5 Tabiat Bijak Membina Masa Depan Yang Gemilang

Situasi pandemik dilihat semakin pulih setelah kadar vaksinasi melebihi sasaran imuniti kelompok. Hampir kesemua aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan. Kita dapat lihat orang ramai sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa. Jalanraya sudah sesak semula, dengan para pekerja mula bertugas di pejabat dan pelajar sudah mula kembali ke sekolah. Kita sedang menuju fasa endemik!

Aktiviti pelancongan sudah mula rancak. Banyak tempat tumpuan pelancong telah kembali dipenuhi para pelancong. Hampir semua hotel dan pusat peranginan telah penuh ditempah sehingga ke hujung tahun.

Ini merupakan petanda yang baik untuk fasa pemulihan ekonomi negara, tetapi bagaimana pula dengan ekonomi diri sendiri dan keluarga?

Adakah kita bersedia untuk menghadapi kegawatan ekonomi sekiranya ia berulang? Jadikan peristiwa yang lalu sebagai pengajaran dan pedoman.

Untuk itu, Majalah Labur ingin berkongsi 5 tabiat bijak bagi membina masa depan yang gemilang.

1. Kurangkan Perbelanjaan

Amat penting untuk kita membezakan di antara keperluan dan kehendak. Dengan adanya kemudahan online shopping, memang cukup senang untuk kita berbelanja.

Tanpa kita sedari terbeli baju baru, beg tangan baru atau tudung baru – tanpa perlu keluar dari rumah langsung.

Nak beli boleh, tapi tetapkan dulu bajet bulanan berapa yang boleh dibelanjakan setiap bulan. Mulakan pemantauan perbelanjaan anda dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Senang kata, jika tak perlu tak payah beli!

2. Tingkatkan Pendapatan

Bila dah berjaya kurangkan perbelanjaan, fokus pula untuk tingkatkan pendapatan. Sama ada nak buat kerja part-time, freelance atau menjadi ejen dropship.

Tanpa perlu mengganggu urusan kerja hakiki, semua ini boleh dilakukan pada waktu terluang atau hujung minggu. Kalau dapat RM500 tambahan setiap bulan pun dah kira banyak juga tu!

3. Simpan Sekurang-Kurangnya 10% Daripada Gaji Setiap Bulan

Satu statistik yang sangat membimbangkan, 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walaupun sebanyak RM1,000 sekalipun. [1] Ini bermakna rata-rata mereka memang tidak mempunyai sebarang persediaan sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Mulakan tabiat menyimpan 10% daripada gaji bulanan. Simpan secara konsisten dan berdisiplin. Ingat, duit ini bukan untuk dibelanjakan sekarang tetapi untuk tujuan kecemasan atau dana rizab.  Bila dah mula seronok menyimpan, bolehlah  tingkatkan kadar simpanan bulanan kita.

Pastikan kita ada simpanan kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan gaji. Kalau sekarang gaji RM3,000, pastikan ada simpanan sekurang-kurangnya RM9,000.

4. Mula Melabur

Stigma orang, pelaburan ini untuk orang kaya je. Siapa kata tak kaya tak boleh melabur. Kat luar sana banyak je instrumen pelaburan yang bermula serendah RM10 atau RM100. Simpanan yang kat atas tu, jangan lah saja disimpan di dalam akaun simpanan biasa. Buat kepelbagaian, laburkan sebahagian secara berkala.  Ada pelbagai jenis pelaburan yang menurut toleransi risiko kita. Ada tinggi, rendah dan sederhana.

Kita ada pelaburan amanah saham, saham, hartanah dan bermacam-macam lagi. Lagi awal kita melabur, lagi besar potensi pulangan yang kita bakal perolehi dengan adanya faedah berganda (compounding interest).

Katakan kita melabur sebanyak RM100 sebulan. Dengan andaian kadar dividen/pulangan sebanyak 8% setahun, selepas 10 tahun kita akan ada RM18,021.28. [2]Sekiranya kita terus-menerus melabur RM100 sebulan selama 20 tahun, dengan andaian kadar dividen/pulangan sebanyak 8% setahun, selepas 20 tahun kita akan ada RM56,927.88.

Lakukan perkara yang sama, selepas 30 tahun kita akan ada sebanyak RM140,924.31. Itulah dia kelebihan faedah berganda.

Sekiranya kita melabur RM200 sebulan selama 30 tahun dengan andaian kadar dividen/pulangan sebanyak 8% setahun, kita akan ada sebanyak RM280,439.39.

Banyak juga tu. Boleh digunakan untuk bermacam-macam perkara ketika dah bersara nanti.

5. Rugi Jika Tak Mula Sekarang Juga

Jadikan pegangan hidup, benda baik jangan nak di lengah-lengahkan! Praktikkan ilmu yang ada sekarang juga. Boleh ikut saja langkah #1 sehingga #4 seperti yang dikongsikan di atas.

Mungkin ada yang beri alasan gaji kecil maka susah nak bermula. Tetapi kita kena ingat, walaupun gaji kita mungkin kecil, tetapi  waktu gaji kecil pun tak boleh nak simpan 10% setiap bulan; nanti bila gaji dah naik sikit pun masih terasa susah nak simpan 10% sebulan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang di kemudian hari.

Sebaliknya jika kita bermula sekarang, lama-kelamaan ia akan jadi satu tabiat. Gaji kecil pun kita dah bijak urus kewangan, nanti bila gaji semakin besar semakin senang nak urus kewangan.

Promosi Menarik Principal Menerusi Pelaburan KWSP i-Invest

Tiada lagi alasan untuk tidak bermula sekarang. Bermula 11 November sehingga 12 Disember ini, tingkatkan simpanan persaraan anda dengan Principal menerusi KWSP i-Invest dan nikmati ganjaran Bonus Hujung Tahun.

Dengan pelaburan minimum sebanyak RM1,000, anda akan nikmati ganjaran berikut:

Pelabur baharu – Anda akan dapat 0.38%* dan RM50 Touch ‘n Go eWallet Reload PIN apabila anda mula melabur.

Pelabur sedia ada Principal – Tambah pelaburan anda dengan Principal dan anda akan dapat 0.58%* Touch ‘n Go eWallet Reload PIN.

*Dari jumlah pelaburan

5 Langkah Mudah Nak Melabur Dan Bina Simpanan Persaraan Anda

Benda baik jangan tunggu lama-lama, lakukannya sekarang juga. Jom kita mula melabur dengan KWSP i-Invest hanya dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini:

1. Log masuk akaun KWSP i-Akaun anda -> https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik ‘Pelaburan’ -> ‘Transactions’ -> ‘Buy’

3. Pilih ‘Principal’ dan pilih dana yang anda hendak beli. Anda boleh mula melabur dengan RM1,000

4. Pilih ‘Principal’ sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan lengkapkan transaksi anda

5. Masukkan kod kempen ‘YearEndBonus2021’ dan lengkapkan transaksi anda

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Apa tunggu lagi, melaburlah hari ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari laman web Principal.

Penafian:

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.

[1] Rujukan: https://themalaysianreserve.com/2017/10/04/bnm-malaysians-find-hard-raise-cash-emergencies/

[2] https://www.thecalculatorsite.com/finance/calculators/compoundinterestcalculator.php

Previous ArticleNext Article

Anak Mampu Menguasai Dua atau Tiga Bahasa: Kelebihan Yang Semakin Dicari

Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk melabur demi masa depan anak.

Ada yang membuka akaun SSPN sebaik sahaja anak dilahirkan.
Ada yang membeli emas setiap bulan.
Ada yang menyimpan dalam ASB, Tabung Haji atau KWSP (14 tahun). Baca juga Daftar Akaun KWSP Anak Anda Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas, Terima Insentif Kerajaan RM250 Setahun

Semuanya pilihan yang baik kerana matlamatnya sama, iaitu menyediakan kehidupan yang lebih baik apabila anak dewasa nanti.

Tetapi apabila kami bertanya kepada beberapa ibu bapa,

“Apakah pelaburan paling berbaloi yang pernah anda buat untuk anak?”

Jawapannya bukan semuanya berkaitan wang. Ramai yang memberikan jawapan yang lebih menarik.

Pengalaman Adalah Pelaburan

Tidak semua pelaburan diukur dengan jumlah ringgit yang disimpan.

Ada ibu bapa yang lebih rela membelanjakan wang untuk memberikan anak pengalaman yang mungkin tidak dapat dibeli apabila mereka dewasa nanti.

Mereka membawa anak melancong supaya dapat melihat dunia dengan mata sendiri.

Ada yang membawa anak berkhemah supaya belajar berdikari, bekerjasama dan menghargai alam.

Ada yang sanggup bangun seawal pagi setiap hujung minggu untuk menemani anak mendaki bukit atau menyertai acara sukan.

Tidak kurang juga yang menghantar anak belajar berenang, bermain alat muzik, menyertai pertandingan pidato, pertandingan robotik atau kelas seni.

Semua ini mungkin tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang hari ini.

Namun pengalaman seperti inilah yang membentuk keberanian, disiplin, keyakinan diri dan cara anak melihat dunia.

Apabila mereka dewasa nanti, ibu bapa mungkin tidak lagi ingat berapa kos yang dibelanjakan. Tetapi anak akan sentiasa mengingati pengalaman yang pernah diberikan.

Ada Satu Lagi Pelaburan Yang Selalu Dipandang Ringan

Di sebalik semua pengalaman itu, ada satu pelaburan yang semakin penting dalam dunia hari ini.

Menguasai lebih daripada satu bahasa.

Jika dahulu fasih berbahasa Inggeris sudah dianggap satu kelebihan, hari ini keadaan sudah berubah.

Dunia pekerjaan menjadi semakin global.

Syarikat tempatan berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Mesyuarat dijalankan secara dalam talian bersama rakan sekerja dari pelbagai benua.

Ramai usahawan pula menjual produk ke pasaran antarabangsa.

Dalam keadaan ini, mereka yang mampu bertutur dalam dua, tiga atau lebih bahasa mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.

Bahasa Membuka Lebih Banyak Peluang

Bayangkan anak anda mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.

Kemudian dia turut menguasai Bahasa Jepun atau Bahasa Korea atau Bahasa Sepanyol dan Perancis.

Peluang yang terbuka menjadi jauh lebih luas.

Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lebih mudah mendapatkan biasiswa antarabangsa. Berpeluang bekerja dengan syarikat multinasional.

Malah jika menjadi usahawan sekalipun, mereka boleh berurusan dengan pelanggan dari seluruh dunia tanpa bergantung kepada penterjemah.

Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan, bahasa bukan lagi sekadar subjek di sekolah.

Ia sudah menjadi satu aset.

Anak Lebih Mudah Belajar Bahasa Berbanding Orang Dewasa

Ramai orang dewasa menyesal kerana hanya mula belajar bahasa asing apabila sudah bekerja.

Pada ketika itu, komitmen semakin banyak. Masa semakin terhad. Berbeza dengan kanak-kanak. Mereka lebih cepat menangkap sebutan, lebih berani mencuba dan tidak malu melakukan kesilapan.

Sebab itulah ramai pakar pendidikan menggalakkan pendedahan kepada bahasa kedua atau ketiga sejak usia muda.

Semakin awal mereka bermula, semakin mudah proses pembelajaran.

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Pusat Bahasa

Dulu, belajar bahasa asing mungkin memerlukan kita hadir ke pusat bahasa tertentu mengikut jadual yang tetap.

Hari ini semuanya jauh lebih fleksibel.

Melalui platform seperti Preply, ibu bapa boleh memilih guru dari pelbagai negara mengikut bajet, jadual dan tahap pembelajaran anak.

Pilihan bahasanya juga sangat banyak, termasuk:

  • 🇬🇧 Bahasa Inggeris
  • 🇨🇳 Bahasa Mandarin (Cina)
  • 🇪🇸 Bahasa Sepanyol
  • 🇫🇷 Bahasa Perancis
  • 🇯🇵 Bahasa Jepun
  • 🇰🇷 Bahasa Korea
  • 🇩🇪 Bahasa Jerman

Menariknya, anda tidak semestinya perlu memilih tutor dari luar negara. Jika anak masih di peringkat asas atau lebih selesa belajar dengan gaya tempatan, terdapat juga ramai tutor dari Malaysia yang mengajar di Preply. Ini memudahkan komunikasi, terutama bagi kanak-kanak yang baru bermula.

Kelas bahasa secara individu tidak semestinya mahal. Malah, terdapat tutor Bahasa Inggeris di Preply yurannya bermula sekitar RM24 bagi satu sesi pembelajaran, bergantung kepada tutor yang dipilih.

Anak boleh belajar secara 1-to-1 dalam talian dengan tutor yang merupakan penutur asli atau guru berpengalaman, jadi anak mendapat perhatian penuh daripada tutor tanpa perlu meninggalkan rumah.

Ada Diskaun Untuk Pembaca Majalah Labur

Kalau anda memang bercadang untuk mendaftarkan anak ke kelas bahasa, sekarang mungkin masa yang sesuai.

Melalui pautan referral Majalah Labur, anda akan menikmati diskaun 70% untuk kelas percubaan pertama (bagi tutor yang mengenakan yuran sekurang-kurangnya USD7). Jika anda meneruskan langganan kelas pertama, Majalah Labur pula akan menerima kredit RM203 daripada Preply.

Kami bercadang menggunakan kredit tersebut untuk mempelajari bahasa baharu dan berkongsi sendiri pengalaman menggunakan platform ini kepada pembaca. Terima kasih kerana menyokong Majalah Labur melalui pautan referral kami.

Jadi, anda bukan sahaja melabur untuk masa depan anak, malah turut menyokong usaha kami menghasilkan kandungan percuma yang memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

👉 https://preply.com/en/?pref=MzA4OTExODU

Kesimpulan

Setiap ibu bapa mempunyai definisi pelaburan yang berbeza.

Ada yang memilih menyimpan wang. Ada yang membeli emas. Ada yang melabur dalam pendidikan. Ada pula yang memilih memberikan pengalaman.

Tiada jawapan yang benar atau salah.

Tetapi jika ada satu pelaburan yang tidak boleh dicuri, tidak susut nilai dan akan dibawa oleh anak ke mana sahaja mereka pergi, ia ialah ilmu dan kemahiran berkomunikasi.

Anak-anak kita akan membesar dalam era AI. Dunia yang mereka hadapi nanti mungkin jauh berbeza daripada dunia yang kita kenal hari ini.

Mungkin ada pekerjaan yang hilang. Mungkin akan muncul pekerjaan baharu yang belum pernah kita dengar hari ini.

Dalam dunia seperti itu, memiliki satu kemahiran sahaja mungkin tidak lagi mencukupi.

Sebaliknya, mereka yang mampu menguasai pelbagai ilmu, berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dan terus relevan.

Akhirnya, harta yang kita tinggalkan mungkin suatu hari nanti akan habis dibelanjakan. Tetapi ilmu yang kita tanam dan kemahiran yang kita berikan akan terus menjadi bekalan sepanjang hayat. Itulah pelaburan sebenar yang nilainya tidak diukur dengan ringgit.


P/S: Kalau dah mula melabur untuk masa depan anak melalui kelas bahasa, jangan lupa melabur juga dengan ilmu kewangan. Buku-buku saham Majalah Labur ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, malah sesuai juga dijadikan bahan bacaan untuk remaja yang ingin mula mengenali dunia pelaburan. Siapa tahu, suatu hari nanti anak bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi juga bijak mengurus dan mengembangkan wang mereka sendiri.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!