Ini 5 Kelebihan Menyewa Rumah Sampai Mati

Seperti yang kita semua sedia maklum, pasaran hartanah Malaysia pada masa kini sekarang berada di fasa buyers market. 

Buyers market merupakan satu fasa di mana wujudnya lambakan penjual rumah berbanding pembeli rumah. 

Masyarakat juga kurang yakin dengan pasaran semasa hartanah dan bertindak tunggu dan lihat sahaja. 

Kredit Imej : Page Design Pro

Perkara ini diburukkan lagi dengan harga rumah yang tidak selari dengan pendapatan isi rumah di Malaysia. 

Setakat tahun 2020, 43% daripada penawaran hartanah di Malaysia berada dalam lingkungan harga RM500,000 ke atas. 

Data daripada NAPIC pada suku pertama 2021 masih menunjukkan jumlah unit dan nilai hartanah tidak terjual yang tinggi di Malaysia. 

Direkodkan 27,468 unit tidak terjual di seluruh Malaysia dengan nilai RM18.48 bilion. 

Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40 berasa kecewa dan berhasrat untuk terus menyewa rumah sampai mati. 

Isunya, adakah menyewa lebih baik daripada membeli hartanah? 

Kredit Imej : Kuala Lumpur City

Berdasarkan pengamatan penulis, menyewa ada banyak kebaikan yang tidak kurang daripada membeli rumah, dan begitu juga sebaliknya. 

Terdapat 5 kelebihan sekiranya anda membuat keputusan menyewa rumah berbanding membeli!

Persamaan membeli rumah dan menyewa rumah adalah, anda tetap perlu membayar komitmen bulanan atau anda akan ditendang keluar samada oleh bank atau tuan rumah itu. 

Selagi anda masih hidup, anda tetap perlu membayar kos mendiami rumah tersebut.

Anda tetap dapat menggunakan fasiliti dan kemudahan yang ada (untuk rumah high rise) sama seperti orang yang membeli rumah di projek tersebut. 

1. Tak Berlaku Perebutan Harta Faraid

Tahukah anda, sejumlah RM70 bilion harta telah tergantung semenjak tahun 1957 sehingga tahun 2020. 

Bahkan, Amanah Raya mencatatkan sejumlah RM418 juta tunai tidak dituntut dan diklasifikasikan sebagai ‘wang menunggu dituntut’ (WMD). 

Umum mengetahui bahawa harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan dan kebanyakan perpecahan keluarga bermula gara – gara perbalahan dalam perebutan harta pusaka. 

2. Tiada Hutang Ke Hari Tua

Hari ini, masyarakat lebih sedar betapa nikmatnya hidup bebas tanpa komitmen bank.

Tidak sedikit jumlah warga emas yang masih lagi menanggung hutang pinjaman hartanah dan ada juga yang gagal membuat bayaran pinjaman hartanah dan diisytiharkan muflis. 

Tempoh komitmen pinjaman hartanah yang panjang (20 tahun – 30 tahun) menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang menanggung hutang sehingga ke hari tua dan terpaksa mengeluarkan wang KWSP untuk menyelesaikan hutang rumah mereka. 

Benar, memang ada anak muda yang berjaya membeli rumah sebelum mencapai usia 30 tahun.

Dalam masa yang sama, ada juga anak muda yang muflis kerana pinjaman hartanah sebelum mencapai usia 30 tahun. 

Tahukah anda, 60% daripada rakyat Malaysia yang muflis adalah anak muda dan 49% daripada anak muda itu muflis kerana pinjaman kereta & pinjaman peribadi.

3. Tiada Cukai Tahunan Yang Perlu Dibayar

Ramai yang terlupa bahawa sebagai pemilik rumah, mereka wajib membayar pelbagai cukai dan bayaran tambahan secara tahunan selain daripada bayaran ansuran pinjaman hartanah kepada bank. 

Antaranya adalah cukai pintu, cukai tanah dan sinking fund. Dengan menyewa, anda tidak perlu terfikir untuk membayar semua cukai dan kos itu. 

4. Kebebasan Geografi

Anak muda masa kini rata – rata bukan sahaja inginkan financial freedom, tetapi juga kebebasan geografi. 

Maksud kebebasan geografi ini adalah kebolehan untuk bekerja di mana – mana tanpa rasa terikat untuk tinggal di rumah sendiri. 

Anak muda masa kini ingin bebas untuk bekerja dan bermastautin di pelbagai lokasi. Contohnya, tinggal di Puchong dan bekerja di Subang Jaya. 

Selepas itu, mereka bertukar tempat kerja dan tempat tinggal ke satu lokasi baru dan begitulah kitarannya. 

Trend anak muda yang dahagakan peluang dan pengalaman ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia khususnya negara – negara maju.

5. Cashflow & Tenang Melabur

Kos untuk menyewa rumah jauh lebih rendah berbanding membeli rumah lebih – lebih lagi rumah dalam pasaran subsales dan lelong. 

Deposit paling tinggi yang anda perlu bayar biasanya 2 atau 3 bulan kadar sewa. Untuk rumah dengan kadar sewa RM1,000, anda hanya perlu menyediakan kos RM2,000 – RM3,000.

Berbeza dengan membeli rumah, anda perlu sediakan sekurang – kurangnya 15% atau RM45,000 untuk rumah berharga RM300,000.

Dengan lebihan wang yang ada, anak muda zaman kini sebenarnya mampu mengurus kewangan mereka dengan lebih baik dan mampu melabur ke dana yang kurang berisiko. 

Terkini, trend melabur ke matawang digital kripto dan NFT telah mendapat tempat dan mereka melabur bukanlah dengan objektif untuk untung secepat mungkin, akan tetapi melabur untuk satu jangka masa yang lebih panjang.

Sememangnya, tidak berdosa pun jika anda terus menyewa sampai ke akhir hayat jika membeli rumah menyebabkan anda berisiko untuk muflis dan tidak boleh tidur malam.

Anak muda zaman kini lebih menghargai kebebasan geografi dan tidak suka sama sekali duduk dan terikat di satu kawasan yang sama untuk tempoh 30 tahun – 40 tahun.

Apa yang penting, duit lebihan yang ada setiap bulan perlu digunakan secara bijak untuk beranakkan duit tersebut dan bukanlah untuk menyara gaya hidup mewah yang tidak akan pernah berkesudahan.

Sumber Rujukan : 

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.