Kontroversi Yang Melanda Syarikat Nestle

Sebut sahaja Maggi, Milo atau susu Nespray, pasti boleh bayangkan rupa produk-produk ini kerana kita membesar dengannya. Tapi tahukah anda bahawa semua jenama tersebut dimiliki oleh syarikat gergasi paling popular di dunia iaitu Nestlé.

Di Malaysia, saham Nestlé boleh diibaratkan sebagai saham Berkshire Hathaway berkelas A iaitu saham paling mahal. Dari tahun ke tahun kenaikan harga saham syarikat tersebut positif kerana perniagaan yang dijalankan mempunyai fundamental yang sangat kukuh.

Nestle bukan sahaja terkenal di Malaysia malah tidak keterlaluan jika kita menyatakan bahawa syarikat ini merupakan syarikat paling besar di dunia dalam penghasilan makanan kepada penduduk bumi. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Switzerland dan diasaskan oleh Henri Nestlé yang juga merupakan seorang rakyat Jerman.

Walaupun mengecapi pelbagai kejayaan yang luar biasa dalam dunia perniagaan, syarikat ini tidak terlepas dari kontroversi. Kontroversi tersebut sedikit sebanyak turut mencemarkan nama Nestlé secara amnya di Malaysia walaupun ia tidak berlaku di Malaysia.

Sumber: CNBC

Kontroversi Iklan Di Benua Afrika

Sumber: Business Insider

Antara kontroversi paling popular yang telah mencemarkan nama Nestlé dalam industri makanan adalah dalam penjualan susu formula untuk bayi di negara Afrika. Nestlé merupakan salah sebuah syarikat pengeluar susu yang paling besar di dunia. Susu formula untuk bayi merupakan salah satu produk yang menjadi tunjang jualan kepada syarikat tersbut.

Kontroversi yang menimpa Nestlé dalam penglibatan penjualan susu formula bayi adalah berlaku pada era 1970-an.

Kontroversi ini tercetus pada negara dunia ketiga iaitu negara yang berada di benua Afrika. Seperti yang sedia maklum, negara yang berada di benua tersebut merupakan negara yang sangat miskin. Kebanyakan negara yang berada di sana bertahan disebabkan bantuan luar yang disalur daripada badan dunia. Disebabkan itu, Afrika hanya bergantung hidup dengan bantuan luar sahaja dan paras kemiskinan di negara mereka merupakan yang tertinggi di dunia.

Apa yang dilakukan oleh Nestlé di sana adalah mereka melakukan iklan tentang penjualan susu formula bagi mempengaruhi rakyat negara Afrika supaya membeli susu yang dipasarkan oleh mereka sedangkan dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, mereka tidak mampu untuk membeli susu formula bayi untuk anak mereka.

Nestlé tanpa segan dan silu melakukan kempen komersial tentang kebaikan susu formula mereka kepada bayi sedangkan mengikut kajian pemakanan dunia, susu ibu merupakan makan yang paling bagus untuk bayi. Kempen iklan yang dijalankan itu telah berjaya menyakinkan para ibu yang berada di Afrika bahawa susu formula adalah makanaan yang terbaik untuk anak mereka. Disebabkan perkara tersebut, ada antara ibu di Afrika yang mempercayai dan memberi susu formula kepada anak mereka tanpa mengetahui bahawa susu ibu adalah yang terbaik.

Dengan pendapatan di bawah paras kemiskinan, susu formula di Afrika boleh dikategorikan sebagai susu yang sangat mahal. mereka yang terpengaruh turut membeli untuk anak mereka sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai wang untuk makan. Nestlé tanpa berselindung melakukan iklan yang luar biasa terhadap pasaran di sana dan dikritik hebat oleh pemerhati hak asasi manusia kerana hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat keadaan sekeliling mereka.

Selain harga susu yang mahal, air untuk membancuh susu juga di Afrika sangat kotor dan tidak sesuai diminum oleh manusia terutama bayi. Jadi tidak ada gunanya susu yang bekhasiat tetapi dibancuh dengan air yang kotor kerana ia memberi kesan negatif kepada penggunanya. Terdapat kisah dimana seorang ibu negara Afrika yang memberi anak mereka susu formula dengan sukatan yang tidak betul kerana ingin berjimat telah menjadi isu yang sangat besar pada dekad 1980-an.

Selain isu susu formula, Nestlé juga dilihat membuat perniagaan air yang mana mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat. Nestlé yang dikatakan mengambil air dari bandar Michigan dengan kadar yang sangat murah dan menjualnya kembali dengan harga yang mahal. Ini mencetuskan kemarahan penduduk di sekitar Michigan tetapi Nestlé yang bijak mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Dengan memberi pekerjaan dan membayar cukai yang tinggi kepada penduduk serta datuk bandar, syarikat ini mampu beroperasi tanpa sebarang masalah. Disebabkan model perniagaan yang begitu unik dan besar, Nestlé dilihat semakin berkembang setiap tahun dan tidak berdepan dengan mana-mana masalah walaupun pandemik Covid-19.

Kini Nestlé dilihat sebagai salah satu syarikat pengeluar makanan yang terbesar di dunia yang menerajui hampir segenap jenis makanan segera di muka bumi ini.

Baca juga:

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters