Lima Catalyst Utama Pasaran Global Bagi Minggu Pertama Dagangan Tahun 2020 (30 Disember 2019 – 3 Januari 2020

Penganalisa menjangka pasaran sekali lagi akan bergerak volatile (turun-naik) pada minggu ini berikutan jumlah dagangan (volume) yang rendah. Pemain pasaran dilihat akan mengambil langkah berhati-hati kerana dalam musim perayaan seperti ini, pasaran mudah dimanipulasi kerana volume yang rendah. Namun, sentimen dijangka akan kekal positif berikutan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China yang beransur pulih.

Musim cuti kali ini memperlihatkan kenaikan berterusan pasaran ekuiti pada minggu lalu yang mengangkat tiga penanda aras utama Wall Street ke paras tertinggi dengan kenaikan 3%, berbanding dua minggu sebelum itu.

Penganalisa berpendapat jangkaan naik-turun pasaran pada minggu ini juga dipacu oleh ramalan-ramalan yang akan dikeluarkan oleh sejumlah pakar ekonomi dan pasaran untuk tahun 2020.

Tumpuan utama masih lagi kepada rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Kedua-dua negara telah menunjukkan kerjasama yang baik sepanjang bulan Disember dengan jangkaan perjanjian akan ditandatangani pada minggu ini.

Perjanjian fasa satu telah memandu pasaran saham dunia mencapai paras tertinggi termasuk penanda aras utama di Eropah dan Asia. Selepas perjanjian ditandatangani, tumpuan pasaran dunia akan terarah pula kepada rundingan fasa dua dengan lebih banyak isu kritikal daripada segi perdagangan dan ekonomi kedua-dua buah negara.

Kita berada dalam hari-hari terakhir dagangan bagi tahun 2019 dan awal tahun 2020. Walaupun jumlah dagangan adalah rendah disebabkan kebanyakan pemain pasaran bercuti pada perayaan Krismas dan sambutan tahun baru, tetapi tidak semestinya pasaran tahun ini berakhir tanpa sebarang kejutan. Untuk pengetahuan anda, kita ada beberapa laporan ekonomi yang bakal menghasilkan volatility (turun-naik) dalam pasaran global pada minggu ini.

Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perjanjian AS-China Akan Dimeterai Minggu Ini?

Keyakinan terhadap perjanjian perdagangan akan kekal dalam tempoh beberapa hari ini dengan penganalisa pasaran menjangka kedua-dua negara akan memeterai perjanjian pada bulan Januari. Oleh itu, permintaan untuk aset berisiko dijangka berterusan yang bermula sejak pengumuman dua negara itu telah bersetuju dengan perjanjian fasa satu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 24 Disember 2019 yang lalu telah melaungkan keyakinannya untuk menandatangani perjanjian dengan China.

“Kami akan menandatangani perjanjian dengan cepat kerana kami mahu menyelesaikannya. Perjanjian sudah muktamad, buat masa ini ia hanya perlu diterjemahkan.”

Wakil perunding dari Amerika Syarikat, Robert Lighthizer mengatakan pada 13 Disember 2019 yang lalu bahawa perjanjian fasa satu akan ditandatangani pada minggu pertama bulan Januari 2020.

2. Minyak Mentah Melonjak Tinggi

Harga minyak mentah naik secara beransur-ansur sepanjang bulan Disember dan semakin hampir melepasi paras tertinggi yang dicapai tiga bulan lepas. Penanda aras Brent melonjak US$12 setong dari paras terendah bulan Oktober iaitu US$56 untuk didagangkan pada sekitar US$68.16 setong pada 27 Disember 2019.

Di antara catalyst kepada kenaikan ini adalah rancangan OPEC dan Rusia untuk menambah jumlah pemotongan bekalan mereka. Ia juga disokong oleh pengurangan bekalan di Amerika Syarikat dan juga perkembangan positif rundingan perdagangan AS-China.

Harga minyak mentah juga melonjak disokong oleh kenaikan Wall Street ke paras tertinggi pada hari Khamis lalu (26 Disember 2019), selepas wakil China memberitahu media bahawa Beijing dan China mengenai tantatif perjanjian rasmi perdagangan fasa satu.

Wall Street yang juga proksi kepada sentimen pasaran minyak mentah merekodkan kenaikan paling besar tahun ini sejak beberapa tahun lalu, berikutan keyakinan terhadap perjanjian AS-China dan juga pertumbuhan pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat.

3. Tiada Lanjutan Brexit?

Persidangan Parlimen United Kingdom digantung sementara waktu sehingga 5 Januari 2020. Namun, ia tidak menghentikan Kesatuan Eropah (EU) daripada terus mencipta propaganda mereka sepanjang musim cuti ini. Presiden Suruhanjaya Eropah yang baru sejak 1 Disember 2019, Ursula von der Leyen berkata kedua-dua pihak perlu secara serius menentukan rangka masa untuk memeterai perjanjian perdagangan.

Ursula juga mahu tarikh akhir untuk merundingkan hubungan selepas Brexit dilanjutkan. Ia hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk UK secara rasmi meninggalkan EU pada 31 Januari, di mana Parlimen menyokong untuk tidak lagi melanjutkan tarikh Brexit melebihi tahun 2020.

Sepanjang tempoh 11 bulan ini akan digunakan untuk merundingkan hubungan kedua-dua wilayah khususnya isu ekonomi dan sempadan. Namun, jika kedua-dua pihak gagal menyetujui perjanjian dagangan sehingga tarikh akhir dan tiada lanjutan yang dipersetujui, maka UK akan berhadapan tarif eksport ke blok EU.

4. Minit Mesyuarat Federal Reserve

Minit mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (The Federal Reserve) untuk kali ini akan dikeluarkan pada Sabtu (4 Januari 2020) pada pukul 4.30 pagi. Jika anda masih ingat, bank pusat mengekalkan kadar faedah Fed Fund Rate dalam mesyuarat sebelum ini.

Pelabur akan cuba mendapatkan isyarat yang lebih jelas dalam minit yang akan dikeluarkan nanti, terutamanya bilakah bank pusat itu akan menurunkan kadar faedah yang seterusnya. Pengerusi The Fed Jerome Powell telah menyatakan akan melonggarkan lagi dasar jika data-data ekonomi semakin merosot.

Walaubagaimanapun, jika dilihat daripada unjuran yang dikeluarkan pada mesyuarat yang lalu dan juga berdasarkan sidang media Powell, kebarangkalian untuk The Fed menaikkan kadar faedah adalah lebih tinggi berbanding melonggarkan kadar faedah.

5. Data Aktiviti Ekonomi PMI Global

Permulaan sesi dagangan hari Isnin (30 Disember 2019) akan dihiasi dengan data aktiviti ekonomi PMI Chicago untuk bulan Disember. Jangkaan adalah keadaan ekonomi sedikit merosot pada bulan ini.

Pada hari Selasa (31 Disember 2019) pula, Amerika Syarikat akan mengeluarkan data keyakinan pengguna oleh Conference Board bagi bulan Disember. Jangkaan adalah 122.6 mata sedikit merosot daripada bacaan bulan November iaitu 125.5 mata, yang menunjukkan keyakinan merosot pada bulan ini.

Data tumpuan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat pula akan dikeluarkan pada hari Jumaat (3 Januari 2020).

China juga akan mengeluarkan data aktiviti ekonomi PMI pada minggu ini. Pada hari Selasa (31 Disember 2019) negara itu akan mengeluarkan data aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan bukan-pembuatan untuk bulan Disember. PMI sektor pembuatan dijangka mencatat bacaan kurang daripada aras 50 iaitu 49.8 yang menunjukkan penguncupan aktiviti dalam sektor tersebut. Manakala sektor bukan-pembuatan dijangka berkembang dengan catatan 53.6.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.investing.com/analysis/as-2019-ends-renewed-risk-appetite-stoking-markets-200495304
  2. https://www.investingcube.com/week-ahead-us-and-chinese-data-to-end-2019-with-a-bang/
  3. https://www.moneycontrol.com/news/business/markets/market-week-ahead-10-key-factors-that-will-keep-traders-busy-3-4768161.html
  4. https://www.investing.com/news/commodities-news/oil-jumps-on-thin-trade-stockpile-drop-hopes-and-china-talk-2048588
  5. https://www.bbc.com/news/uk-politics-50928295
  6. https://www.investopedia.com/what-to-expect-for-the-markets-next-week-4584772

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Saham Mana Yang Boleh Diperhatikan?

“Untunglah penjawat awam dapat naik gaji, kita kerja swasta dapat apa?”

Tidak lama lagi sahabat-sahabat kita yang bertugas di sektor awam akan menerima kenaikan gaji. Alhamdulillah rezeki mereka setelah sekian lama tiada penyelarasan gaji dibuat.

Kita yang bekerja di sektor swasta jangan pula dengki, apa kata kita cari peluang disebalik kenaikan gaji mereka. Mereka dapat naik gaji, kita dapat peluang.

“Peluang? Macam mana tu?”

Sumber: Berita Harian


Menurut penganalisis pasaran, kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan kesan positif kepada sektor automotif di Malaysia ini. Jadi kita nak buat apa lagi? Kajilah saham-saham sektor automotif yang ada. Jom kita lihat saham-saham sektor automotif di Malaysia.

1. Sime Darby Berhad

Sumber: Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad, satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Mungkin kita lebih kenal jenama ini dengan perniagaan berkaitan hartanah dan kelapa sawit, tetapi sebenarnya syarikat ini juga salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan mewah di Malaysia. 

Antara jenama yang ada adalah seperti BMW, Jaguar dan juga Hyundai. Jika kita perasan, jenama-jenama ini bukan hanya membekalkan kenderaan petrol, tetpi sudah mula rancak membekalkan kenderaan elektrik. Tidak lama lagi mungkin keluar kenderaan hidrogen pula!

“Orang kerajaan mana ada duit nak beli kereta BMW!”

Jangan risau, Sime Darby ini juga memiliki 38% saham syarikat Perodua. 

2. DRB-Hicom Berhad

Syarikat kedua pula, syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu yang sangat disegani. DRH-Hicom yang merupakan pemilik utama syarikat kenderaan sulung jenama Malaysia, Proton

Bukan itu sahaja, DRB-Hicom ini adalah pengedar rasmi jenama kegemaran bakal mertua kerja kerajaan, Honda!

Selain jenama Honda, jenama Mitsubishi dan Volkswagen juga memberikan kepercayaan kepada DRB-Hicom untuk mengedarkan kenderaan mereka di Malaysia.  

MBM-Resources Berhad

Syarikat MBM Resources Berhad mungkin satu jenama yang jarang kita dengar. Tetapi syarikat ini memiliki 20% saham syarikat kenderaan paling laku di Malaysia, Perodua

Selain itu, syarikat ini juga pengedar rasmi untuk kenderaan jenama Volvo dan beberapa jenama lain. 

Kebanyakan Jenama Kenderaan Diatas Juga Membekalkan Kenderaan Elektrik

Bila lagi nak tengok orang kerajaan menggunakan kenderaan lestari kan. Mungkin lepas ini kita nampak banyak kenderaan elektrik di Putrajaya?

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Daftar berdua untuk dapatkan akses secara PERCUMA!