Cara Keluarkan Duit ASB Online Tanpa Perlu Beratur Di Bank

Amanah Saham Bumiputera (ASB) bukan lagi satu pelaburan asing dalam kalangan rakyat Malaysia yang berstatus bumi. Pulangan pelaburan yang memuaskan dengan risiko yang rendah kerana modal pelaburan yang terjamin. 

Oleh itu, tidak hairanlah ramai antara kita memilih medium ASB ini sebagai medium pelaburan berisiko rendah mereka sebelum melabur ke medium pelaburan yang lain. Dengan kadar dividen sekitar 4.5% hingga 6.0% setahun, cukup untuk pelabur menjaga nilai kewangan mereka daripada hakisan inflasi. 

Baca : ASB Atau Tabung Haji Lebih Baik?

Dengan fasiliti yang disediakan, pelabur juga mudah untuk depositkan duit ke akaun ASB ini secara atas talian sahaja. 

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa untuk keluarkan duit daripada ASB ini juga boleh dilakukan secara atas talian sejak tahun 2020 lagi. 

Kali ini kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh withdraw duit ASB anda secara online dengan menggunakan aplikasi MyASNB

1. Login Aplikasi MyASNB Anda

Sama seperti mana-mana aplikasi, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah login aplikasi tersebut dengan memasukan ID dan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini. 

Pastikan anda masukan ID dan kata laluan yang betul, jika kata laluan anda silap lebih daripada 3 kali, akaun anda berkemungkinan akan disekat sementara waktu. Jika disekat, anda perlu hubungi pihak ASNB untuk bantuan.

2. Pilih Ikon Jualan Balik Untuk Pengeluaran

Selepas dah login, pilih ikon Jualan Balik untuk meneruskan hasrat pengeluaran secara atas talian anda. 

Kemudian pilih unit amanah yang anda berhasrat untuk keluarkan wang pelaburan anda tadi seperti gambar di sebelah kanan. 

3. Tetapkan Jumlah Pengeluaran

Selepas anda memilih unit amanah tadi, masukkan jumlah pengeluaran yang anda kehendaki. Tetapi sebelum itu baca dulu kriteria untuk jualan balik pada Notis Pelaburan

Dalam kriteria tersebut, pihak MyASNB telah menetapkan syarat pengeluaran secara online seperti berikut:-

  • Jumlah minimum pengeluaran adalah RM100
  • Jumlah maksimum pengeluaran terkumpul untuk semua unit amanah adalah terhad kepada RM2,000 sebulan
  • Anda hanya boleh membuat tiga transaksi sebulan

Ini bermakna, jumlah tertinggi untuk pengeluaran secara online dengan menggunakan MyASNB ini adalah terhad kepada RM2,000 sahaja.

4. Semak Maklumat Diri Dan Perbankan

Selepas anda telah baca dan tetapkan jumlah pengeluaran, tekan butang next untuk ke paparan seterusnya. Di paparan seterusnya ini, anda perlu menyemak maklumat diri anda beserta maklumat perbankan anda. 

Pastikan nombor bank anda adalah betul untuk mengelakan sebarang masalah proses pengeluaran ini. 

5. Pilih Kaedah Pengesahan

Kemudian, anda akan diminta untuk memilih kaedah pengeluaran. Sama ada melalui Push Notification pada aplikasi MyASNB atau dengan mendapatkan TAC melalui SMS. 

Jika anda memilih push notification, anda akan terima notifikasi daripada myASNB dan anda diminta untuk menekan butang approve untuk meneruskan pengeluaran wang anda. 

6. Lihat Status Pengeluaran Anda

Selepas menekan butang approve tadi, aplikasi akan bawakan anda ke bahagian seterusnya yang akan memaparkan status pengeluaran anda. 

Walaupun status pengeluaran anda berjaya, wang anda akan didepositkan ke dalam akaun bank yang berdaftar dalam tempoh masa 1 hari bekerja.

Jangan risau pula bila semak baki akaun bank masih tak berubah. 

Lepas ni kalau nak guna duit sikit-sikit, tak perlulah beratur panjang di bank…Withdraw online saja!

Jika kurang faham, jom tengok video tutorial ini.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.