5 Rahsia Mengapa Milenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia satu perkara yang merugikan.

Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk unit amanah (unit trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan milenial patut melabur dalam unit amanah.

Rahsia? apa yang rahsia sangat tu? Ramai tak tahu benda ni, sebab tu dipanggil rahsia.

1. Tidak Perlu Jadi Pakar 

Anda tidak perlu menjadi pakar atau mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan yang bertahun-tahun untuk memperoleh keuntungan.

Unit amanah merupakan skim pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelaburan daripada ramai orang.  Portfolio pelaburan kolektif ini kemudiannya akan diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman dan pakar dalam. Dengan adanya pakar untuk melakukan kerja yang sukar dan sulit untuk anda, unit amanah merupakan penyelesaian ideal untuk warga milenia yang sentiasa sibuk.

2. Tidak Memerlukan Pendapatan Yang Besar

Kebanyakan penyedia unit amanah memberikan anda pilihan untuk melabur sekali gus atau pun dengan jumlah yang sedikit dan tetap setiap bulan melalui pesanan debit. Pilihan yang kedua ini membolehkan mereka yang mempunyai pendapatan yang terhad untuk mengumpul wang dalam jumlah yang lebih besar untuk dilaburkan.

Selain itu, dengan mengumpulkan wang anda bersama dengan orang lain, anda kini boleh membeli aset yang biasanya hanya tersedia untuk pelabur kaya. Kos sesetengah saham adalah terlalu mahal untuk individu, tetapi sifat kolektif unit amanah memberikan penyelesaian kepada masalah ini.

3. Pelaburan Dalam Portfolio Yang Pelbagai

Sumber Gambar Dawnfu / Pixabay

Pengurus dana yang menguruskan dana unit amanah anda selalunya akan mempelbagaikan pelaburan kepada pelbagai jenis aset. Biasanya, ia termasuklah saham ataupun dana ekuiti, dana bon, bon korporat, dana mata wang pasaran, dana REIT, dana hartanah dan pelbagai lagi.

Dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan, risiko keseluruhan pelaburan anda dapat dikurangkan.

4. Pelaburan Yang Selamat

Pengurus dana tidak dapat mengakses wang tunai anda.

Faedah anda sebagai seorang pemegang unit, akan dilindungi oleh perlantikan pemegang amanah bebas untuk memgang aset dana bagi pihak pemegang unit. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkenaan unit amanah akan menyukarkan pihak lain untuk sewenang-wenangnya mengambil wang anda.

5. Mudah Untuk Dicairkan

Tidak seperti pelaburan lain yang ‘menyimpan’ duit anda untuk tempoh yang ditetapkan, unit amanah mempunyai tahap kecairan yang lebih tinggi. Anda boleh menukarkan unit anda dalam bentuk tunai pada hari berikutnya setelah anda membeli harga unit.

Anda juga tidak perlu membayar penalti sekiranya anda berbuat demikian. Ini merupakan suatu kelebihan dalam kes kecemasan ataupun apabila anda perlukan wang tunai dengan segera.

Sekiranya anda seorang yang baru saja mahu berjinak-jinak dalam pelaburan unit amanah, anda mungkin perlu catatkan beberapa perkara penting ini.

Sumber Gambar: snowing / Freepik

1. Buat Pelan Kewangan Dan Matlamat

Ikutinya dengan ketat- Hamparkan profail risiko anda, jangka masa pelaburan dan objektif pelaburan untuk memastikan anda berada dalam landasan yang betul untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

2. Buat Kerja Rumah

Terdapat beberapa jenis unit amanah yang terdapat di pasaran, dan anda perlu memahami setiap daripadanya termasuklah risiko dan ganjaran yang terlibat. Pilih yang terbaik yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda.

3. Hadamkan Terma Dan Syarat

Baca, fahami, dan hadamkan fakta-fakta mengenai dana dengan teliti.

4. Berhati-Hati Dengan Yuran Dan Caj Yang Terlibat 

Ketahui yuran dan caj yang perlu dibayar untuk setiap transaksi.

5. Semak Prestasi Pelaburan 

Semak dan sentiasa pastikan diri anda dikemaskini dengan laporan dan penyata kewangan tahunan. Apabila melabur dalam unit amanah, tempoh pelaburan yang sesuai ialah jangka sederhana dan panjang.

“Dana kami beri pulangan 15% pada tahun lepas!”

Biasa dengar ayat sebegini?

Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah. Jangan pilih semata-mata dana tadi sudah buat untung pada tahun lepas.

Penafian: Pandangan yang diungkapkan dalam blog ini adalah pandangan pengarang. BBazaar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan / atau kerosakan yang timbul atau dilakukan dengan menggunakan maklumat tersebut. Baca semua dokumen berkaitan pelaburan dengan teliti sepenuhnya dan rujuk penasihat kewangan anda sebelum melabur.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com


BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ASB 3 Didik Isytihar Agihan Pendapatan 5.25 Sen Seunit

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.  

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya.

Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta. 

— BERNAMA 

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee