5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan:  Teras Penggantian Sumber Pendapatan

Kita semua berkemungkinan pernah melalui saat-saat yang mendebarkan apabila mendapat berita tragis mengenai orang yang kita sayangi terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk atau apabila ada kawan yang ditimpa penyakit serius seperti serangan jantung atau kanser – atau tidak bernasib baik, kita sendiri pernah mengalaminya. Peristiwa tak terduga ini pasti memberikan kejutan kepada kita, memberikan kesan yang mendalam bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku sekelip mata dan mengubah kehidupan kita.

Selain dari tekanan emosi, kestabilan kewangan kita juga terjejas. Menurut kajian oleh RinggitPlus, 7 daripada 10 rakyat Malaysia hanya menyimpan kurang dari RM500 sebulan. Secara keseluruhan, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sangat mudah terdedah kepada krisis kewangan mengejut. Dengan 598,635 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara pada tahun lalu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, implikasi kewangan bagi keadaan diluar jangka ini memberikan tekanan bebanan yang berat, terutamanya apabila ia melibatkan pencari nafkah utama sesebuah keluarga.

Cabaran utama adalah untuk memastikan kestabilan kewangan dalam kesibukan menyambut perayaan bersama sanak saudara dan rakan taulan. Walau bagaimanapun, adalah penting juga untuk diingatkan bahawa dalam situasi yang tidak menentu ini, takaful boleh diambil kira sebagai talian hayat yang diyakini, menawarkan bantuan penting apabila diperlukan. Berikut adalah lima cara bagaimana takaful melindungi bukan sahaja wang anda tetapi juga ketenangan fikiran anda, memastikan anda mempunyai jaringan keselamatan apabila berhadapan dugaan dalam kehidupan.

Pelindung kepada Realiti Kesulitan Hidup

Kematian, kecacatan menyeluruh & kekal, serta penyakit kritikal adalah topik yang ramai di antara kita cuba elakkan dalam perbualan harian kerana berbaur negatif. Oleh itu, menyumbang kepada pelan takaful adalah seolah mempunyai rakan pelindung yang akan menghadapi cabaran kehidupan ini dan melindungi diri daripada hutang yang mungking akan timbul akibat keadaan tersebut.

Takaful beroperasi atas prinsip kerjasama dan pertolongan bersama, bermaksud apabila penyumbang takaful berhadapan salah satu cabaran ini, dana dari tabung perkongsian tersebut akan disalurkan secara terus dan telus kepada penyumbang dan keluarga. Ini menjamin penyumbang akan memiliki pendapatan yang tidak terputus bagi menampung bil yang tinggi dan memberi tumpuan kepada pemulihan.

Menjaga Kualiti Hidup 

Kehilangan pencari nafkah dalam keluarga bukan hanya sekadar kehilangan insan tersayang tetapi juga menjejaskan kestabilan kewangan. Mujurlah, takaful mampu menawarkan sinar harapan dengan menyediakan cara untuk mengurangkan risiko dengan meringankan bebanan kewangan. Takaful membolehkan penggantian punca pendapatan untuk pencari rezeki, memastikan kestabilan kewangan mereka apabila menghadapi tragedi tersebut.

Sebagai contoh, inisiatif Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) PruBSN i-Lindung membolehkan penyumbang menggunakan dana KWSP mereka untuk sijil takaful seperti PruBSN Lindung Famili atau PruBSN Cegah Famili untuk melindungi diri dan keluarga. Melalui sijil ini, orang tersayang mendapat akses kepada faedah yang komprehensif dalam tragedi seperti kematian, hilang upaya kekal, dan penyakit kritikal, menyediakan sokongan kewangan penting dalam waktu yang mencabar.

Perlindungan Disesuaikan yang Telah Dirancang Khas untuk Anda

“Saya tidak mempunyai cukup wang!” – Ini adalah kenyataan yang mencerminkan 30% rakyat Malaysia berusia 25 hingga 40 tahun yang memiliki kekurangan perlindungan peribadi. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, dana takaful pada amnya mempunyai kadar tetap dan tidak terikat kepada kadar faedah. Apa yang membezakannya adalah kesesuaiannya menepati keperluan individu. Penyedia takaful tidak percaya kepada penggunaan hanya satu pendekatan untuk semua, mereka memberi ruang dan kuasa kepada penyumbang untuk menentukan pelan mengikut keperluan khusus mereka.

Selain itu, pilihan untuk memiliki pelan perlindungan melalui EPF menawarkan solusi yang mampu milik. Dengan cara ini, pelaburan dalam perlindungan takaful tidak akan memberikan impak kepada komitmen gaji bulanan sedia ada. Sebaliknya, ia menyediakan kemudahan dan lebih mudah diakses untuk anda menjamin masa depan tanpa menjejaskan bajet anda.

Sebagai contoh, sijil takaful di bawah inisiatif KWSP PruBSN i-Lindung menekankan kepentingan memberikan perlindungan kewangan kepada setiap rakyat Malaysia melalui sumbangan tahunan dari serendah RM13.80* bagi setiap ahli yang dilindungi. Sijil PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili meluaskan perlindungan kepada penyumbang, pasangan mereka yang berumur 19 hingga 65 tahun dan anak-anak mereka yang berumur 14 hingga 65 tahun. Sijil-sijil ini juga memastikan kelayakan mereka sehingga umur 75 tahun. Sijil-sijil ini memberikan rasa jaminan apabila keadaan yang tidak dijanka berlaku. Takaful menawarkan fleksibiliti kepada penyumbang untuk menentukan matlamat kewangan dan keutamaan mereka, memastikan sijil takaful yang dipilih sejajar dengan keperluan individu dan situasi kehidupan mereka.

Takaful Berpegang Teguh Dengan Komitmen Kepada Amalan Etika dan Patuh Syariah.

Beroperasi atas prinsip saling membantu (Ta’awun) antara satu sama lain semasa ditimpa kesusahan di mana penyertaannya adalah Tabarru’at (Kebajikan). Tidak seperti insurans konvensional, takaful memberikan keutamaan kepada ketelusan dan bebas dari unsur faedah (riba).

Untuk memastikan semua penyumbang mengambil maklum mengenai impak sumbangan mereka, pengendali takaful sentiasa memberikan penerangan mengenai pengurusan dana tersebut. Landasan kewangan ini juga membolehkan penyumbang melabur dalam projek-projek tanggungjawab sosial korporat untuk membantu mereka yang memerlukan, termasuk inisiatif kesihatan, pendidikan, dan juga pembangunan infrastruktur. Melalui rangka kerja etika, takaful berperanan sebagai pemangkin bagi melestarikan kewangan yang mampan dan perubahan sosial yang positif.

Jaminan Kepercayaan Dalam Menghadapi Ketidaktentuan

Kehidupan sangat rapuh dalam dunia yang bergerak pantas hari ini. Menurut satu kajian oleh Prudential, hampir dua pertiga orang bimbang tentang persediaan masa depan mereka jika sesuatu yang buruk berlaku. Ini memberikan gambaran yang menakutkan tentang kestabilan kewangan pada masa depan.

Di sinilah takaful memainkan peranan, membantu individu mengemudi kekhawatiran ranjau kehidupan dengan ketabahan dan keyakinan. Takaful memberikan kekuatan kepada penyumbang untuk mengejar matlamat dan menjalani kehidupan mereka dengan sepenuhnya melalui pembayaran sekali gus apabila keadaan yang tidak dijangka berlaku.

Secara kesimpulannya, menyumbang kepada takaful adalah langkah proaktif untuk memastikan kestabilan kewangan, menawarkan penggantian sumber pendapatan yang segera apabila hidup tidak seperti yang dirancang. Kemampuannya untuk melindungi daripada perubahan hidup seperti kematian, kecacatan total dan kekal, dan penyakit kritikal hanya menjadikannya rakan sekutu yang boleh dipercayai untuk lebih kuat menghadapi kehidupan. Sesungguhnya, rakyat Malaysia seharusnya memulakan usaha untuk melabur dalam takaful hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EPF i-Lindung, sila layari laman prubsn.com.my

*PruBSN Lindung Famili: Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000. PruBSN Cegah Famili: Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 25 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.

Previous ArticleNext Article

Perniagaan Global Berdepan Cabaran Era Baharu Persaingan

Pemimpin perniagaan global kini berdepan risiko yang semakin meningkat apabila perpecahan geopolitik yang semakin mendalam, di samping cabaran teknologi dan sosial yang kian kompleks, dijangka terus membentuk landskap perniagaan sepanjang 12 bulan akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh kepimpinan kanan di Zurich Insurance Group (Zurich) dan Marsh, berdasarkan dapatan Laporan Risiko Global 2026 yang diterbitkan oleh World Economic Forum hari ini. Zurich dan Marsh merupakan rakan strategik kepada Forum Ekonomi Dunia serta ahli Lembaga Penasihat Risiko Globalnya.

Menurut laporan tersebut, lima risiko paling mendesak pada tahun 2026 dikenal pasti sebagai konfrontasi geoekonomi, konflik bersenjata berasaskan negara, kejadian cuaca ekstrem, polarisasi masyarakat, serta maklumat palsu dan maklumat mengelirukan. Bagi unjuran dua tahun akan datang pula, risiko maklumat palsu dan polarisasi masyarakat melonjak ke kedudukan kedua dan ketiga tertinggi.

Perpecahan sosial menjadi teras kepada pelbagai risiko masyarakat yang dihadapi ketika ini, termasuk fragmentasi sosial, ketidaksamaan, serta kemerosotan kesihatan dan kesejahteraan. Walaupun tahap keterukan risiko global semakin meningkat, banyak kerajaan utama dilihat mula menjauh daripada rangka kerja sedia ada yang dibangunkan untuk menangani cabaran bersama. Keadaan ini mendorong masyarakat yang berpecah semakin hampir kepada ketidakstabilan sosial dan konflik yang lebih serius.

Andrew George, Presiden Specialty, Marsh Risk berkata, perpecahan yang semakin mendalam menjadi punca utama kepada risiko sosial yang kini memberi kesan secara langsung kepada kestabilan masyarakat dan ekonomi global.

Era Baharu Persaingan Global

Dalam jangka panjang, laporan ini menekankan kemunculan era baharu persaingan global, dengan hampir kesemua 33 risiko yang dikenal pasti kecuali konfrontasi geoekonomi dijangka meningkat tahap keterukannya dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sebanyak 57% responden meramalkan prospek yang bergolak atau penuh ketidaktentuan dalam dekad seterusnya, dengan risiko alam sekitar dan teknologi mendominasi unjuran jangka panjang.

Pemimpin perniagaan di ekonomi utama turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap isu pencen dan kesihatan awam, yang boleh mengancam kesejahteraan tenaga kerja serta kestabilan sosial. Namun begitu, risiko masyarakat seperti kemerosotan kesihatan, kekurangan infrastruktur awam dan perlindungan sosial hampir tidak diberi penekanan dalam unjuran risiko 10 tahun, walaupun kesannya sudah mula dirasai.

Alison Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Life, Health and Bank Distribution Zurich, berkata kegagalan untuk bertindak segera dan secara kolaboratif boleh menyebabkan dunia mengabaikan ancaman sebenar yang bakal menentukan masa depan global.

Teknologi & Infrastruktur Kritikal Jadi Tumpuan

Menurut laporan itu, kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum bakal memberi impak besar kepada pasaran pekerjaan, struktur masyarakat, infrastruktur serta geopolitik global, sekali gus berpotensi melebarkan jurang ekonomi dunia.

Infrastruktur kritikal pula semakin terdedah kepada pelbagai ancaman, daripada cuaca ekstrem hinggalah gangguan kabel dasar laut dan satelit. Namun begitu, gangguan terhadap infrastruktur kritikal hanya berada di kedudukan ke-23 dalam senarai risiko global untuk dekad akan datang satu kelompongan yang disifatkan berbahaya.

Peter Giger, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan Zurich, menegaskan bahawa kegagalan infrastruktur boleh mencetuskan kesan domino yang menjejaskan semua aspek kehidupan dan ekonomi, sekali gus menuntut pelaburan segera bagi memperkukuh daya tahan sistem sedia ada.

Andrew George turut menambah bahawa kemajuan AI dan teknologi kuantum sedang mengubah pasaran pekerjaan dan geopolitik dengan pantas. Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama bagi menangani cabaran seperti lebihan peranan pekerjaan, penumpuan ekonomi serta risiko gangguan sistemik terhadap infrastruktur kritikal dan kepercayaan digital.

Mengenai Laporan Risiko Global

Pandangan Zurich dan Marsh adalah berdasarkan edisi ke-21 Laporan Risiko Global oleh Forum Ekonomi Dunia, yang merangkumi maklum balas tinjauan daripada 1,300 pakar dan 11,000 pemimpin perniagaan, serta temu bual dengan ratusan pakar bidang. Laporan ini diterbitkan di bawah Inisiatif Risiko Global, Pusat Ekonomi Baharu dan Masyarakat, Forum Ekonomi Dunia.

Laporan tersebut memberi gambaran jelas bahawa dunia sedang memasuki fasa persaingan baharu yang lebih kompleks, di mana daya tahan, kerjasama dan kesiapsiagaan terhadap risiko jangka panjang menjadi kunci kelangsungan perniagaan dan kestabilan global.