diuruskan sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Apa yang menarik tentang AHB ialah dana unit ini digunakan untuk pelaburan bagi hartanah jenis komersil di Lembah Klang dan bandar utama di Malaysia dan ianya patuh syariah.

Baca : AHB, Peluang Melabur Dalam Hartanah

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta dalam pemilikan hartanah tetapi melalui pemilikan unit dalam AHB sebagai unit holder.

3. Mortgage Backed Securities (MBS)

Siapa yang pernah tonton  filem The Big Short pasti boleh faham MBS ni. MBS adalah satu produk pelaburan berasaskan hutang rumah. Bahasa mudahnya kita labur dalam pinjaman rumah, apa-apa kadar faedah yang dibayar peminjam kita akan dapat.

Bank akan beri pinjaman rumah kepada pelanggan. Katakan bank dah pinjamkan RM1 bilionkepada pembeli rumah, sekarang bank sudah kekurangan modal. Jadi macam mana dia nak pastikan dia boleh terus memberi pinjaman kepada orang ramai?

Kemudian datangnya satu idea untuk menghimpunkan seluruh hutang rumah ini untuk menjadi satu bon yang dikenali sebagai MBS. MBS ini kemudiannya dijual kepada pelabur. MBS akan memberikan pelabur dividen setiap tahun dan modalnya akan dipulangkan selepas tempoh yang dijanjikan.

Katakan MBS ini perjanjian terlampau panjang sehingga 30 tahun tetapi pelabur mahu melabur 5 tahun sahaja. Boleh atau tidak? Jawapannya adalah … boleh. Hal ini kerana, konsep MBS yang boleh dijual daripada satu pelabur kepada pelabur yang lain.

Selain 3 pelaburan di atas ini, ada beberapa produk pelaburan berasaskan hartanah yang lebih kompleks. Tetapi sayangnya pelaburan ini tiada di Malaysia buat masa ini. Antaranya adalahCollateralised Debt Obligation (CDO), Derivatif Hartanah, Indeks Hartanah dan matawang digital hartanah (Bitcoin).

Anda sebenarnya tidak perlu khawatir akan pelaburan saham dalam hartanah di luar negara kerana PNB dan EPF turut melabur dalam pasaran hartanah antarabangsa dan yang paling hot setentunya Battersea, London – sebuah bandar ikonik hasil pembangunan syarikat tempatan.

Namun begitu, anda tidak perlu meragui akan kredibiliti instrumen seperti Private Equity Emerging Market, Crypto Currency, CDO, Derivative Products Underlying Asset kerana dana ini merupakan dana antarabangsa yang menguruskan pelaburan sahama hartanah di luar negara.

Terpulang kepada anda untuk melabur di dana yang anda sukai kerana pelaburan saham merupakan antara pelaburan yang menguntungkan dari segenap aspek dan ruang.

Kredit: Hartabumi

Banyak Pilihan Pelaburan Yang Ada, Cukup-cukuplah Kena Tipu

Bagi tahun 2017, pihak polis telah mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion. Manakala rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa.

Skim pelaburan yang paling banyak orang kita kena tipu adalah emas, mata wang digital dan saham. Boleh baca lanjut mengenainya di Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah.

Buat Semakan Sebelum Melabur

Rajinkan diri membuka 2 laman sesawang ini untuk melihat senarai watchlist yang terbaru. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim-skim haram atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia –> Senarai Laman Web Yang Tidak Dibenarkan / Produk Pelaburan / Syarikat / Individu.

Ambil tahu juga berkenaan 4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa, semoga kita semua semakin celik dan tidak mudah terpedaya dengan skim yang entah apa-apa.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA