Strategi Pelaburan Hartanah Yang Simple Tapi Menguntungkan

Umum mengetahui yang pelaburan hartanah merupakan jenis pelaburan yang paling konvensional dan tipikal.

Sebut sahaja tentang pelaburan, minda orang ramai pasti terbayang akan unit kediaman dan pelaburan saham dengan nilai jutaan ringgit.

Ramai pelabur terlalu fokus kepada lokasi hotspot dan jenis hartanah sahaja.

Sebaliknya, apa yang mereka perlu tahu adalah teknik dan strategi dalam memastikan pelaburan hartanah mereka mampu memberikan rental yield yang lumayan setiap bulan.

Sangat tidak seronok sekiranya ansuran bulanan hartanah anda adalah RM1,500 dan anda hanya mampu mengutip RM800 setiap bulan untuk rumah yang anda sewakan.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Dan masalah ini dukacitanya, melanda ramai pelabur hartanah kerana gagal memahami pasaran sewa hartanah.

Ada yang terpaksa menjual kediaman mereka kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian sehingga perlu mendapat bantuan perkhidmatan AKPK.

Baca : Statistik Muflis Di Malaysia

Dalam masa yang sama, jangan pula terlalu ketara sifat kapitalis dalam hartanah itu. Tawarkan solusi sebenar kepada masalah rakyat Malaysia.

Berikan bakal penyewa anda “the best deal” yang mereka boleh dapatkan tanpa anda perlu memiliki sebarang hartanah pun.

Teknik ini bukanlah dengan melabur ke Real Estate Investment Trust (REIT), sebaliknya adalah dengan melabur dengan teknik sublet.

Sublet dalam bahasa orang kebanyakan adalah sewa atas sewa atau subsewa.

Baca : 4 Cara Jana Pendapatan Tanpa Memiliki Hartanah Sendiri Guna Teknik Sublet

Ini bermakna, anda sebagai penyewa seluruh kediaman, menyewakan kediaman tersebut dalam kapasiti lebih kecil  (mikro). Contohnya, sewakan mengikut :-

  • Per kepala penghuni setiap bilik
  • Per bilik atau ruang dalam kediaman

Soalnya, adakah teknik pelaburan ini berkesan?

Adakah terdapat penyewa yang ingin menyewa ruang kecil kediaman tersebut?

Jawapannya ya.

Banyak otai pelabur hartanah telah berjaya mencapai keuntungan yang memberangsangkan dengan teknik ini.

Kadar sewa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, Kota Kinabalu dan Georgetown agak mahal untuk golongan bujang dan baru bekerja.

Isu harga merupakan satu perkara sensitif dalam permainan sewa rumah/bilik.

Dengan menyewakan per kepala atau per bilik, harganya akan menjadi lebih murah berbanding menyewa sebuah kediaman.

Dan golongan ini akan terus wujud kerana faktor penawaran harga sewa rumah/bilik yang murah, lebih – lebih lagi yang terletak di kawasan primer.

Strategi Pelaburan Hartanah Simple Yang Menguntungkan

1. Jenis Penyewa

Untuk mengelakkan anda pening kepala memikirkan persona penyewa yang sesuai untuk kediaman anda, apa kata anda tetapkan jenis penyewa kepada 1 atau dua golongan sahaja.

Contohnya, golongan pekerja yang bekerja dalam radius 1KM dari kediaman anda atau pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar kediaman anda.

Baca : Penyewa Rumah Anda Akan Kekal Dengan 5 Cara Ini

Kesilapan ramai pelabur hartanah adalah mereka terlalu fokus kepada satu bangsa dan golongan sahaja.

Ini sebenarnya lebih menyukarkan mereka untuk mencapai rental yield yang sedap di hujung bulan.

2. Keperluan Asas

Penyewa anda kelak adalah manusia dan bukanlah haiwan. Jadi, sediakan keperluan asas untuk memudahkan lagi aktiviti kehidupan seharian mereka.

Sediakan keperluan asas seperti :-

  • WiFi
  • Televisyen
  • Kipas Angin
  • Katil & Tilam
  • Dapur Memasak
  • Meja Belajar (jika penyewa anda golongan pelajar)

Baca : 7 Langkah Perlu Diambil Sebelum Memulakan Bisnes Sublet Hartanah

99% daripada keperluan di atas anda boleh beli di kedai barangan terpakai atau preloved di portal lelong online pada harga yang cukup murah.

3. Faktor Naikkan Rental Yield

Kehendak manusia itu luas, tetapi anda tak perlu sediakan semua. Fokus kepada nilai yang boleh meningkatkan rental yield anda sahaja.

Contohnya, sediakan bilik/ruang yang lebih besar untuk penyewa yang baru berkahwin dengan tambahan RM100 setiap bulan.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Atau, sediakan bilik/ruang dengan penghawa dingin dengan tambahan RM150 setiap bulan.

Jika penyewa anda adalah golongan pelajar, tidak salah jika anda melanggan servis internet yang paling bagus.

Ini semua contoh – contoh nilai yang anda boleh berikan kepada penyewa untuk meningkatkan rental yield anda.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan yang pelaburan hartanah tanpa memiliki hartanah itu praktikal dan realistik.

Jika anda sudah pun memiliki hartanah sendiri dan masih gagal mendapatkan penyewa, ada baiknya anda kaji dan cuba teknik ini.

Sublet boleh dikatakan teknik terakhir yang anda boleh praktikkan jika rumah anda sepi tanpa penghuni kerana faktor harga.

Anda boleh mula fokus dengan kediaman di kawasan primer atau rumah kedai.

Baca : Berbaloikah Beli Lot Kedai Untuk Pelaburan Hartanah?

Permintaan di kawasan lot komersial adalah lebih tinggi dan potensi pelaburan sublet anda untuk berjaya adalah besar!

Sumber Rujukan :


BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kenapa Sunway Menyerupai Berkshire Hathaway Versi Malaysia

Bila orang sebut Sunway, kebanyakannya akan terbayang Sunway Pyramid atau Sunway Lagoon.

Sunway bukan sekadar itu. Kalau tengok betul betul, ia sudah berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Ia lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar yang mengawal pelbagai lapisan kehidupan moden daripada rumah, beli belah, pendidikan, kesihatan sehinggalah pelancongan dan infrastruktur.

Mereka sedang membina satu empayar aset dan cara ia berkembang semakin menyerupai model Berkshire Hathaway. Sunway memiliki dan mengendalikan pelbagai sektor yang menyentuh kehidupan seharian orang ramai.

Mereka membina rumah dan bandar.
Mereka memiliki pusat beli belah.
Mereka mengendalikan hotel dan taman tema.
Mereka mengurus universiti dan sekolah.
Mereka memiliki hospital.
Mereka juga membina lebuh raya dan pusat data.

Ini penting kerana setiap sektor ini menjana aliran tunai yang berbeza. Bila segmen hartanah perlahan, hospital masih ada pesakit. Bila pelancongan turun, universiti masih ada pelajar. Bila jualan rumah lembap, mall masih ada penyewa.

Model ini sama seperti Berkshire yang tidak bergantung kepada satu industri untuk hidup. Sebagai bukti betapa besarnya empayar ini, Sunway Berhad mencatatkan rekod hasil tertinggi pada tahun kewangan 2024, iaitu sekitar RM7.88 bilion, meningkat lebih 28% berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan pertumbuhan hasil di hampir semua segmen perniagaan kumpulan.

Warren Buffett pernah berkata bahawa kekayaan sebenar datang daripada memiliki perniagaan yang menjana aliran tunai berulang dan boleh bertahan berdekad lamanya. Itulah falsafah di sebalik Berkshire Hathaway. Ia bukan terkenal kerana satu industri, tetapi kerana memiliki banyak perniagaan yang orang guna setiap hari, dari insurans hingga elektrik dan pengangkutan.

Bandar dan pembangunan hartanah

Sunway bermula dengan Bandar Sunway dan kini mempunyai pembangunan berskala bandar di beberapa tempat lain seperti Sunway City Iskandar Puteri di Johor dan Sunway City Ipoh di Perak. Ini bukan projek kecil tetapi kawasan bersepadu yang merangkumi perumahan, komersial, pendidikan dan kemudahan awam.

Selain itu, Sunway juga telah membangunkan lebih daripada 100 projek kediaman dan hartanah merangkumi rumah teres, kondominium serta bangunan komersial di seluruh negara dan luar Malaysia. Ini memberi mereka aliran projek yang berterusan untuk jangka masa panjang.

Mesin trafik melalui pusat beli belah

Sunway memiliki rangkaian pusat beli belah yang besar dan ikonik seperti Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, Sunway Square Mall dan Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang). Mall ini bukan sekadar tempat orang membeli belah tetapi berfungsi sebagai pusat aktiviti yang menggerakkan ekonomi kawasan sekeliling.

Kehadiran mall besar ini meningkatkan nilai hartanah, menarik penyewa berkualiti dan mencipta aliran tunai yang stabil kepada kumpulan Sunway.

Pelancongan dan hotel sebagai enjin ekonomi

Sunway Lagoon berperanan sebagai tarikan utama kepada Bandar Sunway dengan menarik jutaan pelawat setiap tahun. Pelawat ini kemudiannya mengisi hotel, restoran dan pusat beli belah di sekeliling, mewujudkan kitaran ekonomi yang berterusan.

Di bawah Sunway Hotels and Resorts, kumpulan ini mengendalikan sekitar 12 belas hotel dan resort di Malaysia, Kemboja dan Vietnam dengan hampir 4,000 ribu bilik, suite dan vila. Ini menjadikan pelancongan satu sumber pendapatan penting yang tidak bergantung kepada jualan hartanah semata mata.

Kilang bakat melalui pendidikan

Melalui Sunway Education Group, mereka mengurus 23 institusi pendidikan merangkumi universiti, kolej berbilang kampus, sekolah antarabangsa dan institut khusus. Semua ini berada di bawah Jeffrey Cheah Foundation yang juga menyediakan biasiswa dan menyokong aktiviti penyelidikan.

Kesihatan sebagai aset strategik

Sunway turut mengendalikan rangkaian hospital melalui jenama Sunway Medical Centre di lokasi utama seperti Penang, Kuala Lumpur, Damansara dan Ipoh. Hospital ini melayani pesakit tempatan dan juga pelancong perubatan, menjadikan sektor kesihatan satu lagi sumber pendapatan yang stabil.

Kehadiran hospital juga meningkatkan nilai kawasan dan menyokong pembangunan bandar bersepadu Sunway.

Sunway Healthcare Holdings Bhd (unit penjagaan kesihatan di bawah Sunway) telah membuat persiapan untuk penyenaraian awam (IPO) di Bursa Malaysia. Prospektus awal menunjukkan cadangan untuk menawarkan sehingga hampir 1.97 bilion saham dalam IPO ini, termasuk jualan saham sedia ada dan terbitan saham baharu.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings di pasaran utama Bursa Malaysia, termasuk langkah pecahan saham pra-IPO untuk memperluas asas saham syarikat tanpa mengubah nilai keseluruhannya.

Jika berjaya, IPO Sunway Healthcare berpotensi menjadi salah satu penyenaraian besar di Malaysia dalam beberapa tahun, dengan dana yang besar dan memperluas peluang pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan swasta.

Baca juga Panduan Asas Bagaimana Nak Beli Saham IPO di Bursa Malaysia

Keupayaan membina dari dalam

Sunway tidak bergantung sepenuhnya kepada kontraktor luar. Mereka mempunyai keupayaan pembinaan dan infrastruktur sendiri melalui anak syarikat yang terlibat dalam projek seperti Kajang SILK Highway, South Klang Valley Expressway, lebuh raya NH844 di India serta pembinaan pusat data bernilai lebih satu bilion ringgit.

Ini memberi mereka kawalan kos, kelajuan pelaksanaan dan keupayaan untuk mengambil projek berskala besar.

Tanah sebagai masa depan Sunway

Dengan rizab tanah sekitar 2,200 ratus ekar, Sunway memiliki cukup tanah untuk membina hampir tiga buah Bandar Sunway baharu. Ini memberikan mereka stok pembangunan jangka panjang yang boleh dibangunkan secara berperingkat selama bertahun tahun.

Akhirnya, semua ini menunjukkan Sunway bukan sekadar menjual rumah atau membina bangunan. Mereka membina, memiliki dan menggerakkan keseluruhan ekonomi sebuah bandar. Itulah sebabnya Sunway hari ini lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar moden di Malaysia.

Pemegang saham utama Sunway Berhad. Sumber: Bursa Malaysia.

Prestasi harga saham Sunway Berhad

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.