Cara Buat Duit Dengan Pasaran FCPO Untuk Beginner

Mari kenali sebuah instrumen yang lebih high risk tetapi juga high reward dan mampu memberi kita potensi keuntungan secara harian dengan modal yang munasabah.

Pernah dengar tak pasal FCPO? Alah, yang member-member kita dok cerita boleh buat duit laju macam forex trading tu. Bezanya, kontrak FCPO adalah patuh Shariah.

FCPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (MYR) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Dan YA, kita boleh buat duit apabila pasaran ini sedang up atau down.

Pasaran ini telah lama wujud sejak 40 tahun yang lalu. Pasaran FCPO adalah perdagangan berasaskan komoditi minyak kelapa sawit. Harga minyak kelapa sawit di BMD menjadi rujukan kepada harga semasa dunia. Selain FCPO, Bursa Malaysia Derivatives mempunyai produk Futures yang lain seperti indeks KLCI, Gold dan sebagainya.

BMD menawarkan 3 kategori derivatif: Komoditi Derivatif, Ekuiti Derivatif dan Kewangan Derivatif.

1. Langkah Pertama, Buka Akaun Futures

Untuk mula berdagang anda perlu membuka akaun futures dengan mana-mana broker yang berdaftar. Pendaftaran akaun akan mengambil masa 1-3 minggu proses untuk aktif. Ramai yang beranggapan akaun CDS boleh digunakan untuk berdagang produk futures. Akaun CDS tidak boleh digunakan untuk berdagang FCPO. Hal ini kerana CDS hanya untuk pelaburan saham manakala FCPO adalah produk berasaskan komoditi dan ia didagangkan dalam bentuk kontrak bukan pegangan saham syarikat.

Nak senang buka secara online, rujuk Tutorial Buka Akaun Futures Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Futures Di Malaysia & Global

Boleh juga buka dan trade FCPO dengan akaun Webull, rujuk Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

2. Modal Untuk Mula Berdagang

Pasaran FCPO tidak seperti pasaran saham. Untuk berdagang FCPO, anda perlu mendeposit modal pelaburan mengikut garis panduan oleh BMD. Pada masa ini (Jan 2024), BMD meletakan margin 1 kontrak FCPO adalah RM7,000 dan half margin adalah RM3,500 tetapi ini bergantung kepada broker masing-masing. Ada juga broker yang bagi quarter margin. Selepas akaun FCPO anda siap, anda perlu mendeposit sejumlah wang untuk memulakan perdagangan. Untuk mendapatkan half margin selalunya anda perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkannya.

3. Cara Buat Duit Dengan FCPO

Bagaimana anda boleh menjana wang dengan pasaran FCPO adalah dengan meletakan target 10 ticks setiap hari. Kenapa 10 ticks? Untuk mendapat 10 ticks dalam sehari adalah satu target yang sangat logik untuk dicapai. Apabila anda berjaya mendapat 10 ticks sehari pendapatan kasar anda adalah RM250 sehari. Ini bersamaan RM5000 dalam tempoh 20 hari berdagang.

Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapat 10 ticks dalam tempoh 5 minit sahaja. Hal ini kerana pergerakan harga FCPO yang sangat volatile. Pergerakan harga yang laju memudahkan pedagang menjana keuntungan.

Tetapi harus diingatkan pergerakan harga yang laju juga boleh menyebabkan anda kerugian RM250 dalam masa 5 minit. Amalan pengurusan risiko yang ketat sangat penting dalam perdagangan FCPO.

4. Boleh Pilih Trade FCPO Siang Atau Malam

Kecairan pasaran FCPO setanding pasaran Forex dan CFD. FCPO menjadi pilihan berbanding saham bagi pedagang sepenuh masa sebab dibuka pada waktu malam. Setiap pedagang juga boleh in-out dalam masa yang singkat dan boleh menghasilkan volume perdagangan yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, seorang pedagang profesional dalam pasaran FCPO boleh mencapai keuntungan ratusan ribu ringgit dalam tempoh sebulan. Pasaran FCPO merupakan lubuk yang sangat lumayan. Selain itu, pasaran ini juga melibatkan pihak pengeluar minyak sawit seperti FGV, KLK dan Sime Darby. Mereka mengakses pasaran FCPO untuk mengawal risiko barang fizikal mereka.

5. Fokus Pada 1 Carta

Tidak seperti saham, biasanya pelabur perlu meneliti dan mengkaji banyak saham yang berpotensi setiap hari. Dalam pasaran FCPO, pedagang hanya memfokuskan pada satu carta sahaja iaitu carta kontrak FCPO bulanan. FCPO didagangkan dalam bentuk kontrak dan ia bertukar-tukar setiap bulan. Jadi, pedagang hanya perlu fokus pada carta kontrak sahaja dan tidak perlu lagi untuk mengkaji kaunter yang banyak.

Banyak lagi ilmu FCPO yang kami akan kongsikan kepada anda dalam artikel akan datang.

Baca juga:

Jadi, Macam Mana Nak Mula?

Jom sama-sama sertai sesi Live “Apa Best Trade FCPO?” bersama dengan pakar FCPO, Tuan Wan Mohd Hafizulddin (CFTe, MSTA, Dual License Remisier).

Inilah peluang untuk anda tanya sampai faham apa sahaja mengenai perdagangan FCPO.

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.