Angan-Angan Menjadi Tabiat: Simpan Dulu Baru Belanja

Selagi kudrat dan tenaga masih ada, usaha mencari sumber rezeki yang halal menjadi suatu kewajipan setiap muslim supaya tidak meminta-minta atau berhutang dengan orang lain kelak.

Tambahan pula, kita perlu jadikan tabiat sebahagian pendapatan perlulah disimpan sebelum berbelanja. Hakikatnya, majoriti orang yang baru mula berkerja agak sukar untuk menyimpan kerana pengurusan kewangan telah ditetapkan kepada formula yang salah iaitu belanja dulu, baru simpan.

Apa Itu Pendapatan?

Apa sahaja sumber yang boleh menghasilkan pendapatan kepada kita. Contohnya hasil penggajian bagi orang yang makan gaji atau hasil perniagaan bagi yang bekerja sendiri. Pendapatan sampingan melalui kerja sambilan seperti membuat kelas tuisyen, menjadi ejen hartanah, servis pembersihan rumah, freelancer dan lain-lain. Contoh pendapatan pendapatan pasif pula seperti royalti buku dan pelaburan saham.

Apa Itu Perbelanjaan?

Perbelanjaan boleh dibahagikan kepada perbelanjaan yang menjadi keperluan dan perbelanjaan yang tidak perlu iaitu mengikut kehendak dan gaya hidup semasa. Awas! Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan.

Apa Itu Simpanan?

Simpanan adalah sejumlah wang yang kita asingkan untuk disimpan bagi mencapai matlamat tertentu. Contohnya dapat digunakan sebagai deposit rumah pertama, ketika kecemasan, sakit, kehilangan pekerjaan atau untuk mencapai matlamat akan datang.

Apa yang seringkali kita abaikan adalah SIMPANAN. Masing-masing mempunyai pelbagai impian. Sama ada mampu tercapai atau tidak, inilah yang akhirnya berlalu sebagai ANGAN-ANGAN.

Semua orang layak berangan. Tidak perlu bayar walau satu sen sekalipun. Namun, kita tidak boleh tipu diri sendiri kerana angan-angan tersebut memerlukan PERANCANGAN KEWANGAN yang betul.

Bagaimanan Nak Jadikan Angan-Angan Sebagai Tabiat?

Tetapkan ia sebagai matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Keinginan yang kuat perlu ada.

Sekiranya tiada pelaburan dibuat dan masih mempunyai ayah dan ibu, situasi di bawah mungkin boleh dikaitkan dengan diri sendiri.

Akmal beumur 22 tahun pada tahun 2019 dan memulakan kerjaya pertama sebagai eksekutif pentadbiran dengan gaji bersih sebulan sebanyak RM2200. Hidup di bandar Shah Alam, menyewa sebuah bilik sharing di apartment berdekatan dan menaiki bas percuma Selangor.  Beliau tetapkan tiga impian tersendiri:-.

  1. Lagi 2 tahun dia mesti ada sekurang-kurangnya RM3,000 untuk deposit kereta
  2. Lagi 4 tahun dia mesti ada sekurang-kurangnya RM15,000 untuk melangsungkan perkahwinan
  3. Lagi 5 tahun die mesti ada RM20,000 untuk deposit rumah pertama

Memandangkan Akmal ada matlamat yang jelas dan suka berdikari, dia telah jadualkan disiplin kewangan bulanan seperti di bawah:-

Maka tidak mustahil untuk Akmal capai impian yang ditetapkan jika berdisiplin ketika menyimpan. Tahun demi tahun, kita perlu laraskan pendapatan dan perbelanjaan agar selari dengan matlamat yang ditetapkan.

Praktikkan formula simpan dulu, baru belanja berulang-ulang dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Jika kita bertangguh lagi, selama-lamanya ia kekal sebagai angan-angan.

Ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) – — Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem itu merupakan langkah besar ke arah pendigitalan menyeluruh yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memperkukuh ketelusan dan integriti sistem percukaian negara.

“Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. Ia bukan sekadar memodenkan proses percukaian, tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan serta ketelusan pentadbiran hasil negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.

Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.

Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.

Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.

“Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab,” katanya.
— BERNAMA