Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu ramai Rakyat Malaysia terjawab sudah, Baru sebentar tadi pada jam 9.45 pagi, telah berlangsungnya majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Tun Arifin Zakaria selaku Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) / Encik Ahmad Zulqarnain Onn selaku Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Pengagihan 4.25 Sen seunit + Ehsan 0.75 Sen seunit
Alhamdulillah, di kala keadaan ekonomi baru saja hendak pulih dan dengan prestasi pasaran saham Bursa Malaysia yang suram; dapat juga para pelabur ASB memperolehi pulangan yang berbaloi.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2020 ASB mencatatkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan ehsan sebanyak 0.75 sen seunit. Kira OK sangatlah tu jika nak dibandingkan dengan tahun lepas.
Kita pun tahu bahawa pelaburan dalam ASB adalah sangat berisiko rendah tetapi keuntungannya adalah sederhana. Sepatutnya pelaburan berisiko rendah, pulangannya juga rendah.
Pelaburan Unit Trust adalah sah sebagai medium pelaburan kerana Syarikat Pengurusan Unit Trust dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dapatkan senarai syarikat dan dana di laman web SC.
Adakah anda percaya bahawa pelaburan dalam Unit Trust mampu memberikan kadar keuntungan yang tinggi?
Jika jawapan anda YA, anda perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati. Tidak semua dana daripada unit trust mampu memberikan pulangan yang tinggi. Ada sesetengahnya yang telah melabur bertahun-tahun tetapi masih belum nampak sinarnya.
Hari ini, pasaran Unit Trust di Malaysia sangat luas. Ada lebih kurang 40 syarikat pengurusan dana dan ratusan dana yang ditawarkan kepada pelabur.
Setiap dana mempunyai:
fokus pelaburan yang berbeza,
tahap risiko yang berbeza,
strategi pengurusan yang berbeza dan kos yang berbeza.
Contohnya, ada dana yang fokus dalam Malaysia, ada yang melabur dalam pasaran global. Ada yang agresif, ada yang konservatif. Ada yang patuh syariah, ada yang konvensional.
Pendek kata:
Dana tak sama. Pengurus dana tak sama. Prestasi pun mestilah tak sama.
3 Sebab Kenapa Ramai Masuk Melabur Dalam Unit Trust.
1. Consultant tu kakak cantik atau abang sado 2. Terpesona dengan janji % % % % 3. Tak perlu keluar cash, ada pilihan untuk guna duit KWSP
Jangan marah, kami gurau saja.
Tapi rasanya sebab #3 tu paling kuat.
Bagaimana caranya untuk anda tidak terciduk teruk dalam pelaburan Unit Trust?
1. Fahami Konsep Unit Trust
Sebelum anda mengambil tindakan untuk melabur dalam Unit Trust, pastikan anda telah fahami segala konsepnya. Baca lagi Apa Itu Unit Trust.
Dalam Unit Trust, kita melabur dalam bentuk unit, dan harga unit ini tidak tetap, ada masa turun, ada masa naik. Jadi, kalau naik, untunglah, kalau turun, rugilah.
Maka fahamlah kita bahawa Unit Trust juga terdedah dengan kerugian.
“Dekat mana Unit Trust tu laburkan duit kita?”
Contoh : Apabila kita kita beli dana Unit Trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya duit kita dilaburkan ke dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham global). Cuma yang tolong jual beli saham tu adalah Fund Manager yang dilantik oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Unit Trust Management Company, UTMC).
Mindset nak untung besar dan cepat ini akan buat anda kecewa dengan Unit Trust. Meskipun ada dana yang YTD dah cecah lebih 20%, tak semestinya dana lain mempunyai prestasi yang sama.
2. Fahami Caj-Caj Terlibat
Semua pelaburan di Malaysia ada caj-caj yang perlu dibayar. Baik saham, hartanah, mahu pun Unit Trust. Caj-caj ini akan digunakan untuk membiayai kos-kos operasi pelaburan.
Secara asasnya caj-caj ini dalam pelaburan unit amanah ni boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu caj yang dikenakan secara langsung dan caj yang dikenakan secara tidak langsung. Contoh caj langsung adalah:
Caj belian (Sales Charge)
Caj penjualan (Redemption/Exit Charge)
Caj pertukaran dana (Switching Charge)
Caj pengurusan tahunan (Management Fee) dan caj prestasi jika ada
Apabila anda telah fahami konsep Unit Trust, anda boleh terus memulakan langkah yang seterusnya dengan survey dana-dana yang ada.
Terdapat banyak senarai dana yang pelbagai jenis. Ianya bergantung kepada risiko yang rendah, risiko pertengahan dan juga risiko yang tinggi. Paling penting, pilih dana yang PATUH SYARIAH.
Kunci kejayaan dalam pelaburan ialah asset allocation dan fund management. Kalau modal lebihan kita banyak, pecahkan mengikut syarikat, kelas aset, market cap dan geografi. Tetapi jangan pula semuanya dana Malaysia market. letaklah dalam dana global sikit (China, USA).
4. Baca Dokumen – Fact Sheet & Laporan Prestasi
Hari ini anda perlu jadi “pelabur pintar” bukan hanya ikut nasihat ejen: Pastikan fund manager menyatakan visi, strategi, dan risiko supaya anda tahu apa yang anda beli.
Baca Fund Fact Sheet: jenis aset, negara, sektor, risk rating. Semak prestasi 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan banding dengan kategori sepadan (benchmark).
Dalam pelaburan Unit Trust, sama macam saham, tiada apa yang pasti. Prestasi semasa tidak menjamin prestasi pada masa akan datang. Namun begitu, jangan membabi buta memilih dana, dapatkan juga past performance data – berapakah pulangan sepanjang 3 / 5 / 10 tahun lepas.
Selalunya ramai akan percaya saja cakap ejen tetapi tak buat homework sendiri.
5. Padankan Matlamat Dengan Dana
Pelaburan anda harus selari dengan matlamat dan tempoh masa anda:
Jika anda perlukan akses dalam 1-2 tahun → pilih risiko rendah, mungkin dana bon atau seimbang.
Jika anda belanja untuk 10-20 tahun → boleh ambil risiko tinggi, dana ekuiti atau dana global.
Dalam pelaburan, tiada tempoh masa jangka pendek jika anda ingin lihat kadar keuntungannya. Ini kerana, pelaburan sentiasa ada turun dan naiknya. Pertimbangkan juga “Dollar-Cost Averaging” (DCA) iaitu melabur secara konsisten bulanan supaya tidak terlalu terdedah kepada pilihan masa yang salah.
6. Timing
Bila sudah jumpa dana yang nampak bagus, anda kena tahu juga bila masa paling sesuai nak masuk melabur. Logiknya waktu harga murah paling sesuai. Kalau harga unit dah tinggi boleh labur juga ke? Boleh, tapi lambat sikitlah nak untungnya.
“Memilih dana unit amanah bukan semata-mata ikut ejen, tetapi faham konsep, faham kos, faham matlamat dan buat kajian sendiri.”
Pelaburan unit trust boleh jadi salah satu batu loncatan ke arah kekayaan, tetapi bukan tiket pantas untuk kaya secara sekelip mata. Dengan pendekatan yang tepat, anda boleh melabur dengan lebih yakin, mengelak “terciduk” dan berpotensi mengejar pulangan yang sihat dalam jangka panjang.
7. Ejen Yang Bagus
Ejen yang bagus akan banyak bertanya, bukan banyak menjual. Soalan-saolan yang patut dia tanya:
Berapa umur?
Ada komitmen apa?
Tujuan pelaburan ni untuk apa?
Matlamat kewangan ni untuk siapa? (Diri sendiri, anak, ibu bapa)
Anggaran jumlah sasaran? (contoh: nak kumpul RM30,000 dalam 5 tahun)
Ada keperluan tertentu? (contoh: anak masuk universiti)
Tempoh pelaburan berapa lama?
Toleransi risiko macam mana?
Dah ada emergency fund belum?
Berapa kerap anda nak review portfolio? (3 bulan / 6 bulan / setahun)
Kalau dia terus cakap: “Bang pilih dana ni, memang confirm naik ni…” Baik cabut lari. Itu bukan penasihat. Itu salesman.
Buat ujian ringkas (nak tahu ejen tu betul-betul faham atau tidak):
Tanya dia:
“Siapa Top 10 holdings dana ni?” “Dana ni fokus sektor apa?”
Kalau dia blur dan jawab:
“Saya check sekejap ya…”
Tu tandanya ejen cuma hafal skrip. Bukan faham pun pasal dana tu.
Ramai orang cari unit trust terbaik sebab nak pilih yang memberikan pulangan baik, stabil, patuh syariah dan sesuai dengan matlamat hidup masing-masing. Tapi realitinya, tiada satu dana yang terbaik untuk semua orang. Yang ada ialah dana yang paling sesuai dengan profil risiko dan objektif anda.
Berikut merupakan senarai Syarikat Pengurusan Dana/Unit Trust yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia — setakat 31 Ogos 2025:
Senarai Syarikat Pengurusan Unit Trust di Malaysia
Abrdn Islamic Malaysia Sdn. Bhd.
AHAM Asset Management Berhad
AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Amanah Saham Sarawak Berhad
AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd.
AmFunds Management Berhad
Areca Capital Sdn. Bhd.
Astute Fund Management Berhad (dahulu Apex Investment Services)
BIMB Investment Management Berhad
BOS Wealth Management Malaysia Berhad
Berjaya Mutual Sdn. Bhd. (dahulu Inter-Pacific Asset Management)
Eastspring Investments Berhad
Eq8 Capital Sdn. Bhd.* (dahulu i-VCAP Management)
Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn. Bhd.
Hong Leong Asset Management Berhad
KAF Investment Funds Berhad
Kedah Islamic Asset Management Berhad
Kenanga Investors Berhad
Manulife Investment Management (M) Berhad
Maybank Asset Management Sdn. Bhd.
MIDF Amanah Asset Management Berhad
Muamalat Invest Sdn. Bhd.
Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.
Opus Asset Management Sdn. Bhd.
Pengurusan KUMIPA Berhad
Permodalan BSN Berhad
PHB Asset Management Berhad
Pheim Unit Trusts Berhad
Phillip Mutual Berhad
PMB Investment Berhad
Principal Asset Management Berhad
PTB Unit Trust Berhad
Public Mutual Berhad
RHB Asset Management Sdn. Bhd.
RHB Islamic International Asset Management Berhad
Saham Sabah Berhad
Saturna Sdn. Bhd.
TA Investment Management Berhad
UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
M & A Value Partners Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.*